Home > WoRD LiFe > Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.

Wah, dah hampir ke bulan Syawal rupanya. Begitu cepat masa berlalu pergi tanpa menunggu kita walau sesaat pun. Jadi bersempena dengan kedatangan Aidilfitri yang bakal menjengah tiba dalam masa kurang dari seminggu ini, aku dengan ini ingin mengambil seluas-luasnya kesempatan untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, rakan-taulan, sahabat lama, sahabat baru, rakan sekerja serta kepada semua yang mengenali diriku ini. Antaranya:

a) Mak, abah dan keluarga
b) Tunangku dan keluarga
c) Rakan-rakan sepejabat Deras Hijau
d) Rakan-rakan Alumni dari Perdana Leadership Foundation
e) Rakan-rakan yang masih di Perdana Leadership Foundation
f) Rakan-taulan di Integrated Islamic School
g) Rakan-rakan se-UiTM Puncak Perdana, Shah Alam
h) Geng-geng se-kroni UiTM Machang, Kelantan
i) Member se-sekolah menengah dan sekolah rendah
j) Rakan-rakan sekampung di Kuantan
k) Semua yang mengenali diriku ini

Aku dengan ini menyusul sepuluh jari bagi memohon kemaafan atas segala salah silap serta kesilapan yang aku lakukan sepanjang mengenali kalian semua. Bukan niat menyakiti hati sesiapa, tetapi mungkin dengan gurauan-gurauanku ada yang terasa dan menyimpan perasaan buruk kepadaku. Jadi aku mohon jutaan kemaafan daripada kalian semua.

Jadi, aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan sahabat rakan-taulan sekalian bersempena dengan Aidilfitri ini. Semua kalian semua berbahagia di hari lebaran. Disini aku lampirkan kad raya versi digital yang aku buat hasil anugerah kreatif yang diberikan oleh Allah SWT kepadaku. Ini merupakan yang terbaik pernah aku hasilkan sepanjang hidup aku.

Sebagai penutup, ini mungkin merupakan entri terakhir bagi bulan September ini. Dan aku sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Wassalam…

Categories: WoRD LiFe
  1. September 25, 2008 at 6:42 AM

    im the ALUMNI!! yeay!
    bila nak organise gath alumni niii??

  2. September 25, 2008 at 7:15 AM

    saya mempunyai 7 agenda sebelum raya…

    kemudian 70 agenda selepas hari raya…

    dan mungkin selepas 700 agenda, saya akan memikirkan untuk organise reunion and gathering utk alumni PLF…cayalah…

  3. September 25, 2008 at 8:51 AM

    amboi busy nyer… agenda selepas raye aku dah tau da…

  4. October 6, 2008 at 12:34 AM

    ya, amin, apa kata hang menjadikan reunion tu satu realiti yang sekian lama telah diranchang.
    hang sebagai seorang alumni yang berwibawa, membuat satu ranchangan yang best untuk geng2 alumni nie… ingat, en mokhtar pon alumni jugak hahahahahahahaa

  5. October 6, 2008 at 4:40 AM

    pelan-pelan kayuh la mister jefrydin…
    tak larat nak wat sumer serentak…

    dan yang pastinya aku akan lantik encik mokhtar sebagai AJK kebersihan dengan harapan beliau dapat mengurangkan kadar obesitinya melalui aktiviti-aktiviti mengutip sampah-sarap nanti masa reunion nanti…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s