Home > WoRD LiFe > Menghitung hari…

Menghitung hari…

Assalamualaikum…

Macam tajuk lagu pulak entri kali ni. Rasa macam kelakar pun ada. Em, lebih kurang seminggu sahaja lagi aku akan melangsungkan majlis yang amat besar impaknya dalam hidup aku. So, menghitung hari merupakan ayat yang sangat-sangat tepat aku gambarkan pada kali ini.

Apa yang aku maksudkan ialah aku sedang menghitung hari untuk majlis perkahwinan aku. Sehingga waktu entri ini ditulis, persiapannya telah siap hampir 90 %. Selebihnya adalah persiapan saat akhir yang aku jangkakan akan menjadi sedikit sibuk menjelang beberapa hari yang akan datang. Keluarga aku (belah pengantin lelaki) akan tiba pada hari Khamis 16/10/2008 bagi menghadiri majlis akad nikah yang dijadualkan pada malam berkenaan.

Majlis persandingan dan acara yang digemari ramai iaitu acara jamuan makan akan diadakan pada hari Jumaat 17/10/2008 bermula jam 8:30 malam. Hari yang agak pelik dan janggal untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Em, belasah aje la. Yang penting matlamat asalnya dapat dicapai.

Jadi pada kesempatan ini aku memohon kepada semua rakan-taulan dan sanak-saudara yang dijemput hadir dapat menghubungi aku bagi mengesahkan kehadiran anda pada majlis tersebut. Ia amat penting kerana majlis ini sederhana sahaja dan hanya beberapan rakan rapat sahaja yang aku jemput. Sekiranya anda tidak dapat hadir, akan menjadi suatu kekecewaan kerana akan membazirlah hidangan yang aku peruntukkan untuk kalian. Tak baik membazir, tu sumer tebiat setan!!

Sekali lagi aku menyeru semua kaum kerabat untuk mengesahkan kehadiran anda. SMS pun cukup, tiada masalah. Sampai disini sahaja, jadi aku lampirkan kad kawen digital aku ini sebagai panduan untuk rakan-rakan semua. Semoga anda dapat hadir memeriahkan majlisku ini.

Wassalam.

Categories: WoRD LiFe
  1. October 9, 2008 at 11:34 AM

    aku datang beb!!! secara zahiriahnye berdua tetapi batiniah nyer bertiga🙂 hahah!!! so… sediakan makanan yang cukup buat kami…

  2. October 10, 2008 at 12:32 AM

    im comin’! insya Allah, try my best to make it!!

  3. October 10, 2008 at 1:59 AM

    tu la dia…
    awat hang x buat hari sabtu beb?

  4. October 10, 2008 at 2:00 AM

    aku memang nak pi… tetapi memandangkan hari jumaat… sampai umah dah 6.35pm.. ambek anak aku….

    nak pi balek KL.. hari Jumaat petang wow….
    aku kena bg tau kat chief nie…

    hang jemput dia tak?

  5. October 10, 2008 at 2:26 AM

    kite bersama-sama sampai sane pukol 10pm la gamaknyer nih…

  6. October 10, 2008 at 9:10 AM

    hahahaha, bila sampai ja kat sana, program pon dah nak abes.. hehehe, kena bawak spare makanan la yang seakan-akan lauk-pauk kenduri amin tu..

    heheheheeeeeeee…

  7. maria
    October 11, 2008 at 2:55 AM

    kene pakat amek haf day ke? hehehe
    amien spare lauk ye.. kot dtg2 majlis pun dah tamat. amien pun nak start “majlis lain pulak” :p

    bling-bling united yo!

  8. Jemah Jemah Jlo
    October 11, 2008 at 4:53 AM

    huh dak katun ni lg seminggu nk tawen2… nsib bek ko wat sblh opis aku… snang bai aku nk tapau nasi!

  9. October 12, 2008 at 1:06 AM

    eh jemah jemah jlo orang pnm rupenyer… ko tapau lebih sikit… lepas kenduri amien kiter kenduri umah ko pulak

  10. sue
    October 13, 2008 at 12:30 AM

    maryam & co akan bgtau hang 2-3 ari lg boleh??? aku jumaat tu cuti pasal bw maryam app kt pkr ENT..en. abux sure lg.. klu dia x cuti km x leh p la majlis ko.. x sempat.. huhuhuhu

  11. October 13, 2008 at 2:53 AM

    wah wah wah… seronok betul kalian memberikan komen bebas dalam blog aku ye??

    suzila: ya betulll, secara batiniah memang korang akan bertukar menjadi bertiga. Bukan bertiga didalam perut wanita, tetapi bertiga diperot lelaki. Tahniah!!! Hamsterboy akan laher….

    mama maria: mama maria kena dtg. semangat bling2 yo! wah, dah pandai ajar orang tentang ‘majlis lain’ ye? takpe takpe, nanti amien akan berguru ngan mama… go bling2 gooo….

    legend: orait la tu. hang datang lambat sket pun takpa.. jangan dok kalut na? lagi satu, kalo hang nak bawak lauk sendiri pon boleh… bawak la roti feveret yang selalu hang maken dalam bilik ofis tu sekali ok? canteeek!

  12. October 13, 2008 at 2:56 AM

    jemah jemah jlo: jlo ker? hahahaa… bagus bai, ofis ko sebelah je. pas majlis tolong aku basuh pinggan mangkuk ok? lagi canteeek!

    sue: confirm la ngan en.abu cepat sket ok? i nak prepare list tetamu ni. kalo datang tu takyah la bwk radio ye, i dah sediakan sorang DJ nie. DJ KLFM lagik…hahhaaha

  13. sue
    October 13, 2008 at 6:00 AM

    kureng punya amiennnnnnnnnnnnn

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s