Home > WoRD LiFe > Akhirnya Sempurna….

Akhirnya Sempurna….

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan keberkatan dan kesejahteraan kepada aku sekeluarga. Dan dengan rahmatnya juga maka terlaksanalah sudah satu impian dan sebuah majlis menyatukan dua hati.

Jadi pada 17/10/2008 termakbullah impian aku mendirikan rumahtangga bersama insan tersayang, Yanty. Jadi pada hari berkenaan berlangsunglah majlis yang sederhana sahaja dengan menjemput lebih kurang 300 orang tetamu terdiri daripada kaum keluarga, saudara-mara dan sahabat-sahabat yang datang dari pelbagai lokasi dan tempat. Jadi sekali lagi Alhamdulillah diucapkan kerana majlis berlangsung dengan sempurna dan lancar tanpa sebarang masalah. Aku juga cukup bersyukur kerana hidangan pada malam berkenaan mencukupi buat tetamu yang hadir tanpa ada sebarang pembaziran di akhir majlis.

Dah kawin rupanya aku

Pengantin VS Pengapit. Thanks Bad & Nida

Rakan-rakanku yg freestyle.. Kesian bini aku tersepit…

Jadi pada kesempatan yang terhidang ini, aku ingin mendedikasikan sedikit ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam majlis perkahwinanku itu. Terima kasih kepada kedua-dua belah keluarga pengantin kerana telah berusaha sedaya upaya untuk menjayakan majlis pada malam tersebut.

Tidak lupa ucapan terima kasih dihulurkan kepada Kak Intan dan Abang Dezz selaku Konsultan Perkahwinan merangkap Cameraman & Videoman yang dilantik oleh keluarga belah pengantin perempuan. Terima kasih juga diucapkan buat semua hadiran-hadirat yang hadir memeriahkan majlis antaranya rakan-taulan aku dari UiTM Machang dan Puncak Perdana, rakan-rakan Deras Hijau Sdn Bhd, PPAS serta semua tetamu yang hadir menjayakan majlis pada malam tersebut.

Jadi sebagai penutup, akhirnya sempurna….Insyaallah…

P/S: Terima kasih kepada Cik Suzilala kerana membuat tribute entri khas untuk perkahwinan aku. Sila layari suzila.wordpress untuk informasi lanjut. Tq.

Categories: WoRD LiFe
  1. October 22, 2008 at 4:20 AM

    🙂 congrats..
    bestkan kawen..? ada org tersyg sentiasa disisi🙂

  2. October 22, 2008 at 4:43 AM

    ya betul mama…
    memang best kawen. sentiasa ada orang temankan setiap masa…

    oleh itu saya menyeru seluruh kaum kerabatku agar mendirikan rumah tangga terutamanya mereka yang digelar sebagai zila (bukan nama sebenar)…

  3. October 22, 2008 at 5:16 AM

    ya, aku pon nak uchapkan berbanyak tahniah kapda abg amien yang memang tersenyum kuching..

    syoknya dia… bukan main lagi na…
    aku tak nampak pon muka en mokhtar dalam gambaq nie, atau dia sengaja takmau tunjok muka dia?

  4. October 22, 2008 at 5:29 AM

    encik mokhtar bertugas sebagai kameraman pada malam berkenaan atas arahan cik zila queen control (bukan nama sebenar)…

    jikalau beliau menterbalikkan kamera, nescaya mukanya akan tersiar disini. terima kaseh.

  5. sue
    October 22, 2008 at 6:06 AM

    hehehe..amien tahniah tau!!! harap cpt menimang cahaya mata… bguru la ngan ayah tomato boy !!! ahaks…

  6. puan suli...
    October 23, 2008 at 12:48 AM

    tahniah wahai amiennnnn oiiii…semoga berbahagia dan cepat2 dpt baby k!

  7. October 23, 2008 at 3:01 AM

    mr. tiger legend – en. mokhtar ade la kat gambar tu… dia pakai baju blue color. cube hang tgk betol2… hmm.. tak nampak ye… en. mokhtar dah kurus kot… heee…

  8. October 23, 2008 at 3:04 AM

    wei amien… mane gambar kawen yg ko pakai tuxedo tu… aku nak tgk laa… gambar tu yanty comei sikit macam barbie doll

  9. October 23, 2008 at 4:15 AM

    mama sue: insyaallah saya akan berguru dengan tuan yg mulia tomatodad… beliau mempunyai kuasa membuat anak 99 petala langit.

    puan suli: puan silalah buat anak dahulu, kemudian mister amien akan follow.. som jer jer!

    suzilala: betul, mokhtar dah kurus. kurus kerana mengikut kehendak queen control cik zila (bukan nama sebenar)

  10. October 23, 2008 at 4:16 AM

    kalo nak tengok gambo-gambo aku yang ala-ala action kamen tu sila ambik nombor giliran di kaunter sebelah kanan anda ye? terima kaseh..

  11. October 23, 2008 at 10:32 AM

    congrats amien & yanty..smg cepat2 mengikut jejak langkahku..ekeke

  12. October 23, 2008 at 3:15 PM

    “smg cepat2 mengikut jejak langkahku” …. apakah ertinya semua ini… adakah myasara sudah berbadan dua???😯

  13. n~Da
    January 3, 2009 at 5:11 AM

    nice wedding picture.
    tahniah semoga terus jadi sebuah keluarga yg kekal bahagia

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s