Home > WoRD LiFe > Akhirnya Sempurna II…

Akhirnya Sempurna II…

Assalamualaikum.

Telah seminggu majlis perkahwinanku selesai. Dan seminggu jugalah aku bergelar suami. Suatu title yang sampai sekarang aku masih blur-blur untuk diterima-pakai dan diadaptasikan dalam diriku. Hahahaa…

Jadi entri kali ini aku Cuma ingin selitkan sedikit perkara berkaitan dengan majlis perkahwinanku itu. Sedikit trivia bagi mengingat dan mengenang kembali peristiwa dan tragedi yang berlaku pada waktu sebelum dan selepas majlis itu berlangsung.

Juga aku selitkan kad ucapan tahniah daripada rakan-rakan semua buat kenang-kenangan bagi diriku dan juga teman-teman sekalian. Jutaan terima kasih pada kalian yang sudi hadir ke majlis tersebut dan mencoretkan ucapan pada kad-kad yang diberikan kepada kami. Terima kasih…

TRIVIA

a) Majlis berlangsung agak lewat daripada yang dijadualkan dalam aturcara majlis disebabkan faktor yang utama iaitu kesesakan lalulintas di Jalan Tun Razak.

b) Pasukan kompang terpaksa menghadkan lagu daripada 8 buah kepada 4 buah sahaja agar majlis dapat berlangsung mengikut tentative yang dirancang.

c) Ketibaan pihak pengantin lelaki yang bertolak daripada Shah Alam mengambil masa 3 jam disebabkan Traffic Jam. Masa tersebut sebenarnya adalah sama bagi perjalanan rombongan keluarga pengantin lelaki dari Kuantan ke Shah Alam pada hari sebelumnya!

d) Kedua pengantin terpaksa disiapkan oleh Mak Andam secepat mungkin disebabkan kesuntukan masa. Dan pengalaman selama 12 tahun Mak Andam tersebut berjaya menyelamatkan keadaaan.

e) Pengapit bagi pengantin lelaki kelihatan lebih bergaya berbanding pengantin lelaki. Hahahha.. Tahniah Bakthiar!

f) Seorang tetamu iaitu rakan kepada pengantin lelaki membuat kejutan kerana datang dari Kuantan secara gamble sahaja. Nasib baik ada seat lebih. Thanks Zam Zimbo!

g) Majlis perkahwinan pada malam berkenaan diatur dan dikawal-selia oleh seorang Wedding Consultant merangkap Mak Andam. Thanks Kak Intan dari Dezz Collection, Bandar Tasik Selatan.

h) Tiada perwakilan daripada Perdana Leadership Foundation pada malam tersebut disebabkan masalah kesihatan, teknikal dan logistic. Sedihnyaaa…

i) Makanan yang disediakan ngam-ngam sahaja dan tiada pembaziran berlaku di akhir majlis. Alhamdulillah..

j) Mak Andam dan Cameraman begitu sakan berkaraoke diakhir majlis walaupun tidak mendapat sambutan ramai. Hahaha…

Categories: WoRD LiFe
  1. maria
    October 25, 2008 at 3:48 PM

    eh, camner pengapit leh over lak dri pengantin? hehe

  2. aTan
    October 26, 2008 at 1:53 AM

    x de blur2 nye..dh confirm ngan status laki org…

  3. October 26, 2008 at 10:51 AM

    heee…

  4. October 28, 2008 at 12:23 AM

    sorilah bang amien,

    factor hari dan masa telah menyebabkan kami kat perang besar nie tak dapat menghadherkan diri ke majlis hang tu..

    sesunggohnya kami berdoa agar kalian berdua selamat sejahtera sampai dunia kiamat. amin……………………………….🙂

    pelan2 kayoh na.. weee wittttttttttt

  5. October 28, 2008 at 12:24 AM

    bang amin,

    nanti hang bagi alamat rumah kat aku, aku jumpa hang kat sana la.. hehehehehe

  6. October 28, 2008 at 2:17 AM

    mama maria: pengapit kul 4 petang dah sampai kat dewan. semangat betul.. tu yg confius sapa yg nak kawen sbnrnya tu..

    encik atan: ya betuulll!!! 10 markah utk anda!

    suzilala: tu apesal gelak2 sinis tu?? tau la nasib ko macam telo!!!

    encik tiger: ala, frust gak la geng2 kelamin PLF tak dtg. anyway, no hal punya.. nanti gua belajar mengayuh ala2 slow motion drpd encik tiger ye?? encik tiger mesti tau senaman harimau kan? nanti ajar ek?🙂

  7. tiger 90-94
    October 30, 2008 at 1:53 AM

    ajaklah aku pi umah hang nanti.. heheheheehehe

  8. October 30, 2008 at 2:13 AM

    sabar la encik tiger…
    saya dalam proses mengemaskini dan meng’upgrade’ umah untuk keselesaan..
    nanti saya akan jemput buat maken2 sket ok?
    canteeeek!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s