Home > WoRD LiFe > Hidup+Emosi

Hidup+Emosi

Assalamualaikum

Rasanya dah cukup lama aku tinggalkan dunia Blog ni tanpa sebarang update. Bukan kerana sibuk, tetapi kerana tekanan hidup yang memaksa aku meninggalkan dunia penulisan bebas ini buat seketika.

Sekarang ini aku menerima nasib malang yang memang telah lama aku jangkakan. Syarikat dimana aku mencari sumber rezeki telah gulung tikar dan bungkus dek kerana kerakusan sikap tamak manusia yang bersifat kebabian. Aku memang marah. Kerana seorang manusia (wajarkan aku gelar manusia?), hampir 120 pekerja yang lain merana untuk mencari sesuap nasik bagi meneruskan kehidupan mereka.

Kini aku tiada pekerjaan. Hanya memulakan hari-hari tanpa motivasi dan hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar memberikan hidayah kepada manusia tersebut supaya sedar tentang erti tersiksa. Aku kini sibuk memulakan kembali tugas yang aku buat hampir 2 tahun dahulu iaitu mencari pekerjaan baru. Mudah-mudahan aku akan berjaya… Hanya berkat doa daripada rakan-rakan yang aku pinta untuk kehidupanku.

Aku rasakan di dalam Syarikat tersebut akulah insan yang paling derita kerana baru mendirikan rumahtangga. Alih-alih hadir seekor manusia ini merosakkan syarikat dan menyebabkan ramai yang lain menderita tanpa pekerjaan. Semoga Allah memberikan ketenangan kepada semua bekas kakitangan Deras Hijau untuk menjalani hari-hari mereka.

Allahuakbar!!

Categories: WoRD LiFe
  1. sue
    November 28, 2008 at 3:54 AM

    x tau nak kata apa.. harap ko terus tabah + kuat hadapi suma ini… ko muda lg..insya-Allah byk peluang.. 🙂

  2. November 28, 2008 at 7:23 AM

    amien, sorry to hear bout that..
    hrp2 ada peluang kerja nanti ya.. dugaan amien besar ni..
    insya Allah, hrp rezki lg baik lepas ni..
    check kat MOHR, ada jwtn librarian

    1 Pustakawan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal 03-22459292 TIDAK MEMILIH, PELBAGAI NEGERI Mohon

    keep in touch k..

  3. puan suli...
    November 28, 2008 at 7:39 AM

    sume tu dugaan…selamat mendapat kerje baru….

  4. Jemah
    November 30, 2008 at 1:13 PM

    Amien… wut happen..
    Sabar dude… pape hal…ko sabar k. dugaan ni. Wish u dpt keje baru k. dun giv up pls…

  5. December 3, 2008 at 5:23 AM

    thanks buat semua kawan2 yang memahami dan menyokong aku…
    bukan aku nak mintak simpati, tapi hanya luahan hati yang tidak tenang ini meminta untuk aku meluahkan masalah2 ni… tq…

  6. December 5, 2008 at 1:29 AM

    kepada saudara amien yang mulia, jikahang masih ingat kenangan manis di yayasan dulu nie, marilah kembali menjadi tenaga kerja aku selagi aku ada kat sini… peace man peace

  7. legend
    December 13, 2008 at 5:12 AM

    aku doakan hang beroleh rezki pekerjaan yang baru… InsyaAllah tahun baru nie akan membuahkan hasel yang diredhai oleh Allah…

  8. December 16, 2008 at 5:32 AM

    terima kasih saudara nandre yang mulia…
    aku akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan pekerjaan yg baek utk masa depan aku…
    dan kalau PLF masih mahu menerima aku, insyaallah kita akan bertemu semula jikalau ada jodoh… huhuhu

  9. Ain
    December 23, 2008 at 12:00 PM

    Salam..

    Harap terus bersabar dan berdoa. Mesti ada rahmat disebalik peristiwa ini.

    Cik Amien, kalau tak keberatan boleh sendkan resume kat email saya dan jawatan/bidang yang awak minat. Insyaallah saya dan suami cuba menolong.

    P.s–Sue, akak takleh masuk blog sue le, takde password. E-mail sue dulu tu ter’delete’.

    Sorry Cik Amien, buat iklan jap🙂

  10. December 23, 2008 at 5:02 PM

    amien, sabar je la ye… ko ok ke? jangan lupe hdup ni umpama roda. kejap kat atas kejap kat bawah. ni sume dugaan…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s