Home > WoRD LiFe > Aku kembali !!

Aku kembali !!

back

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana telah membuka pintu rezeki buat aku. Sesungguhnya rezeki Allah ada dimana-mana, cuma kita harus berusaha untuk memperolehinya tanpa mengira penah lelah dan keluh-kesah.

Syukur ke hadrat Allah kerana setelah hampir 3 bulan aku menganggur (tanam anggur & menambah lemak di perot) aku kini telah kembali ke medan pekerjaan. Destinasinya ialah Perdana Leadership Foundation. Tempat dimana aku mula-mula menimba ilmu pengetahuan tentang hidup sebagai seorang pekerja. Hampir 2 tahun aku telah tinggalkan Perdana Leadership Foundation, kini aku kembali.

Kembalinya aku ke Perdana Leadership Foundation dengan matlamat menyiapkan satu projek yang diberikan oleh Puan Zarina (Bos besar) iaitu menyiapkan projek QUOTES. Walaupun statusku hanya sekadar Volunteer, tapi itu semua tak mengapa. Aku tidak kisah, asalkan benda yang aku buat ini halal tanpa perlu melakukan sesuatu yang menyalahi hukum.

Sekembalinya aku disini, banyak perkara telah berubah. Pertama sekali tentunya staf Perdana Leadership Foundation. Pada pendapat aku hampir 70% telah berubah. Staf-staf yang satu ketika dulu aku bersama, telah banyak membawa haluan sendiri. Yang tinggal hanyalah pejuang-pejuang tegar atau otai-otai power kat Perdana Leadership Foundation ni. Staf baru yang ada kebanyakan mereka adalah freshies. Masih segar dengan semangat UiTM. Hahahaa…

Yang kedua ialah medium internet. Kalau zaman aku dahulu, geng-geng disini pastinya gila-gila dengan aktiviti Blogging. Kadang-kadang entri di dalam blog akan dikemaskini setiap hari. Tapi kini, blog hanyalah sekadar penyedap rasa. Geng-geng disini memeriahkan diri dengan Facebook. Satu perubahan yang tidaklah begitu mengecewakan.

Yang ketiga ialah environment kat tempat kerja. Aku perhatikan telah berubah daripada apa yang aku lalui dahulu. Keakraban dan kekamcengan (boleh pakai ke perkataan ni) antara staf-staf sedikit kurang jika dibandingkan dahulu. Kalau dahulu kitaorang memang gila kamceng tak ingat punya. Geng2 alumni PLF mesti tau perkara ini.

Ada sedikit terkilan bila aku membandingkan perkara ini. Tapi mungkin masih awal lagi bagi aku untuk memberikan pandangan atau komen tentang perkara ini. Tetapi yang aku harapkan pastinya keadaan ini akan menjadi seperti dahulu. Hidup. Hari-hari penuh dengan keceriaan tanpa menyedari masa kerja sudah tamat.

Cukuplah dahulu buat masa ini. Insyallah pada masa akan datang aku akan menambah apa yang patut. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Adios!

Categories: WoRD LiFe
  1. March 2, 2009 at 3:41 AM

    Aku rasa aku tahu ini gambar mana…

  2. March 2, 2009 at 4:48 AM

    wah…
    encik munmon yg jiwang-karat ini masih mengikuti perkembangan blog aku rupanya…
    terharunya akuuuuu….

  3. March 8, 2009 at 9:54 AM

    PLF… cantek..
    amien datang kembali..yeah!!!!

  4. March 11, 2009 at 3:39 AM

    ya betul tu encik taqie..

    begitulah adanya cerita hidup aku…
    insyaallah, kalo ada rezeki aku akan mengikut jejakmu menjadi chekgu kembali…huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s