Home > WoRD LiFe > Teruskan kehidupan…

Teruskan kehidupan…

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Sebelum memulakan cerita, aku terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada 2 orang sahabatku iaitu Puan Fazlin dan Puan Sharmila kerana telah selamat berumahtangga dengan pasangan masing-masing pada minggu lepas. Mudah-mudahan kalian berdua akan berbahagia sepanjang hayat. Untuk pengetahuan semua, Fazlin dan Sharmila kedua-duanya aku kenali sewaktu belajar di UiTM Puncak Perdana dahulu.

Jadi telah selamat dua babak. Pada minggu ini aku sedikit teruja kerana akan menghadiri sessi kedua temuduga dengan PPSPPA bagi jawatan pustakawan. Semoga rakan-rakan semua mendoakan kejayaan aku untuk mendapat tempat sebagai salah seorang kakitangan di sana. Insyaallah.

Projek Quotes yang aku jalankan pada masa ini hampir menemui penghujungnya. Kerja aku telah 90% siap. Insyaallah minggu ini akan tamat kerja-kerja meng’quotes‘ ni yang memerlukan banyak membaca dan memahami. Semoga projek ini akan berjalan lancar untuk peringkat yang seterusnya.

is223-lecturer

Ni cerita lain pulak.

Sedang aku asyik melayari internet, membaca tentang kemenangan kumpulan Sepah untuk Raja Lawak musim ke-3 dan sebagainya, aku telah ketemui satu foto yang telah di edit oleh seorang bekas pelajar UiTM Puncak Perdana. Ianya berkisah tentang pensyarah-penyarah UiTM. Jadi aku selitkan gambar tersebut yang telah aku re-edit dalam frame-format aku buat tatapan semua.

Niat aku meletakkan gambar ini sebagai kredit dan penghargaan buat pensyarah-pensyarah tersebut yang suatu masa dahulu pernah memberikan tunjuk ajar kepadaku dalam bidang-bidang kepakaran mereka. Ini juga sebagai satu cara untuk aku kembali mengingati mereka. Semoga Allah SWT membalas jasa-jasa kalian semua.

Hanya setakat ini coretan aku, semoga hari-hari yang mendatang akan membawa sinar yang lebih baik buat diri aku dan juga sahabat handai yang aku kenali semua.

Wassalam…

Categories: WoRD LiFe
  1. March 11, 2009 at 9:07 AM

    eh sume lecturer fav la…

  2. March 11, 2009 at 9:13 AM

    ya betulll…
    tapi yg agak kesal sbb takde gambo puan hamidah…
    kalau tak, dah pasti: psssssttttt!! pssssssttt!! ko ingat tak?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s