Home > WoRD LiFe > Temuduga

Temuduga

Assalamualaikum.

Boring betul. Itulah perasaan jahat yang selalu datang kat aku bila ngah fokus buat projek Quotes kat ofis ni. Entah la kenapa rasa boring, padahal aku memang dah arif sangat dah ngan keje-keje yang setiap hari menjadi rutin ni.

Pagi tadi aku pegi interview kat Institute Advertisement Communication Training di Damansara Uptown. Walaupun lewat, tapi sempat jugak la interview. Keputusannya belum tau lagi. Berdoa sahaja la agar aku akan mendapat kerja yang lebih baik.

Entah kenapa masa dalam perjalanan nak ke ofis tadi (aku ambik half-day) aku asyik terfikir kenapa aku masih belum mampu untuk dapat kerja tetap yang baik untuk hidupku ini. Padahal aku rasa memang dah cukup banyak temuduga yang aku hadiri dalam tempoh 2 tahun ini. Pasrah saja la…

Mungkin Allah nak menguji kesabaranku. Mungkin juga Allah hendak membalas dosa-dosa aku dahulu. Aku redha semuanya dan masih terus berusaha dan berikhtiar sebaik mungkin untuk mencari kerja yang bagus. Aku percaya rezeki aku ada dan aku akan berusaha sebaiknya. Kini seterusnya sasaranku ialah temuduga di Universiti Malaya. Cabarannya amat sengit kerana ada beberapa Otai (Lagenda Harimau?) yang turut mencuba nasib di sana.

Mudah-mudahan semuanya akan baik-baik saja. Aku berazam akan buat yang terbaik untuk mendapat tempat di Universiti Malaya dengan status Pustakawan.

Adios!

amien-trademark

Categories: WoRD LiFe
  1. March 20, 2009 at 2:08 AM

    amien, gud luck..
    moga ada rezeki yg baik utk amien..
    sbr n doa byk2.. insya Allah, ada jalan untuk amien..

  2. March 20, 2009 at 3:16 AM

    thanks mama maria…
    mudah-mudahan begitulah adanya…
    mama pon bawak bersabar byk2 ye?
    kesian tgk kena besarkan nawfal sorang2 skrg…
    insyaallah semuanya akan baik2 saja…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s