Home > WoRD LiFe > Modenas GT128

Modenas GT128

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak buat review entri pasal motor. Bukan sebab dah tak suka motor, tetapi tiada topik menarik mengenai motosikal nak diceritakan. Tetapi dalam diri aku ni semakin berkobar-kobar semangat bila cerita pasal motor. Kalo nak diikutkan, aku lebih sukakan motosikal daripada kereta. Entahlah, aku pun tak tau kenapa feel aku lain bila cerita bab motor ni.

Hari Isnin yang lepas satu lagi motosikal baru telah muncul di persada dunia dua roda di Malaysia ini. Produknya adalah buatan Malaysia, dan tentunya ia berjenama Modenas. Aku sedikit tertarik untuk memperkatakan tentang perihal motor ini disebabkan ianya ada kena mengena dengan model yang aku gunakan sekarang.

gt1

gt2

gt3

Sebenar aku bercerita mengenai motor ini adalah disebabkan pihak Modenas telah memperkenalkan model ini berpaksikan kepada model Modenas X-Cite yang mana aku adalah salah seorang pemiliknya. Banyak penambahbaikan yang pihak Modenas telah lakukan pada model GT128 ini yang menyebabkan aku berasa sedikit cemburu dengan model baru ini.

Antara ciri-ciri menarik yang ada pada Modenas GT128 ini ialah penambahbaikan dari sudut luarannya yang direka jauh berbeza berbanding dengan X-Cite. Kemudian dibekalkan pula dengan sistem pendikit elektronik (TPS), penaalaan baru yang boleh menjimatkan minyak iaitu kira-kira 60km untuk 1 liter minyak dan yang paling menarik tentunya meter elektronik yang mencatatkan adometer dan kedudukan gear motosikal. Dan designnya memang sangat menarik perhatian.

Tahniah kepada pihak Modenas kerana telah berjaya melahirkan sebuah lagi model motosikal keluaran negara yang agak menarik perhatian. Mudah-mudahan selepas ini Modenas akan mengeluarkan pula model 250cc ke atas dengan harga yang berpatutan khusus buat warga negara Malaysia yang hanya gah dengan model-model kapcai.

Perjuangan bermotosikal mesti diteruskan.

>
>
>
>

UPDATE:

Rupa Modenas X-Cite selepas 3 tahun. =)

Categories: WoRD LiFe
  1. TheKHAI
    March 25, 2009 at 1:56 PM

    Akum Brader Amien!!! Nengokkan moto ni mmg menarik. Sedara brasa jeles, maka sy lg le ultra jeles sbb moto sy ialah Kriss II. Saya harap moto ni x jd cam X-Cite; popular kat luar negara, tp kat Malaysia… Saya sblm ni tringin X-Cite, tp disbbkan tgk cam x brapa laku, sy takut sparepart dia x de nanti. X-Cite ni lawa, tp disebabkan depa kemaruk LC, maka ianya jd black sheep. Jemu tul nengok LC. X-Cite kabonya asal dr Kawasaki Kaze ZX130 (http://www.motorcycle.in.th/article.php/Kawasaki-Kaze-ZX130-Powerful-bike?query=zx). Anyway, nmpknya Modenas dah jd matang skit lg dlm bab design mendesign ni. Smoga dia x buat design cam Kriss SG lg. Huduh bebeno. Kesian pak lang sy yg p beli model tu… Hahahaha!!!😛 Bagus model ni. Design pun ngetop. Harga dengan kabo trmurah dlm kelas 125cc. Tp nape dia buh GT128, x GT130? Dan nape, dia x tune jd 135cc je? Slalu cam tu. e.g: Dinamik 120 Vs. 125Z. Kriss 120 Vs. Wave 125. X-Cite 130 Vs. 135LC. Brader, tulung sy jwp soalan ni. Akum & Sayonara!

  2. March 26, 2009 at 4:09 AM

    W’slm.
    thank you adek khai kerna bersungguh2 mengomen dalam blog aku ni…
    cerita bab X-Cite tu, aku sbnrnya dah dekat 2 tahun guna. Memang enjin bagus, tak penah rosak lagi la stakat ni. walaupun motor ni kategori ‘rare’, tapi sbnrnya ramai tak tahu motor ni mempunyai enjin yang lasak n baik kerana asalnya ialah daripada teknologi Kawasaki. Cuma di Malaysia ianya ditukar platfrom ke Modenas.

    Untuk GT128 plak, motor ni baru. tapi still guna platform enjin dari X-Cite dgn penalaan baru. Modenas selalu buat kategori motor yg lain daripada pesaingnya sbb aku rasa diorang tanak terikut2 n nak lead kategori baru. bagus la, watpe kita nak ikut geng2 jepun tu?? kita wat la ‘cara malaysia’ kan?

    anyway, tahniah kepada modenas. kpd khai, rajin2 la singgah kat blog aku ni ok? thanks!

  3. radzif
    March 28, 2009 at 9:05 PM

    bpe ea hrga die otr skunk..(ins + road tax)..sparepart sng cri kew bro for gt128 ni??

  4. silentmelody
    March 29, 2009 at 10:28 AM

    harga dia otr RM 4888 only. tapi kalau ada kenalan yang bekerja di Modenas, boleh dapat harga RM 4500 jer.

  5. March 30, 2009 at 12:10 AM

    ya betul tu encik silentmelody
    merupakan harga yg amat berpatutan jika nak dibandingkan dengan teknologi dan pakej yg ditawarkan oleh modenas itu…

    anyway, selamat dtg ke blog aku diucapkan kpd kalian berdua, encik silentmelody & encik radzif

  6. radzif
    April 1, 2009 at 1:10 AM

    but rm4888 tu not otr price(da cek kat modenas nye website)…so msti 5k sumthg rite?..cmne dgn sparepart..sng jmpe?

  7. TheKHAI
    April 3, 2009 at 3:11 PM

    Akum Taiko Amien! Tq kerna sudi menjawap soalan saya. InsyaAllah saye yg pacal hina ini akan singgah slalu. Akum & Adios…

  8. sha
    April 17, 2009 at 1:30 PM

    da tgk moto ni aritu..terpegun dan membuat sy msk ke lmn2 web buat perbandingan ngan suzuki shogun 125sp. Segalanya ada pada GT128..besh..kalau ada manual klutch lagi baik.

  9. April 17, 2009 at 5:06 PM

    shogun menang sbb ada manual clucth ngan ekzos yoshimura je..
    tapi kalo GT ni dapat masuk manual clucth ngan yoshimura gak, perrggghhh memang power abess..

    • zaintoi
      August 17, 2009 at 3:32 PM

      brow nak tanya agak berapa boleh lari kalau lagu ada gegar tak
      egine tak wat hal ke ada member keje modenas tak ada promot la kat zaintoi

  10. razali
    April 19, 2009 at 4:09 PM

    luaran ok n menarik tapi yang aku amat penting keupayaan injin tu dari cc ngam tapi bunyi agak kasar biasanye banding ngan motor jenama lain..pe pandangan anda..aku pengguna kriss sejak dulu2

  11. April 19, 2009 at 4:15 PM

    betul tu.. modenas dh memperbaharui penampilan motor keluarannya.. Gt ni mmg cantik..
    tapi bab bunyi tu rasanya takde la kasar sangat kot. Takpe la, yang penting enjin ok dan tahan lasak dah kira satu bonus la buat pemiliknya…

    p/s: Aku suka X-cite punya bunyi ekzos. ada bunyi cam bass sket.. hahaa.. cina kedai moto ckp bunyi cam superbike.. bodek customer kot..haha

  12. ab3r
    April 19, 2009 at 11:57 PM

    syabas to modenas,aku ingat nak sambar gak motor ni lepas loan lulus,memula ingatkan 2 stroke,rupa-rupanya 4 stroke…
    tgh pikir mana nak amik,LC ke GT128 ni..

  13. AKMA
    May 9, 2009 at 5:51 AM

    SAYA DAH PAKAI X-CITE SEJAK DEC 2008, TP BRO AMIEN, RASA GOYANG BELAKANG KUAT GILER SAMPAI TAKOT NAK PECUT, DAH LAH MTR SAYA BLEH PERGI 120 JER… DAH TUKAR TAYAR N SPORT RIM TAPI MASIH GOYANG KALAU KENA ANGIN RASA MCM KENA TENDANG KAW KAW JER… LG SATU PESAL DO REPLY ME 0176902353

  14. May 11, 2009 at 11:52 AM

    ada masalah camtu ker?
    tp selama sy pakai X-Cite tk penah pon rasa goyang, lgpun absorber ori showa tu rasanya dh bagus. takkan ada masalah camtu punya…
    anyway, motor tu under warranty lg kan? try la check kat bengkel dealer modenas dulu… tengok apa yg masalahnya..

  15. Trashkantoz
    May 18, 2009 at 7:55 PM

    Best blog nie…Pix tu pun cantik…Syabas amien…Aku da sambo moto gt ni mien..Perrghh cecah 150 tu masi standrt lg..

  16. May 19, 2009 at 8:12 AM

    haha… thanks bro..

    ala, biasa2 je blog ni. sekadar nk tulis catatan mengenai diri sendiri + link2 yg best jer…
    anyway, congratz sbb berjaya sambar GT. best moto tu. aku tak dpt la, X-Cite ni masih ok la.. tak banyak komplen….

    For future maybe aku plan nak angkat Ninja 250R pasal aku ni tinggi. Bwk X-Cite goyang2 kena tiup ngan angin.. hehehe

    • gmay
      May 21, 2010 at 3:48 PM

      aku bru nak beli gt128 ni aku beli harga rm5200 mahal ke aku harap gt128 ni lebih ok dari kriss

  17. niza
    May 30, 2009 at 9:37 PM

    salam bro..
    sy nk beli moto..tp xtau nk beli moto ape..
    klu blh nk ambik honda atau modenas je..
    leh suggest tak?

  18. June 2, 2009 at 8:34 AM

    w’slm
    sorry lambat reply…
    ngah bz ngah keje skrg ni bro..
    anyway, utk menjawab soalan tersebut adalah tk adil sy nk suggest yg mana satu. cuba try tanya member2 yg penah guna kedua2 model…

    tapi secara peribadi, sy sarankan anda utk beli modenas GT128 ni. skrg merupakan model terlaris di malaysia. pakej pun bagus, ngan spec yg gempak n harga yg berpatutan…

    bak kata amy search… berbaloi-baloi…

  19. nkcarimotor
    June 3, 2009 at 3:16 AM

    salam.. bro amien… saya mcm berkenan la plak GT128 nie.. tp teringin la nk tengok foto yg ada bukak seat tu.. nk tengok samada ada compartment exactly mcm x-cite tu…

    klu mmg ada compartment mcm tu ..mmg saya minat la.. sbb nk jgk ruang nk letak barang2 skit… kan.. kan kan..

  20. Zman
    June 10, 2009 at 11:02 AM

    Salam bro, aku cadangkan kalau hang nak tengok lebih jelas dan detail, sila ke kedai motor yang berhampiran dengan rumah anda yee.. Tengok gambar je tak rock la bro..he he…

    Esok ( 11-06-09) tarikh keramat aku menjadi pemilik kepada GT128 warna putih..kih kih kih…

  21. June 10, 2009 at 1:32 PM

    betul tu zaman.
    tengok real baru puas hati kan?
    aku pegi-balik keje ada gak jumpa GT128. sempat la main cucuk2 angin.. hehehe

  22. zulkifli razak
    July 8, 2009 at 3:52 PM

    Sy suka ride jauh2 eg. gi thailand & Laos. Cadang Dec 2009. Klau ada geng, sy nak angkat GT ni. Yg dah pakai GT, Jom?!

  23. zulkifli razak
    July 9, 2009 at 1:01 PM

    It’s me again. Sy ride ke Laos lalu Thailand last Dec 08 naik FZ 150i je. 12 hari. Cadang nak ride lg naik GT ni. Sapa2 nk join? Blh kite ride satu group. call me 012-276 6360

  24. July 9, 2009 at 1:51 PM

    pergghh.. best la brader dpt konvoi ke laos..
    mudah-mudahan berjaya berkonvoi, kali ini ngan GT plak..cayalah!

    • hafiez89
      May 4, 2011 at 6:29 PM

      akum bro…
      mcmane nk msk club gt?

  25. zuelhuzz
    July 20, 2009 at 7:27 PM

    mmg macho lah moto ni…murah lak tu..modenas baru sedar kot, org pentingkn design, bukan duk improve kualiti engin saja…nak kata buatan malaysia, honda dgn yamaha pun buatan malaysia jugak, cuma letak brand ja jenama jepun…huhu

  26. mimie
    July 24, 2009 at 5:26 PM

    bro,mane nk cari moto ni yg murah sket?hihi

  27. October 14, 2009 at 9:12 AM

    i baru beli moto in di ban zen melaka harga atas jalan dgn insurans komprehensif RM5450. mahal kat ban zen ni.

  28. izan
    October 16, 2009 at 1:03 PM

    gt 128 memag cntik tp..biasa la brg tempatan, tak ada kualiti..aku baru je guna moto ni 3 bln,memag tak puas ati..mula2 guna bangga juga pstu dah hampeh..enjin tak power pun,paling laju 130km je, itu pun bergegar satu body,selmba je honda dream boleh potong.aku tak tau la meter tu btul ke tak..

  29. candos
    October 18, 2009 at 3:45 AM

    salam…
    aku dah pakai GT128 nie dah 3 bulan jugak macam izan.kaler putih/hitam.ikhlas aku cakap bebudak LC jer yang beriya-ria kambing rasa tercabar sangat dengan kehadiran jentera baru keluaran modenas nie.tak tahu pasal apa.dengki ka pasal apa tak tahu laaa…ayat yang selalu dorang guna takder lain….spare part payah dapat…dan nanti jual tak laku.aku nak cakap la kat sini, kriss member aku yang dah kategori berpencen pun cina kedai motor ambik rm2000.kira ok la..tu.
    nice to know…GT128 aku boleh pecut 140km/h.aku badan besar.bagi aku ni pun kira dah cukup laju dah tu.nak laju sangat beli motor trek laa.dulu, aku pakai zxr250cc….dah tak lalu nak laju-laju sangat dah…
    bagi aku, tak ada apa pun yang bergegar selama aku pakai motor nie.sumpah geng! …motor gt nie aku tak pernah pantang pun…keluar jer kedai..terus aku sesah sampai puas….sampai sekarang prestasi mentain jer.kalau yg komplen-komplen tu geng angkat tayar tak tahu lah aku.memang la tak sampai setahun motor apa pun lingkup boleh kat puak nie…
    akhir sekali….aku rekemen la kat korang, tak ada sebab korang nak nyesal kalau beli motor nie.lastly, belilah barangan buatan malaysia.bye

  30. October 19, 2009 at 3:17 PM

    brader candos..
    best dengar cerita pengalaman ko tu..
    mmg betul, pok pangkal motor tu tahan lama ke tak adalah cara kita gunakannya…
    anyway, belilah barangan buatan malaysia.. haha

  31. candos
    October 19, 2009 at 9:25 PM

    betul tu amien…kita patut support barangan buatan malaysia.
    terkenang aku pada mula-mula modenas keluarkan model kriss dulu…ada yang katakan lampu belakang tak lawa macam punggung beruk.last-last aku tengok orang yang katakan tu pun beli kriss..orang macam nie sanggup jugak jilat ludah dia tu…apaaadaaa….hahaha
    serupa jugak baru-baru nie, masa perodua myvi pertama kali dikeluarkan..ada yang kata kereta katak laa..kereta haji bakhil laa…last-last kereta jenis tu yang banyak di jalan…hehe
    belilah barangan buatan malaysia.tq

  32. October 20, 2009 at 10:04 AM

    hahaha.. lawak btul la. lampu blakang cam punggung beruk?? hahaha..
    tapi 1st model kriss memang power n laju.. tapi bila tiba turn X-cite, modenas dh kurangkan sket power dia.. tu yg kureng best sket tu..

  33. naj
    November 15, 2009 at 4:09 PM

    halo guys!!gud discussion…very impressive.nak cter sikit..i dah beli gt128, kaler putih time 7 july..the,x smpai sebulan,tegelincir dpn rumah, kat part banyak pasir…terseret sikit je kot..handel dah senget benget…ada tnye certain kedai,klau nak tukar handel, about rm200..is it mahal or what?ke, any idea?n btw, spare part gt ssh lg naak cr.mmg kne tempah dlu.but the, skrg gne je handel senget benget tuh..stakat gi kelas,ok je.

  34. gothstruck
    January 3, 2010 at 2:33 AM

    salam..
    tgk ni bro…
    http://www.gt128riders.com

    =p

  35. January 4, 2010 at 10:39 AM

    w’slm
    gua mmg follower forum ni bro.
    btw, thanks ok? =)

  36. Abu
    March 16, 2010 at 10:56 AM

    Hello Bro,

    I baru beli Modenas GT 128 tak sampai 2 bulan tapi i dah nak jual ada tak siapa2 yg berminat boleh talipon i bab i tak sesuai pakai bab i dah berumur. i rasa motor jenis ni sesuai untuk remaja yg muda aja. Contact no: 016 2047783 (Pak Abu) atau email i

  37. sammm33
    March 21, 2010 at 8:27 AM

    hi guys……nice forum kat sini ni……learn a lot ttg gt128…..cadang nak beli motor ni but no experience in getting a motorbike… can any1 share some idea in how to get a gt128 ? procedure, how2choose bike etc etc…..ape2 je yang perlu di ketahui sebelum dan semasa membeli tu sbab i memeng 0% pengetahuan ttg bike ….. terima kasih didahului~~~~

  38. May 6, 2010 at 4:55 PM

    aku nk beli moto ni r…tpi tkt xmmuaskan,cz aku nk klhkan LC….lau beli LC nti kena ckp ikot2.nk beli yg len xda yg bkenan….gt128 ni jerr tinggal harapan….tpi cmna mau ksi down LC r????

    • nazri
      May 7, 2010 at 5:27 AM

      mane boleh bndgkan motor ni dgn motor lc
      gt128 dalam kelas tersendiri..gt128130cc..lc135cc…

  39. May 7, 2010 at 10:01 AM

    yes, setuju ngan nazri
    X-Cite ngan Gt128 dlm kelas yg tersendiri, jgn bandingkan ngan LC. kalo bro nk kalahkan LC, X-Cite bukan lawannya. Angkat je Ninja 250. Hehe.

    X-Cite ni kategori barang RARE. mereka yg ada minat pelik2 je sanggup beli moto ni. Macam aku la. Hehe.

  40. Joe
    May 14, 2010 at 4:26 PM

    Kepada onwer GT128, aku skrg masih mmakai Kriss120 baru stawun da gegar2 kat enjen, sblum gegar kat enjen, mase tgh 120km/j gear 4 ttibe drop gear 3, yeah meraung2 moto ngan aku skali

    Sbulan average skali jadik, cam dtg bulan lak, pastu aku bwk g kedai ( nak repair sendiri tak reti), apek tu bukak enjin tu n g tau gear 4 aku longgor, pas sari suntuk bukak dan pasang, hampir sbulan pastu jadik lagi ish

    N bberapa hari lagi ni, aku rase nak beli GT ni pulak sbb aku tak serik nak guna brg kuaran Malaysia🙂

  41. May 14, 2010 at 5:53 PM

    bagus bro, support brg buatan malaysia..
    pada pendapat aku ni macam kes2 terpencil je, jarang2 berlaku.

    aku dh 3 tahun pakai X-Cite. skali pon tk penah meragam. syukur la.. yg penting kena jaga maintenance dia elok2.. =)

  42. lala
    June 6, 2010 at 9:22 PM

    aku pun pakai xcite gak dah 4 tahun dah. x sangka pulak rupa rupanya gt 128 asalnya dari x cite 130. gempak gile! gt 128 anak xcite 130. pastu ada ke xcite 135? aku jumpa kat internet. pelik la pulak. xcite ni ada la sket potensi nk jadi moto racing. tp time gear 3 je laju bile masuk gear 4 dia jadi lambat naik. ape pndapat ko?:

  43. lala
    June 6, 2010 at 9:31 PM

    pastu enjin dia kawasaki? gempak gak tu. xcite130/kawasaki zx130. kira dasyat gak xcite ni.

  44. June 6, 2010 at 11:15 PM

    wah, ada geng xcite ka sini rupanya. bagus bro, bleh tukar2 pendapat.
    xcite ni mmg amik sebijik enjin n design drpd kawasaki. takde ubah apa kecuali kuasa enjin dikurangkan sket. tu yg tk berapa best tu. kalo tk lc pun bleh bye bye..

    xcite 135 tu kalo tk silap aku utk pasaran greece. rugi la ka malaysia takde. sbnrnya xcite ni mmg bagus, cuma org malaysia ni tk berkenan ngan style dia yg pelik sket, tp bg aku produk yg dtg drpd kawasaki mmg terbukti bagus. xcite aku dh 3 tahun tk penah ada problem, alhamdulillah.

    gt128 ni pulak adik xcite. amik enjin, pastu tukar body je. pepehal pun dua2 mmg best. cayalah modenas!!

  45. kristar_rider
    August 18, 2010 at 4:10 PM

    bro..aq plak pngguna modenas kristar… pesal ek model ni kuar skit jek?? xkn la sbb xlaku… aq pkai, plat JHT.. First model pnye.. wk2 stndrt dlu, nk naek 135kmh lbh kurng 300mtr je leh naek daa…. pastu aq msok kbreta LC original.. lc standart dah leh tinggl..jln jauh pon..150kmh 2 mlantun2…160 or 170 kot pegi…. tp aq xtaw la law mesin aq ni mang kuar kedai trada brng special kowt…. yg aq gramnye..npe kuar skejap jek???? knape???

    • August 18, 2010 at 4:49 PM

      ntah la bro, aku rasa pasai model ni punya design tk berapa buleh diterima oleh org2 malaysia especially budak2 muda kot. tapi bagi aku ok je moto ni, yg modified punya smart giler..

      tu la fenomena org malaysia, sumer nk pakai moto2 hot je. moto2 nasional tak layan.. entah la…

  46. kristar_rider
    September 10, 2010 at 6:05 PM

    ni aq nk share ngn korang2 yg ragu2 untk gune moto2 modenas… first,enjin modenas mang tiptop bb dy enjin kawasaki…. tp kne berhati2.. enjin modenas ni sensetif skit… mudah nak up performance dn mudah nk down… so, kne bijak jge enjin…….. law dydhdown pyh giler nk ksi sdap smule…… factor2 kcik je yg org rmai pndang remeh pn bleh mnyebabkn mesin ni down prfrmnce nye….

    • September 20, 2010 at 11:57 AM

      yaa.. modenas ni mmg syok kalo guna standard. tp masalahnya ialah enjin modenas ni jenis makan minyak hitam. so kena jaga bab2 tu lebih sket la. huhu

  47. neoneal
    October 5, 2010 at 11:28 PM

    Best ape barang malaysia…ekeke pakej mantap harga pun murah.. Nk kalah kn Lc.. x perlu beli sbk.. Cari je suzuki fx125@belang ..ekeke 125z..pun mkn asap..ekeke

    • October 6, 2010 at 8:55 AM

      betul bro, aku sokong cadangan tu. haha.

  48. hafiez89
    November 5, 2010 at 9:42 PM

    akum bro…sy pgguna mtr GT128…sy nk cri coverset mtr GT…kt mne coverset jual mrh erk?

    • November 8, 2010 at 11:31 AM

      try tanya kat modenas service centre la bro. maybe diorg bleh cari.

  49. Ee
    December 22, 2010 at 9:42 PM

    Minyak enjin jenis apa yg paling sesuai dgn enjin GT128 ni…? tolong bg cadangan…

  50. john
    February 16, 2011 at 9:17 PM

    bagus

  51. Rano
    May 6, 2011 at 12:16 AM

    macamana kalau gt128 di masukkan coverset yamaha x1r??agak agak bleh x?ader x owg buat??aku teringin nak buat kat gt aku.

  52. hafiez89
    June 15, 2011 at 8:32 AM

    salam…aq da gne gt ni 2 taun….mcmane nk + speed pd mtr aq ni?
    mse br bli speed leh thn r..tp kblkgn ni da slow la…ajr r aq mcmane nk + speed n pick uk?

  53. kira
    June 20, 2011 at 4:53 PM

    ok x klu nk letak ekzoz yoshimura kat gt128.?pastu bpe harga ea tok ekzoz tu..?

  54. abu
    September 24, 2011 at 6:17 PM

    wow!…akhirnya aku tau aku nk beli moto ape…igt haritu nk angkat lc,survey2 forum…nmpaknye gt128 byk yg positif…sblm ni aku bantai kriss 110 1st model,masetu bru kluo 2mggu,aku angkat…lenjan sampai skarang..meter 110 maintain!..enjin modenas paling aku salute la!…then aku pernah bwk gt128 nih sampai 130 (sebab moto kwn aku,xberani aku nk pulas abis)…so aku nk beli la!

    • gt128
      October 6, 2011 at 4:11 PM

      beli la bro..aku dh angkat dh gt128 ni..prestasi dia baik…klau pandai jaga dont worry la…..modenas skrg dh power…yg penting kita kena pndai jaga…huhuhuhuu

  55. maximax
    March 19, 2012 at 9:16 PM

    xcit epon cantik lau wat modified luar dia..enjin mmg tahan lasak..skrg nie moto xcite aku dah smpai 130000km dah..lebih had meter dia..tp enjin masih tahap terbaik….baru servis enjin skali ja trun suma enjin..power xlost masih 150km/h..

  56. March 19, 2012 at 10:41 PM

    Wah, power X-Cite ko bro. memang berbaloi utk dimiliki… huhu

  57. July 5, 2012 at 10:45 PM

    salam,
    aku pon pakai gt, so far aku pakai ok xde masalah, aku pakai gt sbb Lc 1st modal aku hilang cilaka… pakai gt aku dok risau mne pernah skali tertinggal kunci kat mtr, nasib x hilang, bagi Aku GT ialah motor Pailang sbb org pandang pelik tgk mtr ni…he… yg penting GT sudah terbukti lasak … pasni aku nak jelajah dunia

  58. bro norman
    July 19, 2012 at 1:50 PM

    Salam bro… gua pun pakai gt128 green lagi. now dah 3 tahun, mungkin nasib kot dapat motor nih dengan seribu masalah yang melanda. setakat nih dah 2 kali kene orbohol. berulang tak jauh sangat antara klang putrajaya je. minyak hitam cepat sgat kring. baru 2 minggu tukar, ingat nak tukar semula dah gua tersangkut kat higway elit 2 kalu bro. laju memang laju dan berat membuatkan kita rasa stabil. kalau ada enjin baru boleh tukar la dah lama gua tukar enjin hehehehe. jodoh gua dgn motor gua ni rasanya minggu depan je kot. nak trad in… mungkin try LC plak atau FZ. jenama malaysia nih bagus. mungkin kualiti besi tu yang aku rasa nak pertikai sket. sebab enjin motor gua sub patah danhancur, sedangkan minyak hitam ada. huhuhuhuh dah tak -pasal-pasal aku kena ca 800. lepas tu bermulalah maslah yang macam macam. piston bunyilah dan sebagainya. lepas sebulan repair dah enjin bunyi lain macam. takpalah mungkin ini motor aku punya nasib. harap motor korang semua ok dan takda masalah. inssyaallah. next week gua trad in. mana leh tahan dalam 2 bulan je aku dah kena dua kali grandball. okkkkkkkkkk sayo nara

  59. matsenow
    September 1, 2012 at 11:42 AM

    Moto x- cite ni bleh ke pkai cluth tangan??

  60. matsenow
    September 1, 2012 at 11:50 AM

    maximax :
    xcit epon cantik lau wat modified luar dia..enjin mmg tahan lasak..skrg nie moto xcite aku dah smpai 130000km dah..lebih had meter dia..tp enjin masih tahap terbaik….baru servis enjin skali ja trun suma enjin..power xlost masih 150km/h..

    slm..tmpang tanya..mto bro ad modi ap2 x skakat ni?? laju beno?? time trun bkit ke bleh dpt 150km/h 2?

  61. Kriss2010
    September 26, 2012 at 2:09 PM

    Salam semua..
    Aku ingat nak angkat GT 128 satu la color putih..
    Apa kelebihan GT 128 berbanding dengan motorsikal brand lain?
    Sekian.

  62. randhy cahya
    December 3, 2012 at 12:59 AM

    Salam semua,..
    kalo Modenas Ace ganti body gini gimana komennya?
    http://randhygraphic.blogspot.com/

  63. randhy cahya
    December 3, 2012 at 1:01 AM

    Salam semua,..
    kalo Modenas Ace ganti body gini gimana komennya?
    http://randhygraphic.blogspot.com

  64. 123456789
    December 25, 2012 at 9:43 PM

    bagus ……….. lgi beLi gt 128 ………………….dripada beli lc 135 yng klac tangan ……………………………. gt 128 Ade mure sikit ………………………………..dripada pade lc 135 ………………..!!!…………………………………………gt 128 pun ade kemampuan sdiri juge !!!

  65. gt 128 mare
    December 25, 2012 at 9:50 PM

    btul tu ………………………gt 128 juge pun ade ……………………….kemampuan kelajuanya …………………… aq juge ade gt 128 ……………………………. tpi sdh ade klac tangan untk buat lumba jak…………………………………………… bleh tarek 170km……………………… bleh kasih juge lc 135 klac tangan …………………………………………….hahahahahahahahahahahahahahhahahahahahaha!!!

  66. standard
    December 25, 2012 at 9:53 PM

    gila……………………..jugak kw punya gt 128 ………………………….. nie boleh ……………………tarek 170 km…………………………………..aq punye gt 128 …………………………boleh ……………tarek ……………………….160 km …………….!!!

  67. tawau mare
    December 25, 2012 at 10:00 PM

    aq punya lc 135 klac tangan bleh tarek………………………………………… 160 km …………………………. masih standard lgi klu mau ? blum lgi bikin …………………………klau d bkin lgi ………………………..tarek bleh mencecah 180 km .sejam ?

  68. Acap
    February 20, 2013 at 1:39 PM

    Aku dulu pakai kriss 100 first model.. Aku bru wat skit je bole thn la laju. Pnh naik dlm 160km jgk la.. Tpi minyk biase la.. Kalo aku bli gt128 bole ke naik dlm 160km jgk?

  69. azwan
    April 1, 2013 at 7:07 PM

    Ak nk tanyer,nk pakai ekzos jenis ape yg sedap bunyik nyer..ak nk bunyi cm superbikes..mnx tolong bg cadangan ea admin…

  70. aiman
    February 24, 2015 at 10:40 PM

    Assalamualaikum bro, aku terbaca blog kau jadi menarik pulak nak tanya ni spareparts motor ni ada lagi ke thn ni ? aku ketinggalan zaman sikit haha

  71. March 6, 2015 at 10:34 PM

    yow bro, moto x cite aq da lama, sejak 2003 lg dan moto nie dah x berusik lebih kurang 6 bulan sebab kunci hilang, skg nie sbb terlalu syg moto tu aq nak bikin balik tuka cover set , rim, kunci lampu brake disc sume la, tau tak mane nk cari spare part xcite murah, bajet 600 jek..

  72. nazri
    May 26, 2015 at 1:53 PM

    Salam. Aku nak tanya gt128 ni manual cluth mmg xwujud ke? Harab2 ade sape2 jual manual gt128

  1. January 3, 2011 at 11:36 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s