Home > WoRD LiFe > Librarian @ IACT

Librarian @ IACT

1bus

Assalamualaikum.

Awal bulan April 2009 ini menyaksikan perpindahan aku ke tempat kerja a.k.a kilang rezeki aku yang baru nun di Damansara Utama. Walaupun pada mulanya sukar untuk membuat keputusan samada bertukar kerja ataupun tidak, tapi akhirnya aku memilih jalan ini. Syukur kepada Allah kerana memberikan aku petunjuk.

Aku sebenarnya berada dalam dilema samada memilih untuk kerja di IACT atau mengambil MTest bagi menjadi guru skim KPLI kerana keduanya berlangsung pada masa yang sama. Akhirnya aku melepaskan peluang ke KPLI dek kerana khuatir sekiranya aku terpilih dan tidak melaporkan diri, aku akan disenarai-hitamkan pada masa hadapan. Jadi IACT adalah tujuan aku. I’m sorryyy Ministry of Education

4 hari pertama aku di IACT tidaklah sesukar mana. Mungkin kerana skop kerja yang sebenar belum dapat aku laksanakan lagi. Dan perancangan sebenar aku diangkut menjadi salah satu staf di sini adalah sebagai persiapan untuk menyelenggara dan menghidupkan perpustakaan baru IACT yang dijangka akan beroperasi pada bulan Ogos ini di kampus baru. Selepas itu, tahulah nanti macam mana nasib aku. Hahaha…

Jadi beginilah cerita aku. Memulakan langkah kerja baru dengan cara aku sendiri. Dan buat pertama kalinya aku dengan rasminya mempunyai alamat e-mail rasmi iaitu aminuddin@iact.edu.my. Hahahaa.. Kelakar betul rasanya ada email yang namanya penuh skema itu..Anyway, anyhow..blasah je la…

Jadi di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada geng-geng PLF yang banyak membantu semasa aku bertugas di sana. Maaf juga diucapkan kepada semua atas keterlanjuran (bahaya perkataan ni), kebengongan, kesilapan dan kesakit-hatian yang korang semua alami semasa aku menghuru-harakan PLF haritu. I’m sorryyyy (ni khas untuk ninie kerana dia peminat setia Amir Raja awak)..

So, tu je la buat masa ni. Harapan aku semoga semuanya akan baik-baik saja di sini. Ok dude, have to go.. See ya!

Categories: WoRD LiFe
  1. yanty
    April 9, 2009 at 2:51 PM

    wah…banyak nyer buku…kuikuikui..

  2. April 9, 2009 at 3:51 PM

    Banyak pon bukan keje saya membeleknya wahai puan yanty..
    keje saya dok depan pc main facebook je..hehehe

  3. sue
    April 15, 2009 at 9:44 AM

    kebengongan??? haahahaha… sedar ek.. aku paling x leh lupa ko edit pic ninie tu…

  4. April 17, 2009 at 12:48 PM

    hahahaha… nasib baik la aku keje kat sana sebulan je.. kalo setahun, korang semua pasti akan ada gambo kenang-kenangan bg setiap orang.. hahahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s