Home > WoRD LiFe > Aweera – Ku Di Sini

Aweera – Ku Di Sini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dah lama aku tak buat entri untuk review lagu. Kali ini aku nak review satu lagu dari seorang penyanyi baru. Beliau lahir dari sebuah program realiti di Malaysia yang mana cukup untuk membuktikan kemampuan beliau dalam arena nyanyian di Malaysia.

Beliau yang aku maksudkan ialah Aweera. Finalist program realiti One In A Million (OIAM) musim ke tiga. Aku sebenarnya mengikuti dari awal lagi perkembangan penyanyi ini untuk setiap persembahan mingguan beliau. Dan aku dapati potensi beliau untuk menjadi pelapis rockers Malaysia memang ada kalau diberikan peluang.

Aweera ni mempunya suara yang tinggi dan kalau kena dengan lagunya memang syok untuk didengari. Tapi secara ikhlas aku katakan lagu rasmi pertama beliau ini agak kureng sikit la. Tak berapa kena dan tak menyerlahkan sifat rock beliau itu. Anyway, lagu ini tetap sedap untuk dihayati.

Harapan aku agar beliau dapat menerbitkan album rock yang best agar zaman kegemilangan rockers tahun 80-an dulu dapat dikembalikan kerana secara peribadi aku dapat katakan lagu rock zaman 80-an lah merupakan lagu yang paling best kat Malaysia ni. Sokong tak?

Orait, challo. See yaa…

Aweera – Ku Di Sini

Ku sedar aku bukan bermimpi
Memang nyata kini ku disini
Dengan kamu ku berani
Mencari pelangi yang bukan senang tuk dikecapi

Kini ku disini
Mencuba tuk merubah segala
Moga direstui
Hajat ini yang lama membara

Ku ingin sentuhimu selamanya
Memenuhi segala janji
Aku gagah mungkin kerna semangat kau beri
Jiwai semua yang kau rasa

Kini ku disini
Mencuba tuk merubah segala
Moga direstui
Hajat ini yang lama membara

Ku inginkan
Ku impikan janji ini
Tunggu lagi anganku menjadi

Aku disini pasti kernamu semua
Mungkinkah ini
Akan menjadi saat yang ku nanti
Selamanya….

Ku sedar ku bukan bermimpi
Memang nyata kini ku disini

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s