Home > WoRD LiFe > Minggu gembira…

Minggu gembira…

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Kali ini dalam versi Bahasa Melayu. Hahaha. Poyo je. Minggu lepas memang merupakan antara minggu yang paling gembira bagi aku. Minggu yang agak sibuk tetapi kesudahan ceritanya, amat menggembirakan.

Pagi sabtu 4 Julai 2009, aku terpaksa bangun awal untuk bekerja. Pagi-pagi hari lagi aku terpaksa bergegas ke Saujana Subang. Kali ini bukan urusan kerja seperti biasa, tetapi kami semua warga IACT terlibat dan bertugas untuk menganjurkan satu program graduasi buat pelajar Kolej IACT bagi tahun 2009.

iactkonvo

Warga IACT bertungkus-lumus untuk bergambar

iactkonvo1

Yaaa.. bergambar lagi…

Tugas aku pada hari tersebut ialah menjadi bouncer. Bukanlah bouncer kelab malam, tetapi seorang penjaga laluan masuk ke dewan makan di Saujana Subang tersebut. Walaupun kerja pada hari tersebut langsung tidak mencabar, tetapi kami semua amat teruja dengan hidangan makanan yang disediakan. Dan seperti kebiasaan, kami dengan rakusnya menjamu makanan seperti rakyat Afrika yang kelaparan. Well, terima kasih Saujana untuk hidangan makanan tersebut. Hahaha. Kak Lin, seperti biasa andalah juara makan pada tengahari tersebut.🙂

Pada petang sabtu itu pula, aku ada lagi satu program hendak dilaksanakan iaitu men-join-kan diri untuk menghantar adik bongsu aku ke menara gading. Ewah. Adik aku berjaya menyambung Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam. Jadi secara automatiknya aku melantik diriku sendiri menjadi AJK mencari rumah sewa dan menguruskan beberapa perkara untuknya. Itulah perkara lazim yang dilakukan oleh adik-beradik kami.

Jadi pada petang itu dengan selamatnya keluarga aku tiba di Shah Alam pada jam 7.30 malam. Aktiviti malam tersebut tamat dimana keluargaku bermalam di rumah kakak aku di Jeram, Kuala Selangor. Keesokan harinya adik aku mendaftar secara rasmi di UiTM. Aku pula sekali lagi dengan sukarelanya menjadi AJK sarapan pagi dan logistik kepada keluargaku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Setelah semua urusan telah sempurna, maka pulanglah semula keluargaku ke kampungku yang tercinta di Kuantan.

Syukur kepada Allah yang telah memudahkan semua urusan. Sebenarnya apa yang menggembirakan aku pada hari tersebut tak lain dan tak bukan ialah bertemu dengan hampir semua ahli keluargaku terutamanya mak dan abah yang ku rindui. Walaupun cuma sekejap, tetapi syukur bertemu juga di bumi Shah Alam.

fabiramien

Silent reader spotted

Hari itu juga aku agak terkejut kerana abangku dengan selambanya membuat sedikit ulasan mengenai satu isu dalam blog aku. Terkejut juga aku kerana tanpa di sangka ada silent reader yang follow blog aku. TQ brader, I really proud to have brother like you. Ceh, bodek sket. Anyway, thanks again sebab ko sorang la yang selalu hantar adik-adikmu setiap kali kami menyambung pengajian di Universiti. Thanks again bro.

Anyway, wonderful weekend. Chow!

Categories: WoRD LiFe
  1. inaRusTu
    July 7, 2009 at 4:47 PM

    ceit…idop lg blog ko nih..
    nasib bek la kat kpkt ni sume mendalah entertainment kene block..terjerumus gak aku akhirnye dlm blog ko nih..muahaha…papepun slamat menjadi AJK. ti leh jd AJK masjid SPU lak…

  2. inaRusTu
    July 7, 2009 at 4:48 PM

    tapi gambo tu bukan ms antor ija kot…wakaka.. kantoi3

  3. July 7, 2009 at 5:50 PM

    ces cipan betul..
    ada gak minah ni dalam blog aku, wat habis ruang je..hahahhaa..

    takpe la, aku suka org komen2 dlm blog aku… gambo tak banyak la dol, aku angkut la mana yang sempat…

  4. puanhasanif
    July 8, 2009 at 10:55 AM

    baguskan dpt adik badek yg sporting…. yups aku setuju wpun kejap je dpt jumpa mak ayah dah cukup utk lepaskan rindu.. huhu tetiba teringat kt abah aku..

  5. amy
    July 8, 2009 at 11:39 AM

    ehh bukan amin ke juara makan ari tu?? akak tengok kemain lagi makan sampai tak ingat dunia…bertambah2 tu….hahaha

  6. July 8, 2009 at 12:45 PM

    kak lin…
    terima saja la hakikat tu…
    takde sapa kat IACT ni yg layak memegang title juara tu selain kak lin.. pecayalah….

  7. July 8, 2009 at 3:30 PM

    bab makan mmg serah dkt amien..

    amien jd bouncer? sbb telah dijangka tidak mencabar dia kasi amien memegang jawatan tu..

  8. July 8, 2009 at 5:35 PM

    hahahha… mama maria jangan buka pekung di dada sendiri..
    nanti saya buka rahsia zaman kebuluran anda semasa di PLF nanti, baru anda akan berasa malu yang amat sangat… hahaha

  9. amy
    July 10, 2009 at 4:10 PM

    he..he..gambo baru?? ni mesti memenuhi permintaan seseorang…

  10. July 18, 2009 at 11:34 PM

    Hahaha!!! Minggu ni memang minggu gembire buat aku. Band 5, yeah! Ingatkan nak terdapat band 3 atau 4 saje. Hohoho… Tapi sygnye x dapat band 6. Amma!
    Brader Amien. Sori sebab lame x join. Saya sibuk mengemaskini data komp yg mcm tongkang pecah sebab nak format komp.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s