Home > WoRD LiFe > Apa Cerita?

Apa Cerita?

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Yang ada hanyalah beberapa entri ringkas dek kerana kekangan masa yang teramat sangat untuk aku menulis di sini.

Apa cerita? Emm.. sekarang ni memang banyak cerita. Tapi cerita-cerita yang tak berapa sedap nak didengar la. Cerita yang paling membosan dan menyenakkan fikiran tentulah pasal kerja. Berpindah ke lokasi baru telah selesai. Cuma yang masih belum selesai ialah menyediakan Perpustakaan tempat aku bekerja ini ke tahap yang betul-betul bersedia untuk digunakan oleh pelajar. Ia adalah suatu yang sukar dilakukan dengan tahap kemalasan setinggi langit ini. Hahaha.

Perjalanan hidupku sehari-hari agak statik. Tiada apa perubahan buat masa ini. Hari-hari kerja. Tapi satu yang pasti aku masih lagi berjuang dan terus berjuang untuk mendapat karier yang lebih baik demi masa depan aku sekeluarga. Beberapa temuduga akan aku hadiri dalam masa terdekat ini, semuanya berkaitan dengan agensi Kerajaan. Mudah-mudahan ada rezeki untuk aku. Teruskan usaha!

Sebenarnya niat dihatiku ini nak menceritakan tentang tempat kerja baruku ini. Tapi apakan daya, aku masih belum membuat edit gambo-gambo menarik untuk diletakkan di dalam blog ini. Jadi tunggu entri seterusnya, akan aku letakkan gambo yang menarik mengenai tempat kerja baruku ini.

Jadi itu sahaja buat kali ini. Bertemu lagi.

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s