Home > WoRD LiFe > Peristiwa Ramadhan

Peristiwa Ramadhan

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah, pada hari ini dah masuk hari ke-20 umat Islam berpuasa. Tinggal lagi 10 hari sebelum ketibaan bulan Syawal dimana semua muslim dan muslimah akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pula.

Sungguh pantas masa berlalu, begitulah juga usia kita. Semakin hari semakin tua. Jadi kali ini aku ingin menceritakan sedikit peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Pertama sekali kelainan yang paling ketara ialah, pada tahun ini aku berpuasa bersama isteri tersayang. Tahun pertama aku sebagai seorang suami. Pengalamannya amat berbeza jika dibandingkan sewaktu bujang dahulu.

Tahun lepas, status aku masih la bujang. Jadi waktu berbuka puasa dan bersahur banyak di habiskan bersama rakan-rakan di rumah sewaku. Waktu sahur pula, seperti kebiasaan orang bujang merupakan waktu yang paling malas sekali. Tapi aku tetap bersahur dan menu utama sahurku ialah roti. Hahaha. Sekarang amat berbeza, tiap kali berbuka puasa dan bersahur, isteriku pasti akan memasak. So BMI (Boroi Mass Index) aku pun secara automatiknya akan bertambah.πŸ™‚

Bulan puasa tahun ini juga membawa pengertian yang amat mendalam pada diri aku mengenai erti kekeluargaan. Kami suami isteri berkesempatan merasai nikmat berbuka puasa bersama keluar tercinta. Pada minggu pertama Ramadhan, kami berkesempatan berbuka puasa bersama semua ahli keluarga mertuaku di Cheras. Manakala pada minggu ke-dua Ramadhan, semua ahli keluargaku di Kuantan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Memang meriah dan aku dapat merasai kepuasan terpancar di wajah ke-dua ibu bapaku kerana semua anak-anak dan menantu dapat berkumpul bersama-sama. Syukur pada Allah kerana memberikan aku satu kehidupan keluarga yang bahagia.

Alhamdulillah. Begitulah tercatatnya peristiwa hidupku. Aku rasa bersyukur kerana dapat merasai semua ini. Dan Insyaallah pada Hari Raya Aidilfitri ini, kisah yang sama akan berlaku. Semoga segalanya akan baik-baik sahaja.

Sekian buat kali ini, bertemu lagi pada masa akan datang.

Allahuakbar !!

Categories: WoRD LiFe
  1. September 10, 2009 at 2:58 PM

    thn depan beraya ber3 plak..πŸ™‚
    masa bln puasa ni la leh masak sekerapnya.
    kalau ari tak pose kan, kitorg slalu gak makan luar. sebab blk lmbt, senang, tapau je utk dinner.
    tp bulan pose best, ntah camne ada kekuatan nak masak buka n sahur. best tau!

  2. September 11, 2009 at 11:42 AM

    Insyaallah mama mari..
    tahun depan kena byr zakat X 3.. hehe

    tu la yang dinamakan semangat ramadhan
    walaupun berpuasa, tetapi semangat n kekuatan tetap ada lebih dari hari biasa.. kan?

    cayalah!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s