Home > WoRD LiFe > Konvokesyen UiTM ke-71

Konvokesyen UiTM ke-71

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Dah lama aku tak menulis dalam blog aku ni. Bukan dek kerana kekangan masa, tetapi lebih kepada ketandusan idea dan cerita untuk dicoretkan dalam blog ini.

ijakonvo

Bulan Oktober, ia telah tiba kembali. Telah habis kita semua meraikan musim Aidilfitri dan kini semua warga Malaysia kembali meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa. Dan aku juga salah seorang daripada rakyat Malaysia tersebut. Tapi rakyat Malaysia kini bukanlagi dikenali dengan panggilan rakyat Malaysia, tetapi 1Malaysia. Semua orang menggunakan istilah yang sama. Hahaha.

Pada minggu lepas aku menghadiri majlis Konvokesyen kali ke-71 UiTM dimana dapat aku klasifikasikan sebagai majlis konvokesyen paling gampang, siot, tak best dan kawasan yang sewaktu dengannya. Memang betul, majlis ini tidak best langsung. Lebih baik tido di rumah daripada menghabiskan masa datang untuk melihat majlis ini.

Aku sebenarnya hadir untuk memberikan sokongan moral kepada adik bongsuku yang menerima Diplomanya. Tapi kekesalan dalam diriku amat ketara kerana menghadiri majlis tersebut. Aku rasakan semua hadirin yang datang juga merasainya. Tanggapan pertama aku mungkin majlis ini akan menjadi seronok kerana terdapatnya skrin besar di ruang tetamu. Tetapi alangkah hampehnya kerana tiada sebarang Projector pun dipasang untuk hadirin melihat wajah-wajah gembira anak beranak, adik beradik dan sanak saudara yang menerima skrol. Pihak pengurusan UiTM memang patut dipersalahkan kerana tak peka terhadap masalah ini. Kesian aku tengok pakcik dan makcik yang hadir dari seluruh pelusuk negeri menunjukkan wajah kekesalan yang amat sangat. Setelah sesi tamat, barulah mereka terhegeh-hegeh memasang Projector. Cilaka sungguh.

Kedua, majlis pada tahun ini tidak mengumumkan sebarang nama penerima skrol. Sungguh kasihan aku melihat pada penerima sijil terkulat-kulat pergi menerima sijil. Sedih, kasihan bercampur gaul. Kalau aku berada ditempat mereka, pasti perasaan yang sama akan aku hadapi. Adikku juga menyuarakan ketidak-puasan hatinya terhadap perkara ini. Kesian beliau. Haha

Jadi begitulah coretan serba sedikit pasal aktiviti di tengah bulan Oktober ini. Berjumpa di lain kali.

Categories: WoRD LiFe
  1. October 26, 2009 at 3:18 PM

    mari kita komen masuk dalam paper.. bagi pengurusan ITM sedaq akan perkara ini berlaku.

    Mentang2 Ibrahim abu shah dah kamcing dgn Najib, dia buleh buat camtu plak kat tetamu yang mai jauh-jauh..

    sepatutnya semua budak2 yang grad tu bagi ja feedback tak puas hati dalam borang feedback tu rasa tak puas hati…

    mari kita komen ramai2…. Damn to ITM Convo ke-71

  2. Tiger Adnan (OE 90-94)
    October 26, 2009 at 3:19 PM

    Kita buleh simpulkan bahwa pengurusan konvo kali nie FAILED…

  3. Tiger Adnan (OE 90-94)
    October 26, 2009 at 3:24 PM

    aku tgk gambaq pon tadak jamuan teh kopi macam dulu na…

    ITM tak cukup bajet la tu sebab tengah buat puncak alam tu…..

  4. October 26, 2009 at 5:28 PM

    Sungguh beremosi penulis diatas.. hehehe
    sabaq nandre, walau camnerpon hidup perlu diteruskan.. anggaplah itu sbg satu dugaan dalam hidup.. ewaahhh…

    p/s: terharu sbb hang follow lg blog aku…hehe

  5. Tiger Adnan (OE 90-94)
    November 11, 2009 at 12:44 PM

    tu adik rupanya.. boipren dia org mana?

  6. Tiger Adnan (OE 90-94)
    November 11, 2009 at 12:44 PM

    aku dapat maklumat yang ITM risau pasai H1N1 tu rupanya, tu pasai tadak jamuan …. takut kuman masuk dalam cawan

  7. November 11, 2009 at 4:29 PM

    adik aku boipren dia budak janda baik.. hang mesti tau janda baik tu kat mana kan??

    hahaha.. lawak la hang nandre, kuman mana nk masuk dlm cawan tu?? haahaa

  8. Tiger Adnan (OE 90-94)
    November 12, 2009 at 12:37 PM

    hehehehe, janda baik… aku tau tu, memang tempat glamer tu… mak aku pernah sampai situ, ada kursus umno ….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s