Home > WoRD LiFe > Air Gedegang…

Air Gedegang…

gedegang

Assalamualaikum.

Teringat kembali zaman aku belajar di Universiti dulu. Aktiviti malam geng-geng aku banyak dihabiskan dengan melepak. Banyak jugak port yang kita orang selalu melepak antaranya kedai makan (yang paling famous Kedai Mek Ha dan Kedai Seberang), tepi padang, tepi dewan kuliah dan sebagainya. Dan yang paling best waktu tu, geng-geng aku selalu spend masa untuk melepak di pondok telefon yang terletak di sebelah makmal komputer. Maklumlah kebanyakan daripada mereka baru menyemai bunga-bunga cinta dengan kekasih se-universiti. so port ini la yang paling best bagi geng-geng aku. Hahahaha..

Tapi tu bukan cerita yang aku nak tulis di sini. Sebenarnya, sewaktu melepak bersama mereka-mereka yang mabuk cinta, geng-geng lain sibuk menghabiskan masa dengan bersembang. Bercerita mengenai study, aweks, motor dan lain-lain. Dan apabila tekak kering, satu je cara untuk menghilangkan masalah ini dengan membeli minuman yang di gelar air gedegang…

Apa tu air gedegang? Aku suka menyimpulkan bahawa air gedegang ini ialah air yang kita beli melalui vending machine. Masuk syiling – pilih air – tekan butang – pastu GEDEGANG!!! Bunyi air tin jatuh di slot khas untuk mengambil air tersebut. Dan transaksi air tin siap dijalankan. Itulah air gedegang. Minuman yang sering menjadi teman di waktu malam semasa kami menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Memori itu masih kuat dalam ingatan aku.

Cerita air gedegang ini seringkali kedengaran di kolej tempat aku tinggal. Malah air gedegang lebih sinonim bagi semua geng-geng aku. Tiada lagi istilah vending machine, yang ada hanyalah air gedegang. Pandai-pandai je la korang semua cipta istilah bahasa melayu baru.

Sungguh indah memori itu. Semoga coretan ini dapat membangkitkan kenangan lama. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. October 31, 2009 at 3:25 PM

    amien, maria tringat ms dkt kolej dulu ada vending machine ni suka kuarkan air tin.. pemurah betul.. hehe.. sonok dpt air free.. :p
    mesin tu mengong.. tp bagus jugak mcm tu..

  2. October 31, 2009 at 7:02 PM

    hahahaha.. itulah yang dinamakan rezeki.
    rezeki jangan ditolak, air tin percuma mesti dicari.. hahahaa
    best la mari, dapat layan air tin free, kitaorg gak kena beli… so sad…

  3. Tiger Adnan (OE 90-94)
    November 11, 2009 at 12:42 PM

    satu lagi bro,

    masa kat sekolah aku dulu, ada mesin ayaq tekan — 5 kupang satu gelas.. heheehehe, ayaq oren, sarsi, coke, strawberry… layan beb, kalau minum ayaq tu, mesti memebr pau punya, sebab ayaq tu mahai…

  4. Tiger Adnan (OE 90-94)
    November 11, 2009 at 12:43 PM

    tapi kalau hangpa pi kat Asia e university, jalan sultan sulaiman, KL.. dalam library dia ada mesin bancuh kopi and teh free punya.. khas untuk pengguna library

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s