Home > WoRD LiFe > Majlis Perkahwinan Danial & Hainy

Majlis Perkahwinan Danial & Hainy

dean kawen
Assalamualaikum

Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Danial Mahmud Bin Dato’ Abdul Bakir yang telah selamat melangkah ke alam perkahwinan pada minggu lepas. Tahniah diucapkan kepada beliau dan juga pasanganya iaitu Puan Hainy Surya.

Untuk pengetahuan semua, saudara Danial Mahmud boleh diklasifikasikan antara temanku yang paling rapat semenjak dari kami sama-sama menuntut ilmu di UiTM Machang, Kelantan lagi. Beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik (kalau tak salah aku la) dan merupakan antara rakan kamcengku dalam menjalani hari-hari sebagai seorang pelajar disana.

Majlis perkahwinan beliau berlangsung di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Pada majlis tersebut pasangan merpati dua sejoli tersebut kelihatan cantik menawan dan macho rupawan dengan memakai persalinan putih, seputih salju. Ewahhh… Aku juga amat gembira apabila melihat kehadiran ramai rakan taulan yang sama-sama menuntut ilmu di UiTM bak umpama majlis reunion la pula. Malam tersebut sungguh mengembirakan hati aku apabila rakan-rakan lama kembali berhimpun dan saling bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing.

Jadi dapat aku simpulkan disini bahawa majlis tersebut bukan sekadar majlis perkahwinan semata-mata. Tetapi ia juga telah mengeratkan kembali hubungan kami rakan taulan sekalian. Jadi kepada pasangan penganti pada malam itu, aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Adios!

Categories: WoRD LiFe
  1. puan suli...
    November 10, 2009 at 8:12 AM

    eh mcm kenal je yg sorang tu….

  2. November 10, 2009 at 8:58 AM

    yang mana?
    yang agak besar saiznya tu ker puan sulie??
    mari kita teka siapa dia…..

  3. DM
    November 11, 2009 at 10:15 AM

    thanx guys for the supports given..harap maaf kalau terdapat sebarang kekurangan yang timbul..

  4. November 11, 2009 at 10:58 AM

    terbaeeekkk bro!!!!

  5. Tiger Adnan (OE 90-94)
    November 11, 2009 at 12:40 PM

    patutlah ada gambaq awang dan smk

  6. November 11, 2009 at 1:23 PM

    awang + smk = shemakin hari shemakin sherasi

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s