Home > WoRD LiFe > Suka duka menuju 2010

Suka duka menuju 2010

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan peluang untuk terus hidup. Still alive and kicking. Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita tanpa ada sebarang sekatan. Hampir melabuhkan tirai tahun 2009, dah kini semua warga dunia bersedia menyambut tahun baru 2010.

Life goes on. Begitulah kata Tuan Nandre bersempena tahun baru ni. Memang betul katanya, everything happened whether its good or not akan berlalu. The most important part is kita kena teruskan perjalanan hidup dan sebolehnya mencari peluang yang lebih baik untuk masa depan.

Bercerita mengenai tahun 2009 dalam hidup aku memang penuh dengan kisah suka duka. Bermula tahun 2009, aku secara rasmi bergelar pengganggur. Tiada pekerjaan. Tiada majikan. Kerja yang aku buat sebelum itu diharapkan menjadi pemangkin untuk aku hidup dengan lebih baik, rupanya musnah di pertengahan jalan. Semuanya nampak kabur. Lebih menyeksakan kerana aku memulakan tahun baru 2009 sebagai suami yang tiada pekerjaan.

Hidup sebegitu rupa bukanlah aku. Aku rela bekerja apa sekalipun, yang penting dapat menyara keluarga. Januari 2009 adalah detik yang langsung tidak menggembirakan aku. Dan alhamdulillah, berkat pertolongan rakan-rakan lama dia PLF, aku kembali semula ke sana dalam suasana yang agak serba salah. Terima kasih kepada Tuan Nandre yang menggalakkan aku masuk bekerja semula. Juga terima kasih kepada rakan lain yang menunjukkan jalan kepadaku.

Masuk bulan April aku ditawarkan kerja sebagai pustakawan di IACT College. Satu rahmat daripada Allah SWT yang mengurniakan rezeki kepadaku. Sinar gembira terpancar semula di wajahku. Alhamdulillah sampai ke hari ini aku sudah bergelar pekerja tetap di sini.

Pada waktu yang sama aku juga amat gembira apabila mengetahui bahawa aku bakal menjadi abah. Ya, isteriku telah mengandung. Walaupun aku tau tanggangjawab semakin berat, aku cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan keselesaan terbaik buat keluargaku.

Pada November 2009, lahirlah Asyraff Khalish. Anakku yang pertama. Bagi aku, inilah perkara yang paling menggembirakan untuk tahun 2009. kelahiran Asyraff membawa banyak perubahan dalam hidup aku serta ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah beliau lahir dalam keadaan sihat dan baik. Dan harapan aku untuk tahun 2010 agar beliau akan membesar dengan sempurna dan penuh dengan kasih sayang. We love u Asyraff.

Selain itu, tahun 2009 diserikan dengan kelahiran ramai sekali bayi baru rakan-rakanku. Disini aku sekadar menyebut beberapa nama. Jutaan tahniah buat semua rakanku yang beroleh cahayamata, antaranya ialah Mama Maria Qibby, Sharmila Hamzah, Som Jer Jer, Mama Chieyda IACT, Joe Himura, Mama Myasara Hud-Hud dan beberapa kenalan lagi. Semoga kalian semua bergembira dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Tahun 2009 juga memberikan sinar kegembiraan kepada rakan-rakan seperjuanganku yang mana mereka mendirikan masjid pada tahun ini. Tahniah diucapkan buat Tuan Danial Mahmud, Puan Suzila Kassim dan Puan Zalina Ahmad kerana akhirnya terbina juga ikatan suci perkahwinan anda. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.

Jadi sebagai konklusi, tahun 2010 diharapkan menjadi sasaran buat aku untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan aku akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan kegembiraan kepada isteri, anak, ahli keluarga, rakan taulan, teman sekerja dan mereka yang mengenali aku. Mudah-mudahan ianya menjadi tahun yang penuh kegembiraan. Wassalam.

Categories: WoRD LiFe
  1. Macan Kampus
    December 30, 2009 at 4:43 PM

    kepada amin yang dihormati selalu,

    aku ucapkan selamat berbahgia dan semoga berjaya dengan kerjaya hang sekarang nie.

    ya, aku suka dengan usaha yang tidak mudah jemu walaupon masok kat sini balek..

    itu adalah lumrah sebelum kita mendapat kerja yang stabil.

    ada kerja kosong bagi tau aku la na.

  2. December 30, 2009 at 4:50 PM

    terima kaseh kepada tuan nandre yg disegani

    aku jangkakan sekurang-kurangnya akan ada 3 komen dari beliau. hehehe.

    walaubagaimanapun terima kasih kerana telah mencorakkan aku utk menjadi seseorang dlm dunia ni. tanpa bantuanmu dulu, maka tiada lagi aku (lagu rusty blade)..

    nanti akan aku khabarkan sekiranya ada peluang lain. sharing is caring.

  3. Macan Kampus
    January 6, 2010 at 2:50 PM

    dalam dunia nie, kita mesti mencorakkan seni kehidupan kita sama ada realistic, expressioism atau impressionism (just named a few). Kita sebagai pemegang nyawa dalam jasad ciptaan Tuhan (sensitif!!) ini perlu gunakan segala kurniaanNya sebaik mungkin.

    Manusia sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya ada visi dan misi tertentu dalam memakmurkan diri secara khusus dan dunia secara amnya.

  4. Macan Kampus
    January 6, 2010 at 2:53 PM

    Tahun 2010 adalah satu tahun yang semakin hampir dengan 2020 yang mana kira-kira 10 tahun dari sekarang.

    Fikirlah wahai kawan-kawan, dalam masa sepuloh tahun akan datang, bagaimana corak kehidupan manusia di alam yang fana ini, macam mana corak kehidupan anak-anak muda sekarang yang akan tua 10 tahun lagi dalam masa 2020 itu?

    Kita sebagai generasi pelapis ini akan menjadi pemimpin untuk masa itu.. adakah kita sedia?
    adakah cukup ilmu untuk mempimpin sesuatu organisasi yang pada masa itu akan beroleh kepantasan teknologi.

  5. Macan Kampus
    January 6, 2010 at 2:56 PM

    walaubagaimanapon, kita sebagai anak muda harus berani dan bersemangat kental untuk menempuhi hari yang mendatang.

    Pemimpin sileh berganti manakala yang tua akan pergi dulu. Yang muda akan bangkit menchari kebenaran hakiki. segala rahsia akan terungkai satu hari nanti. Janganlah kita lupa akan masa itu ditentukan oleh Tuhan Rabbul Jalil

    Syabas Malaysia.

  6. January 7, 2010 at 2:10 PM

    assalamualaikum.

    sungguh terharu aku membaca penjelasan dan luahan hati tuan guru nandre ini. sesungguhnya amatlah betul sekali apa yang diperkatakannya.

    jadi, sy wakil daripada raptor7 & co. ingin mengucapkan tahniah kepada tuan guru nandre atas komen yang bernas itu. sekhian.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s