Home > WoRD LiFe > Facebook oh Mukabuku

Facebook oh Mukabuku

Assalamualaikum.

Facebook. Satu revolusi baru dalam dunia maya. Facebook pada masa kini adalah merupakan laman sosial yang paling berpengaruh dalam dunia ini tak kira di mana ceruk rantau sekalipun. Pengaruh Facebook ni bukan saja pada golongan muda, tetapi tempiasnya terkena pada senenap lapisan masyarakat dari budak sekolah sehinggalah kepada mereka yang bergelar atuk-atuk.

Facebook ni juga bukanlah mainan budak-budak Universiti aje, tetapi meliputi setiap kategori rakyat, tak kira la Menteri, Datuk, Datin, para pekerja dan ramai lagi. Kalau dahulu masih aku ingat, Friendster adalah medium paling berpengaruh di zaman aku belajar di UiTM. Sesiapa yang takde Friendster ni boleh dikatakan sebagai ketinggalan zaman. Dan ada lagi best, geng-geng yang hantu Friendster ni turut menghasut rakan-rakan lain untuk menyertai Friendster. Haha.

Kini nyata sudah berubah. Facebook mendominasi dunia siber. Dan nyata sekali kekuatan dan resepi setiap aplikasi dalam Facebook amat mudah menarik hari para pengguna untuk mendaftarkan diri menjadi ahli. Dan aku juga merupakan pengguna tegar Facebook. Kadang kala aku ada terfikir mengapa teknologi seperti ini tidak dicipta oleh penduduk Malaysia sendiri. Seingat aku ada juga beberapa laman sosial ciptaan Malaysia yang turut gagal mendapat sambutan disebabkan aplikasi dan daya tarikannya tidak sehebat Facebook.

Walaubagaimanapun aku menyeru kepada rakan-rakan agar menggunakan Facebook ini sebaik mungkin. Jangan menyalahgunakan kemudahan interaktif seperti ini untuk membuat perkara yang bukan-bukan. Biarlah kita berseronok berkomunikasi dengan teman-teman dalam Facebook daripada di tahan pihak berkuasa kerana membuat posting yang mengganggu gugat keselamatan dan kedaulatan negara.

Jadi sekali lagi marilah kita bersama-sama menghayati dan menggunakan sebaik mungkin Facebook ini. Mungkin suatu hari nanti akan ada laman sosial lain yang akan mencantas Facebook pula.

Sharing is caring.

P/S: Aku suka Facebook sebab ramai rakan taulan yang join dari childhood friends, zaman sekolah, universiti dan rakan sekerja. Cayalah!

Categories: WoRD LiFe
  1. January 26, 2010 at 5:53 PM

    bila nak jadi nuffnanger? mgkin sukar nak jd jutawan tp nak buat beli susu khalish.. lepas tu..😉

  2. January 26, 2010 at 10:31 PM

    wah wah.. promote ek?
    nanti la i try register jadi nuffnanger, tp risau tak jalan sbb visitor th ramai kat blog ni..

    kalo jadi nuangers boleh tk? hehe

  3. musang berjanggut
    January 27, 2010 at 11:41 AM

    Aku nak jadi butterfingers la..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s