Home > WoRD LiFe > Rezeki datang, rezeki pergi…

Rezeki datang, rezeki pergi…

Assalamualaikum.

4 Februari, tarikh yang malang bagi diri aku. Apa yang malang? Em, akaun Public Bank aku telah berjaya diclearkan oleh seekor mamat Itali yang memang barua. Sungguh cipan perilakumu itu.

Kisahnya bermula begini:

Petang 4 Februari aku sedang sibuk menjalankan tugas-tugas seorang librarian yang agak poyo. Sedang aku meneliti list-list buku baru yang hendak dibeli oleh kolej tempat aku bekerja, aku melayari laman-laman web rutinku seperti facebook, blog-blog member, email syarikat dan personal email. Sedang aku khayal melayan kepala, aku terbaca satu email yang datangnya dari Public Bank. Tanpa berfikir panjang dan kepala yang masih layaaannn, aku menekan link access di email berkenaan.

Tiba-tiba lamunanku tersentak, lalu ku mendongak.. Eh, tu lagu. Lamunan aku terhenti, dengan automatik aku baru terfikir tentang kes email fraud. Dalam hati aku berkata, janganlah aku terkena. Dengan perasaan gementar aku meng log-in website online banking aku. Dan hasilnya…………. Tahniah, akaun anda telah berjaya disapu hampir bersih.

Aku dengan hati panas barannya mengambil tindakan menelefon pihak bank dan membuat report polis. Tetapi menurut pihak bank, ini merupakan kes fraud. Tiada jalan lain yang boleh dilakukan selain menyerahkan kepada pihak polis. Dan bertambah hebat, kes ini melibatkan akaun di transfer ke Itali. Lagi la betul-betul hooliawww… Dan aku percaya pihak polis pon tidak akan berbuat apa-apa mengenai kes ni.

Jadi sebagai kesimpulan, janganlah anda terpedaya dengan email-email yang datangnya dari pihak bank. Aku dah terkena, memang perit rasanya melihat angka dalam akaun aku menjadi angka-angka kecil je. Tapi nak buat camner, bagi aku inilah dinamakan tiada rezeki. Mungkin ada hikmahnya di sebalik kejadian ini.

“Sedikit rezeki hilang, mungkin akan datang rezeki yang lagi besar. Insyaallah”

Categories: WoRD LiFe
  1. puan suli...
    February 10, 2010 at 5:28 PM

    waduh waduh…sungguh terkesima aku….

  2. February 11, 2010 at 8:46 AM

    shian amien. jd mangsa..
    takpelah, hrp2 org tu akan mendapat balasan..
    kene hati2 buka email, kdg2 mcm real je kan..

  3. February 11, 2010 at 9:17 AM

    yeah.
    morale of the story, akaun2 harta kita tu kena la jaga bebaik. jgn dok khayal cam saya. kan dah terkena, malu besar saya dibuatnya.. hehe

    btw, hidup perlu diteruskan!!!

  4. sue
    February 11, 2010 at 9:45 AM

    ya Allah…kesiannya… aku byk kali gak dpt email2 camtu..mujurnya..aku xde akaun maybank + public bank..so mmg x aku klik la kan…cuba bank islam/rhb.. mau gak aku pun kena…

    harap ko bsabar ye amien….mmg kejilah sapo yg buat keja nih…x senang lah hidup dia….

  5. nandre
    February 11, 2010 at 2:27 PM

    jangan pecaya kepada semua email2 tu..
    tu semua tipu dunia belaka…

  6. nandre
    February 11, 2010 at 2:29 PM

    hebat jugak hang pakai public bank nie…
    bank comercial paling laju….

  7. February 11, 2010 at 3:36 PM

    ofis aku pakai public bank. bos ckp bank ni yg paling efficient kat malaysia. ntah la, no komen.

    gua dh terkena beb, takpe la. takde rezeki. geng2 lain kena beringat la, jgn jadi macam gua… huhu

  8. February 17, 2010 at 11:28 AM

    la..ciannyer..

  9. Joe
    July 5, 2010 at 2:00 PM

    salam

    baru sempat nak baca entri2 yg lame
    mslh fraud ni bukannya kelemahan online banking, semua bank ada safety,
    tapi bila online melalui link yg dapat dari email, da sah2 bank takleh tolong sbb ianya bukan hacking, tapi user yg tertipu

    peringatan kepada semua, pihak bank tidak akan menghantar sbrg email kepada para pengguna, dan bole diperhatikan email2 tipu ni tak menunjukkan nama pemegang akaun, check it out

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s