Home > Others Blogs > Al-Fatihah: Sudirman

Al-Fatihah: Sudirman

Al-Fatihah…

22-02-2010. Genap 18 tahun pemergian beliau. Pemergian seorang penyanyi lagenda Malaysia. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Aku menulis entry kali ini adalah sebagai tribute buat Allahyarham. Beliau boleh aku klasifikasikan sebagai Top 5 penyanyi kegemaran aku. Ya, aku membesar dengan lagu-lagu beliau. Dan aku boleh katakan setiap lagu popular beliau, aku boleh menyanyikannya dengan lirik yang tepat walaupun suaraku tahap hancusss.

Sedikit latar belakang Allahyarham yang aku petik daripada Wikipedia:

Sudirman Haji Arshad (lahir 25 Mei 1954 – meninggal 22 Februari 1992 pada umur 37 tahun) adalah salah seorang penyanyi, penghibur, penggubah, penulis, pengarang buku anak, pelukis kartun terkenal Malaysia. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai “Penghibur Nombor Satu Asia” setelah pertama kali memenangi Anugerah Penyanyi Asia pada tahun 1989 di London. Sudirman juga diberi julukan sebagai “Penghibur Milik Rakyat”, “Seniman Rakyat”, dan “Elvis Malaysia”.

Sudirman dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 Mei 1954. Ayahnya adalah Haji Arshad bin Haji Hassan, seorang pengurus Perusahaan Bus Temerloh (Temerloh Bus Company) dan politikus UMNO Temerloh Pahang. Ibunya Puan Hajjah Romlah binti Dahalan, juga aktif berpolitik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili daerah Temerloh, Pahang.

Sudirman adalah anak bongsu dari enam bersaudara. Beliau aktif menyanyi dari kecil dan di sekolahnya ia memasuki pertandingan syair, pidato, pantun, kuis, dan terlibat dalam pertunjukan teater dan paduan suara sekolah. Beliau mulai bersekolah pada tahun 1961, dan pada tahun 1976 beliau melanjutkan pelajaran tingginya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sudirman mulai mencatat namanya sebagai penyanyi ketika beliau merebut gelar Bintang RTM yang diadakan di Melaka pada 10 Ogos 1976 dengan membawakan lagu “Seruling Bambu”, “Big Spender”, dan “Jali-Jali”, sebuah lagu Betawi.

Begitulah serba sedikit informasi mengenai Allahyarham. Bagi aku bakat beliau dalam bidang nyanyian amatlah terserlah dan aku selaku peminat ternyata amat teruja apabila melihat persembahan beliau dulu-dulu di dalam laman Youtube. Lagu-lagu beliau amatlah menyentuh perasaan dan kalbu yang mana ianya penuh seribu satu makna. Dan percayalah dalam hati aku beliau tetap penghibur nombor satu.

Allahyarham juga pernah berlakon dalam satu filem. Itulah satu-satunya filem beliau yang bertajuk KAMI. Filem ini menceritakan tentang kehidupan 2 budak yang hidup dengan penuh kesusahan dan kemiskinan. Mencari apa saja cara untuk menampung kehidupan mereka. Dan ikatan brotherhood mereka amatlah kuat walaupun mereka bukan berasal dari darah yang sama.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Categories: Others Blogs
  1. myasara
    February 24, 2010 at 1:05 PM

    lagu sudirman yang aku suka..’jauh di sudut hati’..menyentuh perasaan..

  2. nusantara
    February 25, 2010 at 5:00 PM

    aku suka:

    1. one day in your life — lagu asal oleh micheal jackson

    2. basikal tua

    3. one thousand million smiles

    4. jamilah (jururawat)
    “lagu ini ku tujukan pada, jururawat seluruh negara…”

    5. aku budak kampung

    6. Aku Penganggur

    7. Anak Gembala

    8. Balik Kampung

    9. Joget Kenangan Manis

    10. Kehadiranku

  3. February 25, 2010 at 5:10 PM

    abang nusantara, one day in your life versi Sudirman tu aku rasa lagi best and syahdu compare ngan versi micheal jackson.. sekadar pendapat.. hehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s