Home > WoRD LiFe > MTest…

MTest…

Assalamualaikum.

Selesai sudah satu perkara. Pada sabtu yang lepas, aku mendapat peluang pertama mengambil ujian MTest untuk KPLI. Menatang apa MTest tu? Dan makhluk apakah pula KPLI tu? Jeng jeng jeng…

MTest adalah singkatan kepada Malaysian Teacher Selection Test atau dalam bahasa 1Malaysianya ialah Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia. MTest ini adalah merupakan langkah pertama dalam menilai tahap ke-cargas-an minda mereka yang poyo ingin menjadi seorang guru.

Manakalah KPLI tu ialah singkatan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah yang mana kepada sesiapa yg melepasi MTest dan temuduga akan diserapkan dalam kursus KPLI ini untuk melengkapkan mereka-mereka yang terpileh dengan ilmu perguruan tahap halilintar bagi mengajar anak bangsa menjadi seorang manusia.

Alhamdulillah, pada pagi sabtu lepas bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Medan, aku telah berjaya mengambil ujian tersebut. Walaupun ini pertama kali aku mengambil ujian tersebut, dalam hati aku amat lega kerana berjaya menjawab soalan ujian tersebut dalam masa yang ditetapkan walaupun aku tak pasti berapa persen-kah markah ujian aku.

Jadi itu cerita serba sedikit tentang minggu lepas. Kalau ada rezeki, guru jugalah karier aku pada masa depan. Sebelum aku meninggalkan sekolah tersebut, aku sempat mengucapkan sesuatu kepada Chekgu Pegawai Peperiksaan itu. Begini bunyinya:

“Terima kaseh daun keladi Chekgu..” sambil membuat tarian Kuda Kepang di depan beliau!!!

Categories: WoRD LiFe
  1. March 15, 2010 at 11:25 AM

    dah amek eh? 1st time pun leh jwb pantas.. terer kamu. moga masa depan yg cerah menanti

  2. March 15, 2010 at 11:36 AM

    bukan terer mama maria, tp time tu kepala tengah free, lancar je jawab.. berjaya ke tak, tu cerita lain. yang penting KERJASAMA… eh, terambek tagline nandre pulak..

    kalo ada rezeki, ada la… insyaallah..

    p/s: semuga chekgu tu terhibur ngan tarianku.

  3. amy
    March 16, 2010 at 2:44 PM

    penghijrahan besar dr seorang librarian kepada seorang guru bagi mencarik sesuap nasik…

  4. March 16, 2010 at 2:53 PM

    yaaaa… tepat sekali wahai kak amy..
    mencari sesuap nasik tu adalah merupakan tagline saya… hahaha

  5. March 18, 2010 at 6:32 PM

    masa 1st time maria amek, siap menyumpah tau.. bagi soalan menguji iq aku yg sedia rendah ini..

  6. March 19, 2010 at 5:26 PM

    maria takyah amek la, keje dh sedap dh tu.. hehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s