Home > WoRD LiFe > Sedapnya Jaket…

Sedapnya Jaket…

Insan A: Wah sedapnya ikan jaket!!
Insan B: Sedap kepala hotak ko, makan je la!!!

Assalamualaikum.

Itulah dialog seorang rakanku taktala beliau sedang makan di dewan makan UiTM Machang, Kelantan Darul Naim bersama rakan taulan sekitar tahun 2001. Bukan beliau seorang sahaja yang sepatutnya mengucapkan dialog berkenaan, tetapi aku percaya kebanyakan warga UiTM tak kira la apa pun spesisnya samada pempuan, lelaki hatta mak nyah sekalipun pasti menyuarakan rasa hati yang sama.

Puncanya mudah sahaja, Ikan Jaket. Ikan jaket merupakan hidangan turun temurun warga pelajar UiTM pada zaman pemerintahan Datuk Cansellor yang lama. Ikan jaket merupakan nama glamer bagi spesis ikan yang nama sebenarnya ialah ikan cencaru. Dalam bahasa international, beliau dikenali sebagai spesis Syzygium aromaticum. Sungguh payah untuk menaip dan menyebutnya, lantas aku just copy and paste. Terima kaseh Wikipedia.

Hendak dijadikan cerita, bagi mereka yang bergelar anak jati UiTM pasti mengetahui menu ini. Ikan ini sering dijadikan hidangan buat para pelajar yang duduk di kolej kediaman. Dan pada waktu tengahari dan malam, ikan inilah merupakan juara dalam kategori ikan yang paling banyak mendapat tempat di hati pelajar. Kadang-kadang rasa macam nak muntah asyik makan ikan ni je.

Dan bagi aku dan rakan-rakan yang berada dalam kategori sempit kewangan yang hanya bergantung kepada dana PTPTN yang amat riba’ itu, santapan Ikan Jaket hampir menjadi rutin harian di UiTM. Tak kira la sedap atau tak, yang penting perut kenyang. Dan semangat Ikan Jaket itu jugalah yang melahirkan kami-kami yang bergelar manusia ini dan sudah ada diantaranya yang berjaya menjawat jawatan-jawatan penting dalam beberapa organisasi di Malaysia ini. Itulah kelebihan mereka-mereka yang penah mentekedarah ikan jaket. Jadi sebagai penutup.

Terima kaseh Ikan Jaket!!

Categories: WoRD LiFe
  1. amy
    March 29, 2010 at 12:35 PM

    sedap apa ikan jaket…lebih2 lagi kalu sumbat dgn cili beso kat blkg badan dia…atau di cicah dengan air asam… pasti terangkat…hehehe..

  2. March 29, 2010 at 4:05 PM

    kak, kalo kat kolej uitm buat ikan cencaru sumbat hari2 la muka sy org pertama yg dtg kat dining tu. ni lauk ikan jaket goreng je, dh la ikan tak fresh dari zaman batu. rasa pelik je.. hahhaha

  3. org lama
    April 9, 2010 at 3:42 PM

    ya, ikan jaket adalah antara ikan yang banyak isi yang aku maakan masa dok kat perindu 2, shah alam tahun 1996-1999 dulu nie…

    org mesti tak suka ikan nie, sebab dia masak tak berapa nak elok, tapi aku makan jugak sehingga abeh…

    dan aku grad jugak ITM… alhamdulillah, yang penting niat mau study, bukan nak makan sedap pon…

    ada la jugak member2 yang tak mau makan ikan tu, depa bagi kat aku sebab aku makan apa saja.. yang penting buleh makan…

    bagi aku yang tak cerewet pasai makan nie, aku belasah ja.. asal kenyang, cukop la…

  4. April 9, 2010 at 3:55 PM

    baguih dok ada encik nandre ni. aku pon sama macam hang, blasah ja makan apa. janji kenyang n save duit. byk lg benda lain nk kena guna duit especially wat assignment (binding, printing etc.)

    tu la sediket kisah silam buat tatapan dan kenangan bersama. syahduuuu woooo…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s