Home > WoRD LiFe > Altimet – Syukur

Altimet – Syukur

Pukul 7 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi
Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari
Motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
Masih ada mentari, jadi

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Mlihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali, jadi

Ulasan: Lagu ni simple je, tapi penuh makna. Lirik yang sangat mudah tetapi ada unsur keagamaan di selitkan dalam lagu ni. Lagu ni bagi aku agak catchy dan mencuri sedikit muzik dari lagu Allahyarham Sudirman ~ Nilai Cintamu. So bila digabungkan beberapa unsur ini, maka menjelmalah sebuah lagu yang bagi aku cukup menarik. Tahniah kepada Altimet.

Categories: WoRD LiFe
  1. chieyda
    April 3, 2010 at 9:35 AM

    lagu yg memberi inspirasi kpd amien tiap2 hari..hehehe..

  2. April 6, 2010 at 8:39 AM

    yaaa tepat sekali. lagu yg memberi inspirasi kepada saya, tetapi mendatangkan benci kepada mama chieyda. wahahhaha.

  3. org lama
    April 9, 2010 at 3:39 PM

    altimet nie kumpulan mana haaa?

  4. April 12, 2010 at 2:11 PM

    altimet ni solo bro setahu aku.
    sebelum ni dia ada buat beberapa lagu, yg paling femes sebelum SYUKUR ni ada 1 lagu bertajuk CANTIK… best woo…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s