Home > WoRD LiFe > Belajar study…

Belajar study…

Gambar hiasan semata-mata utk glemer

Salam.

Petang harini takde pulak budak-budak datang melepak kat Library. Kenapa ek? Ah, mungkin mereka sedang melepakkan diri kat Bandar-Tua Kopi Putih kot. Atau mungkin mereka sedang berpoco-poco di tepi taman bunga. Ah, lantak la. Ada aku kesah?

Arini aku rasa ringan sket tangan nak menaip. Takde topik tapi belasah je la. Bak kata seorang rakan iaitu saudari S (bukan nama sebenar), taip je la entri pendek. Janji update. Hahaha. Jadi aku dengan bangganya menaip entri pendek ini.

Belajar. Satu proses yang berpanjangan sejak kita lahir sampai la mati nanti. Kenapa aku pilih topik berat ni? Entah la, cerita la sementara ia melekat kat otak. Aku sebenarnya terfikir proses belajar ni sebenarnya bukan suatu yang stereotype. Asal ko genius ko akan berjaya dengan mudah. Oh no, buangkan tanggapan macam tu. Aku dah banyak kali melihat rakan-rakan yang lebih pandai daripada aku tetapi akhirnya hanyut dalam bidang akademik dek kerana terbawa oleh arus semasa yang menyeronokkan.

Ada rakan aku yang bijak sewaktu di sekolah, tetapi langsung tak boleh adapt ngan suasana alam universiti. Lalu kantoi terkapai-kapai. Jadi bagi aku rumuskan sesuatu yang cukup mudah. Nak mendapatkan ilmu ini sebenarnya bukan bergantung kepada tahap IQ yang tinggi, ataupun genius terlampau. Tetapi hasil usaha keras. Tanpa usaha sumernya takkan jadi. Dan ada segelintir sahaja mereka yang istimewa berjaya dek kerana genius tanpa usaha.

Jadi sebagai penutup tazkirah aku pada petang yang hujan panas ini, kita walaupun dah tua bangka harus belajar lagi kerana banyak benda-benda baru yang akan muncul pada masa akan datang. Kalau tak, pasti akan ketinggalan. Banyak cabang ilmu yang belum kita pelajari. Ilmu agama, ilmu rumahtangga, ilmu berkawan, ilmu bercakap, ilmu menjaga anak dan sebagainya lagi. Juga termasuk secara tak sengaja ialah ilmu ber-facebooking. Hahaha. Tapi aku ramalkan pada masa depan akan berkontena lagi ilmu-ilmu baru yang berguna dalam hidup kita akan menjelma dan harus dipelajari. Jadi harus belajar!

P/S: Aku still belajo Adobe Photoshop tak henti-henti dengan niat untuk meng-edit muka rakan-rakan. Terima kaseh!

Categories: WoRD LiFe
  1. sue
    April 23, 2010 at 8:18 AM

    tahniah!!! aku bangga ngan ko …muahaha kem salam kt “S” eh…

    aku suka ko edit2 pic…. ko kreatif🙂

  2. April 23, 2010 at 10:45 AM

    S = Stesen Radio

    edit2 ni mmg kegemaran aku. hampir setiap hari kalo ada free time aku wat edit2.. hehe

  3. April 23, 2010 at 12:45 PM

    ingat tak,aku dl bljr photoshop ngan ko lum habis lagi..tak sempat,ko dah blah dulu..hehe

  4. April 23, 2010 at 2:16 PM

    hahaha.. itu la org panggil ilmu yg tk kesampaian. sian mama hud-hud, takpa tutorial kat tenet byk..

    di mana ada kemahuan, di situ ada HIGHWAY!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s