Home > WoRD LiFe > Cendol tapai….

Cendol tapai….

Asal usul cendol. Cendol telah diperkenalkan sekitar tahun 800 Masihi dimana ianya bermula di sekitar Tanah Melayu. Ianya mula diperkenalkan oleh seorang peniaga sayur yang ingin cuba untuk meningkatkan hasil pendapatannya melalui satu produk baru tanpa campurtangan kuasa asing. Masa ini belum ada lagi istilah 1 Malaysia.

Adalah difahamkan beliau bernama Dol, atau pon dalam bahasa saintifiknya Sarip Dol. Mana datangnya istilah Cendol adalah dipercayai akibat berlakunya satu peristiwa semasa cendol mula-mula dalam proses Prototype sebelum dihasilkan untuk pasaran sebenar. Semasa Sarip sedang mencuba beberapa ramuan, rakan niaganya menegur Sarip dengan menyatakan: ”Banyak la ko punya CENgkadak DOL, nak jual menatang ni harga 1 juta!!”

Dan akibat peristiwa tersebut maka timbul lah idea dibenak Sarip Dol yang memang samdol itu untuk menamakan resepi ciptaan mereka itu sebagai cendol. Sekian saja mata pelajaran Sejarah buat hari ini.

Hahahhaha.. Macam gampang! Aku boring!!!

Ni la rupa cendol tapai sebelum ia ghaib dlm masa 2 minit. Hahaha.

Muka yg keciwa kerna tak dpt nk melantak cendol tapai. Cian dia…

Aku sebenarnya nak menceritakan perihal Cendol pada entry kali ini. Weekend yang lepas setelah penat membeli belah a.k.a shopping baju untuk anak aku, tekakku menjerit jerit meminta untuk minum cendol. Ntah kenapa ianya berlaku adalah tidak dapat dipastikan dengan sahihnya. Lalu aku men-suggest perkara ini ke pengetahuan isteriku. Dan aku bercadang untuk singgah di Seksyen 9 Shah Alam untuk pekena cendol mamak tangan berbulu. Kat dada pun ada gak bulu sket. =)

Tapi hasratku terbantut dek kerana pabila sedang melalui perkarangan I-City, terbentang luas di depan mataku ada satu port cendol di tepi jalan dengan tulisan besar, CENDOL PULUT / TAPAI. So aku tanpa berlengah membuat U-Turn menuju ke tempat berkenaan. Nah, depan mata kau terpacak cendol tapai. Aku belum penah makan lagi spesis cendol ni, so dengan rakusnya aku meng-order dan melantak cendol tu hngga ke garisan penamat.. Perghhhh sedap giler!!

So aku selitkan sekeping dua foto sebagai bukti dan menaikkan perasaan hasad dengki kepada mereka yang masih belum mencuba cendol tapai. Tamat!

Categories: WoRD LiFe
  1. Surti Tejo
    April 26, 2010 at 3:33 PM

    Sedap sangat ke woi…

  2. April 26, 2010 at 3:56 PM

    Surti berlari kayak kesurupan…
    dan si Tejo ngelamun menahan konaknya…
    eh, aku ternyanyi la pulak..

    best la woi!!

  3. April 26, 2010 at 5:11 PM

    sungguh sedap cendol kanns,

    salamm,

  4. April 26, 2010 at 10:04 PM

    cendol ni mmg feveret aku, dulu masa keje kat damansara utama pas semayang jumaat wajib melantak cendol ni.. huhu

  5. an9949
    April 28, 2010 at 1:18 PM

    cendoi tapai juai kat depan masjid raja tun uda seksyen 16 la layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..

    cendoi dia nama cendoi pak akob, org melaka, cari rejeki kat selangoq.

  6. April 28, 2010 at 2:17 PM

    masjid seksyen 16 tu la tempat aku cari pak haji nk mintak pengesahan mastautin pasai nk kawen.. huhuhu.

  7. May 3, 2010 at 4:20 PM

    aku yg bermastautin kt penang tmp terhasilnyer CENDOL OLEH MAMAK2 semalaysia pun, x penah layan cendol lagi….

  8. May 4, 2010 at 8:55 AM

    aduh, rugi tk try beb..
    layan la, bila lg nak merasa kan? hehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s