Home > WoRD LiFe > Jalan ke Neraka

Jalan ke Neraka

Assalamualaikum.

Pagi Jumaat yang mulia ini, aku tidak henti-henti memikirkan satu kejadian yang menimpa salah seorang sahabat. Bukan bertujuan untuk menyingkap kembali peristiwa hitam itu, ataupun membangkitkan trauma. Tetapi niat aku satu, sebagai tanggungjawab sosial kepada sesiapa yang membaca kisah ini.

Kisah Mama Maria yang di ceritakan dalam blognya sudah cukup membuatkan aku mengetapkan gigi kemarahan apabila membaca coretan beliau. Beliau dan keluarga dirompak oleh manusia-manusia yang tidak berhati perut, zalim dan pentingkan diri. Jauh menyimpang dari naluri manusia yang inginkan kedamaian dan ketenteraman. Jiwa manusia sebegini kotor, sanggup mengambil hak orang lain tanpa keizinan. Apakah mereka sudah tiada tulang empat kerat yang dikurniakan Allah untuk mencari rezeki halal? Aku mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan mereka.

Membaca kisah Maria membuatkan aku terbayang bagaimana sekiranya situasi ini berlaku kepada diriku. Mudah-mudahan dijauhkan darinya. Bukan hanya dari sudut soal kebendaan, tetapi sudut psychology dan mental turut terganggu. Demmmm…

Manusia berhati binatang… bukan, berhati iblis berada di mana-mana sahaja dewasa ini. Kurangkan aktiviti waktu malam, kerana waktu malam adalah butang ON bagi banyak kejahatan. Pastikan rumah, bilik, kenderaan di kunci setiap masa. Semoga kalian semua berada dalam keadaan selamat. Teringat bait-bait lagu Allahyarham Mikaeel Jackson:

Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough
For the living
Make a better place
For you and for me

Kepada Mama Maria serta keluarga aku doakan agar kalian sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Bersabar dalam menempuh dugaan ini. Dan kepada teman-teman lain, berjaga-jagalah setiap masa.

P/S: Tiada lagi tempat SELAMAT di dunia ini…

Categories: WoRD LiFe
  1. April 30, 2010 at 1:05 PM

    aku br terbaca tadi..cian maria..mmg tak berhati perut manusia tu!!

  2. April 30, 2010 at 3:52 PM

    yaa sian puan qibby…

  3. May 4, 2010 at 4:00 AM

    sori bro, x tau citer pasal maria nih, aper kes? kena rompak? rogol? ke aper? hmmm,

    salamm,

  4. May 4, 2010 at 8:54 AM

    kena rompak kat dlm umah sendiri bro. sian kat dia.

    selalu baca kat paper je, tp bila dh member sendiri yg kena makin bertambah tambah sumpah seranah pada penjenayah ni…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s