Home > WoRD LiFe > Momos Madass 125

Momos Madass 125

Pada bulan Mac yang lepas, kumpulan Mofaz Motosikal Sdn. Bhd (Momos) telah melancarkan satu produk baru mereka iaitu motosikal berkapasiti kecil yang diberi nama Madass 125 atau dalam bahasa Melayu juga di sebut sebagai GILABONTOT 125. =) Madass ini merupakan motosikal yang agak pelik rupa bentuknya kerana ianya membawa style naked bike. Tapi bagi aku motosikal ini bukanlah kategori naked, tetapi lebih kepada kategori bone bike. Motosikal tulang / rangka… Hahahahha…

Motosikal ini mengambil teknologi Jerman yang dibawa masuk dari China kemudian dipasang dan dipasarkan pula di negara kita. Motosikal Madass ini dibekalkan dengan enjin 125cc 4 lejang dan dikatakan mampu untuk bergerak sejauh 35km dengan setiap liter petrol. Sungguh menjimatkan setara motor EX5.

Antara spesifikasi Madass 125 ini ialah:

Engine type: Air-cooled Single
Displacement: 124cc
Claimed Power: 11 hp
Claimed Torque: 6 lb-ft @ 7500 rpm
Front suspension: 43mm fork
Rear suspension: Monoshock with adjustable spring preload
Front brake: 260mm disc
Rear brake: 210mm disc
Tires Front: 90/90-16
Tires Rear:120/80-16
Seat Height: 33.7 inch
Length: 72.4 inch
Width: 29.9 inch

Dan petang semalam aku terserempak motosikal jenama ini sedang mengisi minyak di stesen minyak Shell di Federal Highway. Amatlah kelakar rupa bentuknya yang hanya tinggal rangka itu. Mungkin bagi sesetengah orang amat meminati bentuk tersebut, tapi bagi aku cam hampeh… Dan mamat yang menunggung motosikal itu pula amatlah kelakar kerana terkial-kial membuka penutup tangki minyak. Mungkin baru saja memiliki dan masih tidak biasa dengan motor tersebut barangkali.

Syabas kepada Momos kerana membawa masuk model ini. Walaupun aku kurang menggemarinya, tetapi usaha ini amatlah bagus. Mana tau di masa depan akan ada model-model lain yan menepati citarasa kita akan di bawa masuk oleh Momos. Siapa tahu?

Chowwww…..

Categories: WoRD LiFe
  1. May 18, 2010 at 1:32 PM

    ass? naked? haih amien, entry ni 18sx+pg
    for rempitan viewing aje🙂

  2. May 18, 2010 at 2:28 PM

    dunia motosikal memang kejam mama maria…
    byk lg istilah2 lain yg saya belum crett kan di sini.. (crett juga salah satu istilah rempit… hehe)

    jadi sekiranya anda tidak mahu kehilangan pahala, sila jgn baca entri saya ini!! hehe

  3. Joe
    May 18, 2010 at 3:17 PM

    moto yg sgt pelik, brape org le yg beli kat mesia ni he he

  4. May 18, 2010 at 3:30 PM

    kalo mengikut harga yg ada kat Mudah.com, moto gilerbontot ni sekitar harga RM5400 +-… mahal gak la, baik beli modenas GT128…

    support produk Malaysia!!! =)

  5. aTan
    May 18, 2010 at 9:03 PM

    haa..beli la kat pakcik jidin,mesti gempak punya..

  6. May 18, 2010 at 10:23 PM

    haha.. macam hampeh punya idea..
    pakcik jidin tk suka moto ni, dia suka skuter elektrik tu.. kelassss gitu..

  7. Ameerul
    May 26, 2010 at 4:35 PM

    MadAss ni…..
    kat penang kedai mana jual arr….
    aq nk beli ni..

  8. May 31, 2010 at 4:40 PM

    bro, cuba bukak mudah.my..
    kat situ ada iklan kedai nk juai motoi ni kat penang..
    tq…

  9. Asraf
    July 21, 2010 at 6:05 PM

    huu… gua minat moto ni…..
    tapi gua dah ada dah kawasaki KSR 110
    kat penang belah2 komtar/town dah ramai dah tgk orang pakai……
    x tau la kat belah lain mcm ne…
    tpi gua rasa moto ni sesuai untuk remaja2 kot….
    gua tgk org yg naik moto ni dressing mcm budak indie…..huhu.. tu yg buat smart tu…

    • July 22, 2010 at 9:05 AM

      mereka yg suka kelainan mesti beli punya la moto ni.
      sebab moto ni pon design dia fancy sgt, sesuai la utk jiwa muda..
      aku tak minat, layan XCite aku je la….

  10. Legen_RX
    July 31, 2010 at 7:07 PM

    ape ni… basikal ke….
    nampak pelik semacam je….
    fuhh harga 5K…. lebih baik aq ambik honda waveS 125… lagi laju…
    boleh bawak aci lagi.. ni moto boleh naik sorang je….emm x best x best…

    • August 2, 2010 at 9:38 AM

      ni moto ni, moto rangka.. haha
      mahai pasai moto ni import dr jerman kot. moto camni terpulang pada org gak, bukan semua yg minat. aku pon tak suka gak.. hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s