Home > WoRD LiFe > Sejarah UiTM

Sejarah UiTM

Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latehan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato’ Onn bin Ja’afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.

Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).

Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu “UiTM Di Hatiku” dan “Wawasan Setia Pelajar”.

Sumber: UiTM Wikipedia

Categories: WoRD LiFe
  1. sulie
    May 20, 2010 at 8:15 AM

    oooo kisahnye……

  2. May 20, 2010 at 8:44 AM

    kisah yg ditampal buat mencungkil sedikit kenangan dr kotak fikiran… hehe

  3. an9949
    May 20, 2010 at 9:11 AM

    ya aku adalah warga itm yang pernah menuntut ilmu dari diploma hingga degree dan ada perancangan untuk sambung master sedikit masa lagi…

    may the force be with me

  4. May 20, 2010 at 9:30 AM

    perghhhh nak buat master..
    giler ahh bro.. aku pon nk juin…

  5. Noriah Kasnon
    November 17, 2012 at 12:20 PM

    khabar nya graduan LL.B (Hons) UiTM antara yg terbaik…..tahniah

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s