Home > WoRD LiFe > Salah ke aku pakai WordPress?

Salah ke aku pakai WordPress?


Assalamualaikum.

Blog, sejenis teknologi yang semakin mendapat tempat dalam hati manusia di muka bumi ini. Walaupun di luar negara blog sudah lama diperkenalkan, tetapi di Malaysia baru beberapa tahun kebelakangan ini sahaja yang semakin popular. Dengan percambahan pelbagai jenis kemudahan Internet yang ada, blog juga menjadi pilihan ramai untuk menyuarakan rasa hati dalam pelbagai sudut pandang. Amboi, skemanya bentuk penulisan aku. Haha.

Aku pengguna blog. Sejak tahun 2006 aku berkarya melalui blog. Berkarya melalui penulisan yang entah apa-apa entah. Takde hala tuju, main redah je. Tapi tak mengapa, yang penting aku berbangga kerana menjadi salah seorang manusia daripada berbiliun-biliun (kata Anwar Ibrahim) manusia di dunia ini yang mengabadikan hidup dalam blog. Sekiranya anda menaip nama gila-glemer aku (amien) di Google, insyaallah akan ketemu jua blog aku. =) Maknanya aku agak popular gak la sebab tersenarai dalam Google Search. Hahahaha. Perasan sungguh.

WordPress, adalah pelantar blog yang aku guna dalam menceritakan pelbagai benda mengarut dalam blog. Medium blog ini ada pelbagai jenis, tetapi yang paling popular sudah tentunya Blogspot. Ramai di antara rakan-rakan aku menggunakan blogspot sbg medium blog mereka. Tetapi secara ikhlas aku tidak menyukai blogspot. Tak tau mengapa. Aku sudah mencuba, tetapi hati rasa tak syok bila layan blogspot. Mungkin terlalu senang kot. (Sorry geng2 blogspot).

Ada antara rakan aku menjadikan pelantar blogspot sebagai batu loncatan. Sambil menulis coret-coretan hidup, jika ada rezeki, merasa jugak sikit habuan yang di beri mungkin daripada Nuffnang, Advertlets dan sebagainya. Bagus jugak idea meraka itu. Tetapi biarkanlah, aku setia dengan WordPress. Rela menulis blog tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Itulah hidup blogger sejati. Ewahhh… Poyo lagi.

Jadi aku menulis tajuk ini bukan untuk mengutuk, mengeji atau memuji diri sendiri. Tapi sekadar memenuhi kuota bilangan entri yang aku harus tulis setiap minggu. Wah, macam masuk UiTM pulak dah, main kuota-kuota. Takde la, saja je nak memenuhi masa yang terluang ni dengan satu entri baru.

Jadi sekian saja. WordPress ke, blogspot ke, joyahsport ke, hotakhangspot ke tak kisah la. Janji korang semua tulis blog. Cayalah!!!

Categories: WoRD LiFe
  1. sulie
    May 24, 2010 at 12:52 PM

    setuju….yg penting apa yg kite tulis adalah tulus ikhlas dari hati sanubari yg tulus lg mulus….

  2. May 24, 2010 at 1:11 PM

    amboi, sulie ni berpuitis la pulak…
    mentang2 la aku wordpress, takde org jadi follower aku.. kecik ati.. hahaha

  3. an9949
    May 24, 2010 at 1:58 PM

    hahaha,

    blogger la best.. hahahaa
    walaupon wordpress buleh tukaq theme, tapi blogspot pon dah cool sekarang nie.

    aku guna sejak 2004

  4. an9949
    May 24, 2010 at 1:59 PM

    layan beb dengan blog nie, hang buleh hebahkan apa benda yang hang buat, hang tidoq ka, hang tgh makan ka, hang tgk wayang ka.. macam-macam la

  5. May 24, 2010 at 2:09 PM

    ada lagi nan, aku tambah sket.
    hang masak apa harini ka.. anak hang buat apa harini ka.. hang pegi family day ka.. hahahaa..

  6. May 24, 2010 at 2:18 PM

    amien,aku pun masih dengan wordpress..aku masih setia..wakaka.
    apapun pun pelantar blog ada,yg penting blog kena update!
    baru best…

  7. May 24, 2010 at 2:27 PM

    ye betul amien, aku pun masih setia dengan wordpress. cuma aku guna hosting yang berbayar (off course la bukan aku yang bayar huhu…) tapi blog yang lama still tak delete.

    aku pun penah jugak la try guna blogspot. saje nak try tapi memang tak ngam dengan jiwa raga aku ni. bukan je dari segi theme atau layout tapi dashboard dia tak cool langsung.

    p/s: kepada pengguna blogspot, try-try la guna wordpress yang cool ni yea… hahahahahhaha!!!!

  8. May 24, 2010 at 3:02 PM

    wah, apa ke mimpinya puan suzila mengomen di blog saya.. gilerrr ahhhh.. haha..

    ya, aku menyokong saranan beliau supaya geng2 ni menyertai kem wordpress terutamanya buat cik nandre the upih-man. best woo..

    pakai wordpress free je kita, takyah pening2 nk bayo domain. simpan buat beli susu anak la.. hahahaa..

  9. May 25, 2010 at 8:43 AM

    hehe tlg migrate kan buleh?
    apa2 pun platform, blogger tetap blogger🙂

  10. May 25, 2010 at 9:36 AM

    no no no
    kamu blogger di bayar, saya blogger FOC.. hehehe

  11. May 25, 2010 at 12:03 PM

    yela aku dah lama tak komen kat blog orang… aku bace entry je…

  12. sulie
    May 25, 2010 at 5:25 PM

    sape2 yg bermula dgn blogspot mungkin terus setia dgn blogspot…sesape yg bermula ngan wordpress mungkin terus setia ngan wordpress…ikut memasing la nk gune apa pun…janji kite happyyyyyy!!!!!!!!!!

  13. May 25, 2010 at 5:29 PM

    som, aku nk buat platform blog baru.
    nanti ko join la ek? nama platform blog tu ialah jerjer.

    for example: amien7.jerjer.com

    best kan bunyi domain blog tu.. hehehehe

  14. sulie
    May 26, 2010 at 8:23 AM

    aku pun nak gak….sulie.kurkur.com….wah boleh tahan…wakaka

  15. May 26, 2010 at 8:40 AM

    jgn la sulie, nanti abis sumer geng2 wordpress, blogspot n jerjer berhijrah ke platform kurkur.com.. lingkup la bisnes aku.. hahaha

  16. May 26, 2010 at 1:44 PM

    wakaka..yg dua org ni tak abis2, dari belum jadi bapak+mak org sampai dah jadi mak+bapak org..dari kat plf sampai dah kuar plf..sabor je la..

    tak pe la,usik mengusik membawa bahagia..

  17. May 26, 2010 at 2:15 PM

    biasa la chekgu myasara. kami memang suka bergurau senda dari dulu hingga kini…

    pasai tu la anak kami muka lebih kurang je.. hasil sakat menyakat la ni.. hahaha..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s