Home > WoRD LiFe > Belajo pasai tayar

Belajo pasai tayar

Assalamualaikum.

Aku pemain moto. Eh, boleh ke guna ayat camtu? Hehe. Aku penunggang motosikal tegar. Hari-hari pegi keje aku bawak moto. Kadang-kadang orang cakap moto yang bawak aku. Pelik betul, tapi apa aku kesah??? Hahaha. Aku juga seorang pemandu kereta. Walaupun skil pemanduan kereta aku tak sehebat aku merempit moto, tapi benda-benda teknikal sedikit sebanyak aku tau.

Jadi harini aku nak bertukar kerjaya menjadi seorang mekanik la pulak. Walaupun takde sijil, tapi setakat nak tukar tayar kereta tu buleh la dapat markah A-. Hehe. Harini aku nak cerita pasal topik tayar kereta. Mari kita mengenali tayar kereta anda yang hitam melegam macam bontot kuali tu ok.

Kadang kala kita selalu terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kereta kita, main belasah je janji buleh jalan kan? Tapi taukah anda sekiranya anda membeli tayar yang tidak sesuai dengan kereta anda, ia boleh mengakibatkan kemalangan. So kali ini kita cuba perhatikan sejenak mengenai code dan simbol yang ada di bahagian sisi tayar kereta anda demi untuk memahami keperluan dan kesesuaian tayar bagi sesebuah kenderaan.

Aku kasi satu maklumat yang ada pada permukaan sisi tayar sebagai contoh :

195/50R15/82V

– lebar permukaan bawah tayar : 195 mm
– lebar permukaan sisi tayar : 50 mm
– jejari : R
– diameter rim : 15 inci
– indeks muatan & symbol kelajuan : 82V
– indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
– simbol V = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 240 km/j

INDEKS MUATAN
– indeks muatan 71 = 345 kg
– indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
– indeks muatan 125 = 1,677 kg

SENARAI CODE:
S – 180 km/j
T – 190 km/j
U – 200 km/j
H – 210 km/j
V – 240 km/j
Z – melebihi had laju 240 km/j
W – 270 km/j
Y – 300 km/j
ZR – untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

Pastu kalo kita tengok lagi kat tayar tu, akan ada beberapa lagi petunjuk dan code-code yang kadang-kadang kita tak berapa nak faham. So kat sini ada sedikit makluman dan explanation mengenai code tersebut. Sebagai contoh:

TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

– kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
– kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
– ketahanan suhu : TEMPERATURE A (A : kawasan panas, B : kawasan bercuaca normal & C : kawasan sejuk)
– tarikh pembuatan : 1905
* Dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 hingga 52)
* Dua no terakhir = tahun dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005

Sekian buat panduan semua. Semoga kalian memilih tayar dengan sebaik mungkin demi keselamatan anda sekeluarga. Terima kaseh.

Sumber sahih: Metro Online
Sumber bohong: Amien Online

Categories: WoRD LiFe
  1. an9949
    June 2, 2010 at 12:14 PM

    na kena ni

    • June 2, 2010 at 1:53 PM

      kena apa bang the?? hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s