Home > WoRD LiFe > Kurang ilmu atau buta hati?

Kurang ilmu atau buta hati?

Aku salah seorang peminat bola sepak. Walaupun aku tak pandai main bola, tapi bola sepak tetap di hati sepanjang masa. Kalau ada masa terluang, sudah pasti channel-channel Astro 801, 811, 812, 813, dan sewaktu dengannya akan menjadi hidangan mata aku termasuklah RTM kadang-kala. Hahaha. Bola oh bola.

Tapi harini aku nak bukak satu topik pasal bola ni. Sebut pasal bola, sudah semestinya menjadi satu kewajipan bagi peminat bola sepak mempunya jersi team-team kesayangan mereka. Aku cukup pasti dengan perkara ini. Begitu juga dengan aku, aku juga meminati beberapa team bola sepak beserta jersi-jersi mereka. Tetapi ada satu perkara yang perlu sama-sama kita renungkan sebagai pedoman dan panduan.

Ok, jersi bola sepak sudah menjadi satu kewajipan bagi mereka memaparkan nama-nama penaja pasukan tersebut. Dan majoriti jersi team-team bola sepak handalan dunia memaparkan penaja yang kebanyakannya tertera dengan nama-nama sponsor yang terdiri daripada syarikat-syarikat judi dan arak. Lebih sadis bila aku tengok ramai di kalangan anak-anak muda Islam yang dengan selamba je pakai jersi bolasepak tu tanpa rasa bersalah, kadang-kadang sampai ke sembahyang jumaat pun depa dok pakai jersi tu. Aduh, rosak akhlak budak-budak kita.

Orang Islam kini sering jadi mangsa kepada penyebaran idealogi-ideologi barat yang ternyata nak meracuni pemikiran dan iman orang Islam itu sendiri. Si kafir Yahudi dan sewaktu dengannya mesti tergelak besar sebab diorang pun mesti kurang percaya dengan taktik semudah ABC pun umat Islam dah tertewas. Melalui sukan terutama bolasepak dan banyak lagi sukan yang lain, syarikat perjudian & air kencing setan menaja team-team yang menjadi pujaan peminat sukan nie di seluruh dunia.

Antara syarikat tersebut ialah bwin (Real Madrid & AC Milan), bet24 (Blackburn Rovers), 888.com (Sevilla), Carlsberg (Liverpool), Carling (Celtic) dan Chang (Everton). Ade jugak yg gunakan lambang salib antaranya Brazil, Portugal, Sepanyol dan lain-lain serta gambar setan (Manchester United). Yang bodoh sudah tentunya peminat Islam yang membabi buta jual, beli dan pakai jersi-jersi camtu.

Dalam pada itu, kita sepatutnya mencontohi Freddie Kanoute, pemain bola sepak yang bermain dengan kelab Sevilla, Sepanyol. Beliau secara terang-terang menolak penggunaan nama penaja syarikat kasino 888.com pada jersinya dan meminta pengurusan pasukan supaya tidak meletakkan logo tersebut di jersinya. Semangat Islam beliau amat tinggi. Cayalah brader Kanoute!!!

Jadi sebagai kesimpulan, di harapkan agar sesiapa yang membaca artikel ini supanya mengambil pengajaran. Aku pun punyai jersi pasukan Portugal tahun 2004, tapi dah lama aku sedar pasal logo salib tu dan aku dah tampal pon logo tu dengan sticker logo lain. Mudah-mudahan ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua.

Wassalam.

Credit: uniqorne.wordpress.com

Categories: WoRD LiFe
  1. uniqorne
    May 31, 2010 at 7:10 PM

    semoge para pmbaca mndapat iktibar.. Yahudi gunakan 4S utk jatuhkan umat islam..Sport, Sex, Social, Song..

  2. May 31, 2010 at 10:21 PM

    ya, terima kaseh kpd bro uniqorne yg menyebarkan ilmu2 dan maklumat2 berguna spt ini buat panduan kita umat Islam.. tq..

  3. June 1, 2010 at 5:07 PM

    thanx for d info..

  4. June 1, 2010 at 5:09 PM

    ilmu yang baik utk panduan kita sesama umat Islam bro…

  5. an9949
    June 2, 2010 at 12:12 PM

    ya, tu sebab aku beli t-shirt dia saja, jangan beli jersi rasmi… atau belilah jersi yang bukan ori…

    • June 2, 2010 at 1:54 PM

      aku suka beli jersi bola yg kosong ja.. design ala2 jersi team bola yg ternama, tp jersi kosong tarak logo, nombor dan penaja2 tu.. cunnyaaa!!!

  6. ajie
    June 2, 2010 at 2:59 PM

    aku beli jersi Man Utd…tang logo to aku hilangkan dia punya lambang setan tu..hehe

    • June 2, 2010 at 3:21 PM

      bagus bro.. tindakan yang bijak…

  7. uniqorne
    June 20, 2010 at 9:16 AM

    alhamdulillah antum smua mengambil tindakan yg betul.. minat x salah asalkan kne pd syarak.. usah mmbelakangi Islam dlm ap jua aspek khidupan sharian.. bmbg syahadah kiter tputus tnpa sedar

    • June 20, 2010 at 12:12 PM

      betul tu bro.. kita kena prihatin lebih2 lg skrg ni musim world cup, semua ngah fanatik nk pakai jersi bola smpai kadang2 lupa lambang apa kat jersi tu..
      mudah-mudahan yg baca entri bro ni ambik pengajaran.. =)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s