Home > WoRD LiFe > Piala Dunia 2010

Piala Dunia 2010

Assalamualaikum.

Harini aku nak bercakap pasal sukan. Satu sukan yang menjadi kegilaan setiap manusia di seluruh pelusuk dunia. Jika anda bernama lelaki, sukan ini sudah pasti menjadi kegemaran anda. Jika anda tidak berminat dengan sukan ini, aku boleh kategorikan korang sebagai bukan lelaki. =)

Sukan yang aku maksudkan ialah bola sepak. Sebut pasal bola, sudah semestinya ianya sangat related ngan orang lelaki. Tak kisah la ko pandai main bola ke ataupun sekadar penyokong, yang penting minat. Kalau tak minat bola, bukan lelaki la namanya. Sudah semestinya kerana lelaki ada bola, dan bola ada lelaki. Wei, apa aku mencarut nih? Hahahaha…

Piala Dunia. Satu Kejohanan Bola Sepak yang terulung di dunia. Ulungnya kejohanan ini adalah bak setara dengan kehebatan Ultraman Ulung dan bukannya Ultraman Belial yang amat jahat itu. Amboi, peribahasa macam cipan je. Piala Dunia ataupun World Cup dalam bahasa mat salehnya adalah merupakan suatu event yang ditunggu-tunggu oleh jutaan mahupun billiunan umat manusia di dunia ini. Sepak mula Piala Dunia hanya tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi. Pada waktu berlangsungnya Piala Dunia inilah kalian semua akan melihat beruang panda jelmaan begitu ramai berkeliaran di waktu office hour. Kenapa aku berkata begitu?? Yaa.. sebab semua mereka yang berjaga malam untuk menyaksikan World Cup pasti kelopak matanya akan hitam kerna tak cukup tido bak umpama mata seekor beruang panda yang kalernya itam itu.

World Cup kali ini akan berlangsung dari Afrika Selatan. Bukan kutub selatan taw? Penguin hidup di Kutub Utara, Beruang kutub hidup di Kutub Selatan. Eh, tu iklan TV la.. Hahaha. Ok, Ok. Aku tak begitu pasti perbezaan time zone Afrika Selatan berbanding dengan Malaysia. Jadi mudah-mudahan tak begitu jauh jaraknya sehingga memerlukan kami semua ‘lelaki ini’ menghirup kopi tongkat ali setiap malam semata-mata untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan bola sepak yang rata-ratanya sangat hebat itu

Bagi tahun ini, sebanyak 32 pasukan layak untuk menyertai Kejohanan berprestij ini. Dan satu pasukan yang aku amat pasti tidak menyertainya ialah Malaysia. Opps,terlebih sudaa.. Tapi walaubagaimanapun Malaysia ada menyampaikan seorang wakil ialah Tuan Referee. Jadik la, ada gak la terselit nama Malaysia. Hahaha. Dan untuk kejohanan tahun ini, aku meletakkan sokongan padu kepada 3 pasukan iaitu Brazil, Sepanyol dan Portugal. Aku rasa team-team ni antara yang terhebat dan semoga mereka beroleh kejayaan.

Dan seperti kebiasaan, aku pasti akan membuat survey jersey yang cantik-cantik setiap kali ada kejohanan semacam ini. Dalam koleksi aku dah ada jersey beberapa pasukan bola sepak yang aku rasa cantik dan berkenan sejak dari tahun 1998. Tahun 1998 aku ada sehelai jersey pasukan Jepun original semasa berlangsungnya kejohanan Piala Dunia Remaja 1998 kat Malaysia. Cayalah! Dan mungkin aku akan menyambar beberapa helai jersi yang aku kenalpasti kelihatan amat cantik designnya untuk di sarungkan ke badan budak berspek mata kuasa 850 bagi tahun nih.

World Cup 2010, makan bola, minum bola, gua nak blah!!!

Categories: WoRD LiFe
  1. sulie
    June 4, 2010 at 1:38 PM

    ye saye suke …..mkn bola, tido bola, sume2 bola la nnti ni….

  2. June 4, 2010 at 2:27 PM

    aku tau, sulie suka tengok cristiano ronaldo kan? pasai tu la hang suka anak hang buat rambut cacak2 ala2 CR… hahahha

  3. an9949
    June 7, 2010 at 8:38 AM

    hahaha, aku dah sambaq itali and england jersey. anak aku aku belikan jersi england kaler merah punya.. tunggu la jumaat nie…

  4. June 7, 2010 at 10:03 AM

    bro, jersey referee takda juai ka? aku nk beli pasai referee malaysia ada main kat world cup nanti.. hahhahaha

  5. Joe
    July 5, 2010 at 10:57 AM

    jerman menang world cup 2010, dah2 jgn pertikaikan lagi

    • July 5, 2010 at 12:21 PM

      bro, bila jerman dh nk dekat masuk final baru sokong ker? hahahaa

  1. July 12, 2010 at 11:01 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s