Home > WoRD LiFe > Perbezaan ikan keli dari sumber haram dan halal

Perbezaan ikan keli dari sumber haram dan halal

Assalamualaikum.

Pernah satu ketika dulu blog aku ada satu posting mengenai isu ikan keli yang ada zat babi (kalian boleh baca disini) Dan semasa aku sedang melayari internet, terjumpa pulak satu artikel mengenai cara untuk membezakan antara ikan keli yang memakan bahan haram dan halal.

Sumber makanan haram itu maksudnya ialah ikan yang diternak orang bukan Melayu dan diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam. Manakala sumber yang halal ialah dimana ikan keli diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin. Sila ambil perhatian semua.

Ikan keli yang makan sumber makanan haram
1• Kepala berbentuk ‘V’
2• Bentuk badan mirip torpedo
3• Badan berwarna hitam berkilat
4• Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5• Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6• Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Ikan keli yang makan sumber makanan halal
1• Kepala berbentuk ‘U’
2• Bentuk badan tirus
3• Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4• Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
5• Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
6• Digoreng tidak meletup

Mari kita kongsi info ini bersama-sama sebagai panduan kita semua umat Islam agar kita tidak tdianiaya secara tidak sedar.

    Sumber: buaya-merah.blogspot.com
Categories: WoRD LiFe
  1. June 8, 2010 at 6:39 PM

    wah ada posting ttg ikan keli…apa kata lawat ke blog khas ikan keli…sila o sila…

  2. sue
    June 9, 2010 at 8:16 AM

    tenkiu..alamak tetiba aku rasa geli nak mkn ikan keli…

    amien aku ada satu soklan, klu kite beli lauk ikan keli kt kedai camne nak bezakan?

    • June 9, 2010 at 8:42 AM

      aku jawab ye?

      jawapan: jangan makan ikan keli.. makan ikan lain. hehe.

  3. June 9, 2010 at 10:44 AM

    resepi takde ke weih? :p

    • June 9, 2010 at 10:59 AM

      puan maria nk resepi ke?
      saya ada resepi makanan baru ala2 kebab.
      namanya resepi ni ialah KELI-BAB… hehe

  4. an9949
    June 11, 2010 at 3:41 PM

    kawan-kawan,

    kita print la nota yang amin dah bagi nie, pastu bawak masa pi market, masa pilih ikan keli tu, sila bawak keluaq nota amin nie, dan peratikan betui2 ciri-ciri ikan keli yang dimaksudkan itu…

    tadi qibby mai sini dengan anak kecik dia…

    • June 11, 2010 at 10:02 PM

      takyah la nandre, hang ckp ja kat org juai ikan tu yg hang tanak ikan keli-bab.. dia paham la nanti.. hahahaha

      ciss, maria dtg tanak ajak aku pown..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s