Home > WoRD LiFe > Kisah High-Beam

Kisah High-Beam


Assalamualaikum.

Beberapa minggu yang lepas taktala aku sedang memandu kereta semasa ingin pulang ke kampung halamanku di Kuantan, ada beberapa buah kereta lain yang memberikan High-Beam kepada aku. Dan secara tiba-tiba terlintas dalam kepala aku untuk menulis entri pasal perkara ini.

Dahulu semasa aku masih belum mempunyai lesen memandu kereta yang sah, aku seringkali mengikuti rakan-rakan bersiar-siar dengan menaiki kereta sewa. Sewaktu di UiTM, menyewa kereta adalah sangat mudah kerana tanpa perlu ada lesen sekalipun, anda boleh menyewa kereta kancil dengan harga RM60 untuk seharian. Senang kan? Tapi kalau jadi apa-apa, korang tanggung sendiri la. =) Dan kadang kala aku sering juga di beri tugas memandu kereta walaupun takde lesen. Giler ah.

Jadi berbalik kepada High-Beam, sebenarnya ini merupakan salah satu tabiat baik rakyat Malaysia. Memberikan High-Beam biasanya dilakukan sekiranya berjumpa dan terserempak dengan kereta rakan-rakan. Tapi dalam konteks yang lebih lagi, acapkali memberikan High-Beam sebanyak 2 kali adalah untuk menandakan bahawa ada polis di kawasan hadapan anda. Inilah semangat brotherhood dalam dunia kereta. Memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya yang lain supaya lebih berwaspada.

Bagus kan amalan sebegini, sekurang-kurangnya kita menyedari dan beringat bahawa ada pihak berkuasa yang memerhatikan kita. Jadi kita boleh bersedia. Dulu aku juga begitu, sekiranya memandu tanpa lesen dan ada kereta yang menyalakan High-Beam, cepat-cepat kami bertukar driver di tepi jalan. Itulah gunanya kerjasama meng-High-Beam tadi. Hahahhaha..

Jadi sebagai kesimpulan, amalan baik ini patut kita kongsi dan lakukan bersama demi mengingatkan pengguna yang lain supaya lebih cermat dan sekaligus boleh menyelamatkan poket anda supaya tidak robek membayar saman.

Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. Joe
    June 16, 2010 at 3:03 PM

    salam,

    kebaikan memberikan high beam ketika anda sedang high speed adalah perlu, tapi kalau org di depan ade sket sengal2 buat kepala batu akan menyebabkan temperature badan meningkat secara mendadak

    dan jika ada sekatan jalan raya, kbrukan dari segi lain, memberikan high beam menyebabkan mereka tidak disaman tapi kesalahan yg dilakukan tetap kesalahan, tak kena saman tiada pengajaran, kecuali yg tak serik2 kena saman ;D

  2. June 16, 2010 at 3:44 PM

    kadang2 org yg dh berapa kali kena saman pon masih tk beringat jugak. bila dpt pegang stereng, pulun bwk kete macam org kena rasuk ngan hantu.

    tp ada sesetengah yg lain kadang2 lupa, bila kete lain kasi high-beam, at least lamunan terhenti (aris ariwatan) n drive cam biasa. benda2 camni ada la pro and cons dia..

    yg penting: berhati-hati di jalan raya especially hari raya. hahahaha…

  3. sue
    June 16, 2010 at 4:01 PM

    oo aku selalu bg lampu tggi klu keta dpn aku lembabs…wakakakaka

    • June 16, 2010 at 4:10 PM

      ko pon kena sampuk ngan hantu gak ke masa bwk kete? hahahhaa..

  4. an9949
    June 21, 2010 at 10:21 AM

    high beam adalah satu signal..

    dan jangan jadikan sebagai satu amalan bila bawak keta waktu malam, asyik high beam ja walaupon jalan tu terang.. sakit mata ooooooooooooo

    • June 21, 2010 at 10:26 AM

      aku kalo bawak mutor hari2 asyik high-beam. haha..
      pasang la lampu tinggi setiap masa kalo bwk mutor pasai bila org bwk kete pandang kat side mirror, depa boleh tau ada mutor kat blakang.. safety tips.

  5. an9949
    June 21, 2010 at 10:31 AM

    ya, lampu motor, aku nak tukaq kaler puteh diamond la.. kasi terang siket

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s