Home > WoRD LiFe > Safety first

Safety first

Assalamualaikum.

Aku terpanggil untuk menulis entri ini. Terima kasih kepada encik The Legend yang memberikan komen yang membina mengenai topik yang aku ingin perkatakan ini dalam komen posting yang lepas. Untuk pengetahuan korang, kat atas tu adalah gambo betis aku kena sagat ngan jalanraya lebih kurang 4 tahun yang lepas. First time aku eksiden sebab kurang peka pasal soal keselamatan la tu.

Soal keselamatan di jalanraya merupakan satu perkara yang perlu diambil serius. Lebih serius jika anda semua bergelar penunggang motosikal. Kalo memandu kereta mungkin risikonya agak rendah berbanding penunggang motosikal, tetapi risiko tetap risiko. Setiap masa kita terdedah dengan bahaya di jalanraya.

Sebagai penunggang motosikal pasti anda semua lebih arif bagaimana rasanya menunggang motosikal di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur. Setiap masa nyawa terancam. Lebih-lebih lagi kalau ada pemandu kereta yang kepala masuk air, bawak kereta poyo ala-ala Makcik Halimaton Lewis Hamilton. Bawak kete siap cilok-cilok pastu cucuk angin rapat2 ngan orang bawak moto.. Macam cipan…

Jadi alat keselamatan merupakan salah satu keperluan ketika anda menunggang bagi menjamin jiwa raga anda selamat di jalanraya. Ramai di kalangan kita sukar untuk mengenakan alat-alat keselamatan ini. Nak pakai helmet pon punya la ketegaq. Dia ingat kapla dia keras macam kete kebal ke? Dan untuk mendapat perlindungan yang lebih, memakai safety riding gear adalah salah satu keperluan ketika di jalanraya antaranya ialah seperti mengenakan jaket tebal, seluar jeans, knee pad, elbow pad dan neck protector.

Aku sekarang baru sampai stage mengenakan cawat besi knee pad dan elbow pad sahaja. Aku beli di Shah Alam dengan harga RM50 tetapi di kedai lain aku dapati ianya berharga RM80. Bagus punya tokey kedai ni. Dengan adanya knee dan elbow pad ni at least risiko kecederaan luaran apabila jatuh agak kurang. Inilah salah satu kelebihan safety riding gear. Dapat meminimumkan kecederaan.

Tetapi kadang-kala kita terpesong ngan ajaran sesat ayah pin pong ketika di jalanraya. Acapkali ramai yang ketawa apabila melihat rakan-rakan bermotosikal kapcai sambil mengenakan full safety riding gear. Pakai knee pad, elbow pad, fullface helmet dan sebagainya. Tapi bagi aku lantak la korang nak ketawa, yang penting kalo aku jatuh takde la aku cedera teruk. Korang yg bawak moto pakai suar pendek ngan t-shirt je tu cuba fikir sket kalo korang jatuh camne? Sedap tak agaknya? Haha. Aku dah tau camne rasanya jalan tar tu sagat kaki dan tangan, korang nak rasa gak ker?

Jadi untuk kesedaran sosial masyarakat, aku mengajak semua para bikers agar mengenakan pakaian keselamatan ketika di jalanraya. Sekurang-kurangnya anda berada satu langkah di depan mengenai soal keselamatan. Biar muka tebal sket tapi yang penting korang selamat.

Adios. Viva Bikers!

Categories: WoRD LiFe
  1. June 22, 2010 at 12:26 PM

    bener banget…

    keselamatan sangat penting…

    jadi kita harus selalu memakai pakaian keselamatan…

    makasih infonya…

    salam hangat..

  2. June 22, 2010 at 3:53 PM

    waduh waduh sangat la benernya… trima kasih dong kerna singgah… =)

  3. amy
    June 23, 2010 at 9:06 AM

    pedulikan apa org nak kata, nak gelak ke..janji kita selamatkan…akak dah penah jatuh motor, wpun tak kena sagat ngan jln raya kurang2nya lebam jugak la badan…tu pun mkn masa gak nak sembuh…

    • June 23, 2010 at 9:22 AM

      amboi, awalnya mengomen. takde keje lain nk buat ker? hehe..
      bawak moto mmg syok, syahdu je bila angin sepoi2 tk reti bahasa bertiup kat muka.
      tapi tu la, risikonya tinggi, kena hati2 la…
      tp kalo diberi pilihan, sy rela bwk moto dr drive kete…. sakit otakkk!!!

  4. an9949
    June 23, 2010 at 10:52 AM

    aku pernah jatuh motor tahun 1995 dulu…
    takot…

    ya, sapa sapa bawak motor tu, sila beli rain coat, glove, dan peralatan lain untuk safety purpose.

  5. an9949
    June 23, 2010 at 10:54 AM

    bawak motor tak saket jiwa macam bawak keta..
    dulu masa aku bawak keta pi opis, aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh …
    ada tekanan sikit sebab jam, tak buleh jalan laju.. kena ikut aturan keta yang di depan…

    kalau motor, tak perlu saket jiwa, cuma berjaga-jaga saja…

    • June 23, 2010 at 11:15 AM

      yaaa… tepat skali sahabatku…
      aku bwk kete gi opis ari sabtu pon rasa terseksa sgt ataih jalan.. rasa cam nk berenti tinggal kete tepi jalan je…
      kalo hari2 aku drive kete, maunya berjuta-juta tan metriks sumpah seranah aku hadiahkn kpd driver lain, jalanraya, samy velu, tol plus dan mereka yg sewaktu dengannya.. hahahaha

  6. an9949
    June 23, 2010 at 12:13 PM

    elokla bawak motor untuk elak stress.. bila dah stress, nanti sampai rumah .. naik angin la plak, pastu marah suami, marah isteri.. marah anak kecik… tu yang bahaya tu..

    tapi ada chara dia:

    1. Istigfar
    2. zikir
    3. baca ayat qursi..
    4. mandi bagi sejuk
    5. ambek ayer semayang

  7. Joe
    July 5, 2010 at 10:48 AM

    naik moto g opis myk syiok, tapaya beratur sambil carut2

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s