Home > WoRD LiFe > Hari Ilmu PPAS

Hari Ilmu PPAS

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu yang lepas telah berlangsung satu aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang dinamakan sebagai Hari Ilmu. Aktiviti ini dianjurkan oleh PPAS sebagai salah satu aktiviti masyarakat bagi memupuk minat membaca dikalangan rakyat Malaysia.

Mengikut kajian yang dijalankan, pada tahun 2009 rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun. Dan antara ramai-ramai rakyat Malaysia tersebut sudah tentulah aku salah seorang daripada mereka. Hahahaha. Ya, aku memang mengaku aku hanya membaca mungkin 1 buku je setahun. Tapi korang kena faham, aku lebih banyak membaca melalui platform lain seperti internet, forum, dan majalah. Tu diorang tak kira ke ek? Opps, ke laut sudah!

Acara membaca beramai-ramai. Yang datang sbb nak cari awek pun ada.. Haha..

Eh, Hari Ilmu ke Hari Keluarga ni ek? Huhu..

Sayang, ni program membaca bukan program menggigit. =)

Jadi aku tempekkan cerita mengenai Hari Ilmu ini kerana aku adalah salah seorang penyibuk peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Matlamatnya ialah untuk menjemput seramai mungkin umat manusia berkumpul di Tasek Shah Alam dan membaca buku selama satu jam. Dan hasilnya seramai 14 ribu warga manusia hadir memberikan sokongan terhadap kempen ini dan sekaligus ianya dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai acara membaca beramai-ramai dalam tempoh sejam. Dapat la sekeping sijil penghargaan dari MBOR sebagai cenderahati.

Jadi sebagai kesimpulan, rajin-rajinlah membaca kerana membaca itu adalah jambatan Pulau Pinang ilmu. Chowww…

Categories: WoRD LiFe
  1. sue
    July 2, 2010 at 11:19 AM

    alalalo tomeinya budak tecik tu..geram tgk pipi labuh dia….. ko tak kasi dia makan je amien oit? bsggh2 dia baham benda alah tu…hahaha

    • July 2, 2010 at 11:31 AM

      abis sumer benda dah suap dlm mulut dia, tp dia punya peel mg camtu..
      pantang nampak benda, mesti rampas n masuk dlm molot…
      pastu dia buat bunyi aaawaaa waaa waaaa…

  2. July 2, 2010 at 12:00 PM

    apa kata bukukan aje blog ko ni amien. setahun dah dpt tambah 1 buku dah maria baca :p

    skill menggeget ke bling2 tu..

    • July 2, 2010 at 12:06 PM

      bagus cadangan mama maria tu, bukukan saja..
      pastu hari2 sy mkn roti benggali aje psl duit sudah abes byr utk mencetak buku aje.. hahaha…

      skill menggeget bling2 mmg power, abis semua dia geget termasuk la pipi abah dia.. =)

  3. an9949
    July 5, 2010 at 10:50 AM

    syoknya ramai-ramai bacha buku kat tasek tu…
    inilah yang sebaiknya… ilmu disekeliling kita, seumpama library bergerak…

    • July 5, 2010 at 12:20 PM

      yaaa.. betul tu nandre.
      mmg syiok bace buke ramei-ramei..
      tp time tu aku bwk anak, nak baca buku pon tk sempat.
      bila nk baca buku anak aku rampass n masukkan dalam mulut dia.. hehehe

  4. sulie
    July 6, 2010 at 12:51 PM

    eeee tembonnye asyraf ni…

    • July 6, 2010 at 12:57 PM

      kalo abg zayyan ada sebelah abes la kena ngap mata beso dia tu.. hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s