Home > WoRD LiFe > Si buah machang

Si buah machang

Machang ke Macang? Ahh, blasah je la.. Janji korang paham.

Kisahnya semasa aku balik ke kampung aku iaitu Panchingville, sebuah kampung di daerah Kuantan, telah tiba musim buah. Segala-gala jenis pokok sudah mula berbuah baik durian, manggis, langsat, rambutan, pulasan, cempedak dan tak terkecuali buah macang.

Dalam banyak-banyak buah yang aku sebutkan tadi, buah macang yang mendahului senarai buah yang sudah banyak masak dan gugur. Jadi time aku balik ke kampung keje aku melantak buah macang je la sampai sakit perut. Hahahha.

Durian pon dah banyak berbuah, tapi belom masak lagi. Huhu.

Kepada mereka yang tak kenal akan buah macang, aku post-kan sedikit gambar di atas supaya korang dapat kenal buah-buah tempatan. Buah macang ni rupanya seakan-akan buah kuini ataupun buah mempelam yang bersaiz besar tu. Isinya kuning dan baunya amat semerbak sehingga umah kat kampung aku tu penuh dengan bau-bauan one drop perfume macang aje.

Jadi semasa ingin kembali semula ke Shah Alam, mak aku menyiapkan beberapa bungkusan sebagai buah tangan kepada aku. Bila aku masukkan ke dalam bonet kereta, tu diaaaaa…. Dekat 30 bijik buah macang mak aku sumbatkan dalam plastic buat bekalan aku. Hahaha.. Nampak menu aku hari-hari sepanjang bulan ini ialah sambal belacan + macang la..

Nuff said… Adios!

Categories: WoRD LiFe
  1. sulie
    July 6, 2010 at 12:48 PM

    eh bukan buah bacang ke? kuinin ngan machang ke bacang ni same ke x?amin bak skit…sedapnye buat sambal…hehehe

    • July 6, 2010 at 12:56 PM

      ntah la sulie, aku pon tk tau sejauh mana kebenaran fakta aku tulih ni.. hahaha
      blasah je la, yg penting ada bunyi cang2 blakang tu sudaaa…

      nak ke? meh aku juai sekilo 5 hengget… hahaha

  2. Joe
    July 6, 2010 at 5:51 PM

    bacang atau bachang yg lebih tepat, tapi takpe, besele ade kembor, nengok gambo je dah buat air lioq meleleh, mane nak cari mendealah ni tgh kl hu hu

    • July 6, 2010 at 6:03 PM

      KL ek? aku rasa kat chow kit pon takda juai..
      susah nk jumpa buah ni, biasa kat kampung je byk.. huhu

      • Joe
        July 7, 2010 at 11:57 AM

        kalau jual kat kampung tu nmpk gaye kena balik kampung, “bos sy tak nak datang opis ari sabtu ahad bole tak?” bos jawab,”wajib datang” aiyak!

  3. an9949
    July 7, 2010 at 1:57 PM

    machang adalah satu tempat di negri qlate… hehehe
    kat situ ada itm bukit anjing…. ada sekolah agama wataniah dan jalan wataniah.

    poskod dia 18500

    • July 7, 2010 at 2:04 PM

      woit, tu tempat aku bertapa zaman2 dulu tu…

      walaupon namanya bukit hanjing, tp tiada kelihatan pon hanjing2 berkeliaran. cuma sekali sekala ada la terlihat sang babi berlari-lari anak di sebalik bukit.. wahahhahaaa

  4. Joe
    July 7, 2010 at 3:59 PM

    bukit hanjing tu hukumnya ape?

    • July 7, 2010 at 4:21 PM

      kalo pegang tanah kat bukit hanjing tu kena samak la jawabnya.. hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s