Home > WoRD LiFe > Sakit jantung

Sakit jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung.

Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Berikut adalah beberapa tindakan sederhana yang dapat membantu anda dan keluarga mencegah dari penyakit jantung dan stroke.

1) Mendorong keluarga untuk makan makanan yang seimbang. Termasuk daging yang tidak berlemak (baik dikukus, direbus, dipanggang atau dibakar), ikan, sayur, kacang-kacangan dan produk-produk rendah kalori.

2) Menyediakan setidaknya lima jenis sayur dan buah setiap hari dan memberikan air putih, susu rendah kalori atau susu segar, jus buah tanpa gula untuk keluarga serta hindari soft drink.

3) Tidak mengambil garam secara berlebihan.

4) Bersenam selama 30 minit setiap hari dan banyak melakukan aktiivti fizikal dalam melaksanakan tugas sehari-hari misalnya tidak menggunakan sebaliknya menggunakan tangga.

5) Setiap anggota keluarga haruslah selalu memakan makanan bergizi, rajin bersenam dan tidak merokok. Jadikanlah rumah anda bebas rokok.

6) Jika anda merasa bahawa salah satu anggota keluarga anda memiliki risiko terhadap penyakit jantung, segeralah berjumpa dengan doktor.

Sumber: The World Heart Federation

Categories: WoRD LiFe
  1. July 9, 2010 at 4:18 PM

    makasih banyak ilmunya…salam hangat…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s