Home > WoRD LiFe > Plastik 20 sen…

Plastik 20 sen…

Assalamualaikum.

“Plastik pon 20 sen? Memang cekik darah.” Begitulah bait-bait kata indah yang keluar dari mulut seorang makcik taktala aku bershopping di Giant satu masa dulu pada hari sabtu.

Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Plastik pon kemut sangat ke sampai nak membeli belah pon payah. Plastik takde hari sabtu, kalo nak sehelai 20 sen. Pasai apa? Yaaa, pasai hari sabtu merupakan hari yang sangat meriah kerana bila anda bershopping di Selangor, tiada pasaraya yang akan supply beg plastik kepada anda. Kalo nak, 20 sen! (macam dialog cerita P.Ramlee la pulak).

Jadi apakejadahnya yang telah berlaku? Kilang plastik dah bungkus ke?

Sapa punya idea buat benda-benda ni? Kalo buat macam tu selamat ke dunia kita?

Berapa banyak bahagian kat dunia ni yang boleh selamat kalo buat camni?

Tu semua persoalan durjana yang timbul dalam hotak aku. Sebenarnya banyak la benda-benda lain yang bermain dalam kotak fikiran aku. Tapi aku malas nak cakap pasai kalo aku cakap lebih-lebih kang maunya pegi kepada mencarut-marut, maki hamun dan paling best mungkin boleh kena tahanan ISA pulak. Hahaha.

Itulah fenomena kalo membeli-belah hari sabtu, takde plastik. Tapi aku rasa bodoh sangat kempen ni. Selain menyusahkan pengguna, ia mengundang pelbagai reaksi tidak puas hati di kalangan ramai. Kenapa? Pasai benda ni ada kat Selangor je. Aku pegi Terengganu haritu takde pon kempen macam ni. Kat Kuantan pon tarak! Cashier tu pon tak penah dengar kempen menatang apa ni? Memang cam hampeh.

Matlamat nak selamatkan bumi. Tapi kalo buat kat Selangor je, buleh selamat ke bumi ni? Macam hampeh punya pemikiran. Tapi yang bangangnya kalo nak plastic bag diorang boleh jual pulak tu kat customer. Macam bangang, baik takyah buat kempen kalo camtu. Cuba pikir kalo makcik yang shopping tu beli barang sampai beratus-ratus? Maunya berkepuk-kepuk pasaraya kaut untung bodo je. Kalo makcik tu tak beli plastik 20 sen, haaa makcik angkut la barang-barang tu guna dua-dua tangan, tak cukup lagi guna kaki sekali pastu campak je dalam bonet kereta! Hahaha.

Aku tau langkah kerajaan melaksanakan kempen hari sabtu tanpa plastik ada baiknya. Seperti yang kita ketahui, plastik ni akan ambik masa beratus-ratus tahun untuk hancur dan terurai. Memang betul, tapi cara perlaksanaanya itu yang tak berapa nak bagus. Lain kali kalo nak buat, buat la secara total. Biar satu Malaysia buat benda yang sama. So dia punya effect menyeluruh. Ini buat kat Selangor je, jadi hapa? Jadi orang maki hamun ada la.

Useless!

Categories: WoRD LiFe
  1. amy
    July 13, 2010 at 12:57 PM

    ya saya sokong kenyataan incik amin…saya pun terpaksa beli plastik ari sabtu ari tu sbb lupa ari tu plastik kena bayo…mujur beli barang sikit..kalu tak tahu la camana..

    • July 13, 2010 at 1:42 PM

      macam yg saya tulis, sila guna tangan, kaki, siku, telinga n dagu utk hangkut brg2 tu kemudian campak je dlm bonet kancilmu itu kak amy… haha

  2. July 13, 2010 at 2:33 PM

    nasib baik saya dok kat perak..hehe..

    • July 13, 2010 at 2:54 PM

      chekgu huda, ada keje kosong tk kat sungai sumun? sy nk apply… huhu

  3. an9949
    July 13, 2010 at 5:08 PM

    lain kali bawak la beg sendiri beb kalau nak beli barang tu… kan banyak beg kain kalau pi book fair tu

  4. an9949
    July 13, 2010 at 5:09 PM

    aku rasa tadak masalah pon benda nie…. dah jadi biasa dah pon…

    • July 13, 2010 at 5:16 PM

      yaaa… mesti tuan nandre bwk beg kain. hehe..
      aku tadak hal pon sebenarnya, tp kadang2 rasa susah tu ada la jugak.
      lagi2 bila pegi shopping secara tk sengaja hari sabtu tu.. mmg azab la nk kena angkut tadak plastik.. hahaha

  5. an9949
    July 13, 2010 at 5:20 PM

    aku pon kena jugak itu macam, tapi buat dek je la…
    aku satu kempen yang sehat sebenaqnya… beg plastik nie benda yang payah nak hancoq… tu pasai dulu ada org pakai beg kertas kaler coklat kalau beli barang kat kedai runcit… ada ingat ka? hehehehehehee

  6. an9949
    July 13, 2010 at 5:21 PM

    aku memang bawak beg kain pon, sampai 5 – 6 beg masa pi beli barang hari sabtu.. memang dah prepare pon dalam keta…

    • July 13, 2010 at 5:48 PM

      bab ni yg susah. kadang2 lupa pasai benda camni tk penting utk ingat.. hahaha

  7. Joe
    July 16, 2010 at 9:08 AM

    Ni kira slh satu usaha mendidik rakyat Malaysia, kenala mulakan secara berperingkat2, kat Malaysia ni mana la ada sgt kempen2 kesedaran pasal alam sekitar ni, barang2 yg boleh recycle pon jarang kita nak recycle, yg byknye ke tong sampah, kempen cenggini bese dimulakan dengan area kepadatan penduduk tinggi, barula dikembangkan ke tempat2 lain, kita nak berkempen jauh skali, at least kita bg support

    Kalau alert dan syg duit, prepare lebih awal, macam an9949🙂

    • July 17, 2010 at 10:08 PM

      an9949 atau nama glemernya nandre the legend..

    • cikyah
      February 14, 2011 at 9:05 AM

      agreed 100%

  8. Pegidah
    February 13, 2011 at 11:38 PM

    Mmg la bagus kempen mcm ni, tp biar la menepati n mncapai sasaran… aku pn x kisah lau kna beli stakat 20sen, tp mslahnye kenapa plastik utk kite bwak brg2 2 je yg x diberi?? knape plastik yg bungkus contohnye bungkus ikan x diharamkan,,, lau betul bg je la customer bwk ikan 2 isi dlm handbag..kan?? lau betul psaraya yg nk mulakan kempen2 mcm ni, pasaraya yg kaya 2 perlu sediakan beg kertas percuma mcm yg McD guna utk isi kntang goreng 2.. knapa bila ada sesuatu kempen, customer yg kna dlu, ape slhnye pasaraya ambil kos plastik 2 kmudian gantikan terus dgn paper bag, leh tiap2 hari guna…apasal?? takut kilang plastik tutup?? x menepati sasaran la sume 2, aku total x skong. lau tol menepati sasaran, aku rela peluk je ayam sekor2 bwk lik umah, xyah ltak dlm bkas plastik..

    • February 13, 2011 at 11:43 PM

      yeah… emo lagi bro, emo…. hahaha
      memang hampeh sbnrnya org yg wat camni… takde logika beb!

      • cikyah
        February 14, 2011 at 9:09 AM

        bro.. kt kuantan & tganu pun ada jugak la kempen ni.. aku beli buh dlm troli sokmo tak kecoh2 mcm lu pon. pelan2 la buat semua ni, kalau diorang tak start buat camtu, sampai bila2 pun org kita takkan belajar me-recycle.

  9. February 14, 2011 at 9:41 AM

    ehem ehem….
    aku tulis entry ni masa bulan julai 2010. masa ni diorg buat kempen kat selangor je, kat tempat lain blom lagi.
    masa aku gi beli brg kat ganu aritu, diorg selamber badak je kasi plastik a.k.a supit masa aku beli brg ari sabtu.. takde hal der….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s