Home > WoRD LiFe > CS 151

CS 151

Assalamualaikum.

CS151. Satu nombor code yang mungkin tidak akan aku lupakan sehingga mati. Nombor code yang yang paling penting dan paling sentimental dalam hidup aku. Code ini bukanlah sejenis minyak rambut jenama code 10, tetapi merupakan satu code nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia. Dalam kata yang lebih spesifik, nombor plat motosikal milik abah aku, Encik MJ.

Jikalau sahabatku berbangga dengan nombor plat AN9949 milik motor klasik beliau, aku juga begitu. Walaupun motosikal jenama Honda C70 ini tidaklah seberapa klasik berbanding yang lain, tapi motor ini kalau mengikut riwayat hidupnya mempunyai banyak sangat kisah-kisah memori dan jasa yang amat tinggi kepada aku sekeluarga.

CS151 ini adalah pengangkutan rasmi keluarga kami. Motor ini beli oleh abah aku sekitar tahun 1983. Ya, seusia dengan umur aku. Jadi tahun 2010 genaplah ia berusia 27 tahun. Banyak catatan memori mengenai jasa motor ini kepada kami. Motor ini digunakan setiap bagi bagi memudahkan urusan dan kerja seharian keluarga kami terutamanya abah aku. Motor ini digunakan abah untuk mencari rezeki di ladang kelapa sawit dan ladang getah di kampung. Aku hidup di FELDA, jadi majoriti penduduk di kampung yang aku gelar Panchingville merupakan peneroka FELDA yang bergantung hidup dengan hasil pendapatan mengait buah kelapa sawit dan menoreh getah. Jadi CS151 inilah yang digunakan memanjat bukit, menuruni curam untuk sampai ke ladang.

CS151 juga tak terlepas digunakan sebagai pengangkutan kami ke sekolah. Semasa sekolah rendah, abah akan menghantar aku dan adik dengan motor ini. Semasa aku darjah satu, tu diaaaaaaa dalam bakul raga moto tu aku duduk semasa abah menghantar aku ke sekolah buat kali pertama. Sehinggalah darjah 5, abah memberikan kebebasan kepadaku dengan membelikan aku sebuah basikal kerana beliau tahu jiwa dan semangat aku terhadap menatang dua roda ni amat tinggi dalam hidup aku. Cayalah abah! Walaubagaimanapun CS151 masih tetap berkhidmat untuk kegiatan harian beliau.

Pada usia 14 tahun, abang aku memberikan aku pengetahuan baru iaitu cara-cara menunggang motosikal. Abah langsung tidak mengajar aku, mungkin atas factor keselamatan. Tapi nasiblah ada abang aku yang memberanikan diri mengajar aku menunggang motosikal. Dengan sekali ajar sahaja aku sudah boleh menunggangnya kerana basic skill aku menunggang basikal sudah ada. Jadi bermula lah hidup aku dengan CS151 sehinggalah aku mendapat sebuah motor lain iaitu JDM semasa menuntut di UiTM.

Kini selepas 27 tahun menyumbangkan bakti, CS151 masih lagi setia bersama kami. Tapi penggunaannya dikurangkan oleh abah setakat bergerak dua atau tiga kali seminggu. Namum CS151 masih kuat untuk bergerak ke sana ke mari. Aku juga bila ada kelapangan masih setia menunggang CS151 mengelilingi Panchingville.

Begitulah memori yang dicipta oleh CS151. Berbakti sehingga kini dengan penuh jasa. CS151, wa caya sama lu!!

Categories: WoRD LiFe
  1. an9949
    July 14, 2010 at 4:05 PM

    ini memang mat pahang ja pakai nie..
    kalau hang ada CS 151, aku plak ada AN 9949.. tu dia, Yamaha YG80.. ada clutch, tank minyak kat depan… maseh ada lagi kat Tepen.

    • July 14, 2010 at 4:25 PM

      aku tau, aku tgk gambaq muto tu kat fotopages hang la, mat tepen.
      tu yg tubik keinginang nk tulih entri ni. kui kui kui (gelak macam suhana)

  2. an9949
    July 14, 2010 at 5:21 PM

    hahahahaha, takpa, aku membenarkan org lain meniru posting aku asalkan jangan guna ayat yang sama.. bukan apa, semua org ada keistimewaan dan barang yang unik…

    teruskan tulih demi promotekan harta

    • July 14, 2010 at 5:43 PM

      hanya harta yg ada sentimental value akan masuk dlm blog ni..
      bukan bermegah, sekadar mengimbau nostalgia.

  3. aTan
    July 14, 2010 at 11:13 PM

    aloo broo..lama tk join,tk lama lagi plet CCS nak keluar,aku rasa nak booking plet CCS151,harga tender dr rm300 keatas nk kasi MJ,motor kau sponsor la…

    • July 15, 2010 at 8:40 AM

      yoo bro, lama tk komen blog aku.
      ko booking la plat tu, pastu nanti tukar ngan nombo plat moto aku.. hahhaha

  4. Joe
    July 15, 2010 at 3:00 PM

    owh la, org FELDA gak ke? Ni org palong datang menjengah, slmt kenal2 bro ;D

    • July 15, 2010 at 4:16 PM

      ya bro, jgn malu nk mengaku org FELDA pasai org FELDA pon dh ramai yg berjaya.
      tk kira asal kampung ke bandar, sumer sama je. yg penting hati mau baik.

      • Joe
        July 16, 2010 at 9:43 AM

        Bila ke masa lak aku malunya, cuma aku takde blog nak bercerita je, kita sama2 dibesarkan dipayungi pokok getah dan sawit ;D

  5. July 17, 2010 at 9:07 PM

    bro, takde blog ke?
    buat la blog, baru best bleh share2 idea..

  6. July 19, 2010 at 9:40 AM

    baper mau jual itu nomor incik? :p

    • July 19, 2010 at 9:58 AM

      no no no nomor la miamor.. hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s