Home > WoRD LiFe > WAKAKA HAHAHA

WAKAKA HAHAHA

Assalamualaikum. Yaa aw aw.. Wassup bro?

Peh, pagi-pagi dah buat perangai tak senonoh. Cakap macam budak-budak Hip-Hop konon, padahal dah tua bangka dah. Hahahha. Donia Donia…

Sebenarnya walaupon aku rasa dah tua, tapi aku masih Hip-Hop bak kata Joe Flizzow. Jadi sebenarnya harini aku nak merakamkan ucapan tahniah kepada WAKAKA Crew yang telah berjaya merangkul gelaran juara bagi Program Realiti Showdown 2010 malam semalam. Tahniah, korang memang berhak untuk menang kerana korang punya bakat dan skill memang superb serta energy level yang sangat tinggi. Cayalah!

Pada mereka yang tak tau apa benda yang aku mengarut ni, aku explain la sket. Showdown 2010 tu merupakan satu Program TV terbitan 8TV yang mana matlamatnya ialah untuk mencari juara bagi Penari Jalanan ataupun dalam bahasa Hi-Hopnya di sebut B-Boy. Walau bagaimanapun bukan setakat tarian Hip-Hop je yang membolehkan mereka menang, tapi daya kreativiti dan kepelbagaian tarian yang ada di dunia ni juga digunakan oleh mereka dan digabungkan dengan breakdance untuk mencipta tarian yang lagi power dan meraih undi peminat.

Aku rasa program di bermula lebih kurang 2 bulan lepas, dan malam semalam WAKAKA Crew dinobatkan sebagai juara. Kepada korang yang berminat dengan benda-benda macam ni memang akan teruja yang amat sangat la bila tengok geng-geng B-Boy ni menari dengan penuh tenaga. Memang terbaekkk!!

Jadi congratzz buat WAKAKA ~ Walau Aku Kalah Aku Kisah Apa, tapi korang kena kisah pasal korang dah MENANG!!

2010 – Masih Hip-Hop. =)

Categories: WoRD LiFe
  1. Joe
    July 15, 2010 at 2:57 PM

    Dari awal2 competition dah nampak wakaka menang, sebelum tu pon dah ada yg glemer, not surprised la bak kata maple loo

    • July 15, 2010 at 4:03 PM

      ya bro, mmg crew leader dia si Alam tu femes, tp kalo harap dia sorang je tapi yg lain macam siot tk jadi gak..
      yg lain pon perform power giler, mmg diaorg deserve la menang smlm.. haha

  2. sara
    July 15, 2010 at 9:05 PM

    Sound stupid..undi wakaka just sebab ada alam..guyz,they will compete kat Taipei tau,mewakili malaysia..dengan cara persembahan diorang camtu,memalukan je..buat akrobatik je lebih,tapi basic floor dance pun tak reti..Taipei tak cari pemenang melalui undian sms tau..

    • Joe
      July 16, 2010 at 9:34 AM

      yep setuju, nmpk terlalu ketara masa battle, tapi nak wat camne da rezeki dorang, kita tunggu dan lihat ape jadi utk next competition😉

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s