Home > WoRD LiFe > 300 entri beb!!

300 entri beb!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah hampir 4 tahun aku menulis blog, hari ini kandungan entri tulisan aku telah mencapai angka 300 entri. Hmm, walaupun agak perlahan, tapi syukur angka itu dapat dicapai jua berkat aku menulis dan menaip tika kelapangan. Kira satu pencapaian yang agak bagus la bagi diri aku kerana aku sebenarnya agak malas bila tiba bab-bab menulis, tapi bila ada blog semangat tu jadi lain pulak.

Bak kata Maria, baik bukukan saja entri blog Amien ni. Ya, bagus jugak idea Maria ni. At least aku boleh menyimpan pelbagai memori sepanjang aku ber-blog dalam bentuk hard-copy pula. Sekurang-kurangnya ada jugak benda yang menarik untuk tatapan dan bacaan aku di waktu tua nanti. Nanti la aku cuba pertimbangkan. Tak sangka, kadang-kadang boleh pakai gak idea Maria ni. Hahahaha.

Pada korang yang belum ada blog, aku menyarankan agar korang cuba menjadi blogger. Kerana pada pendapat aku, blog ni banyak dia punya sentimental value. Macam aku, bila ada waktu lapang aku akan baca semula entri-entri menarik yang aku tulis pada tahun-tahun yang sebelumnya. Pastu secara automatik ianya akan terngiang-ngiang di kepala hotak aku mengenai peristiwa tersebut. Perghhh sungguh syahdu. Kebanyakan entri yang aku tulis berkaitan dengan hidup aku, jadi pastinya amat bermakna sekiranya peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku dalam hidup ini dapat dicatatkan melalui blog untuk sama-sama berkongsi feelnya. Memang tangkap layan….

Jadi marilah menulis blog. Wa salute geng2 blogger!!

Categories: WoRD LiFe
  1. sue
    July 19, 2010 at 12:38 PM

    tahniah en amien!!!

    • July 19, 2010 at 1:06 PM

      kita beroleh kemenangan yg pertama!!!

  2. July 19, 2010 at 3:29 PM

    tahniah kerana masih kekal di wordpress..
    blog amien ni adalah blog pertama yang ku komen sewaktu aku baru bergelar blogger.dalam banyak2 entrinya yang paling aku suka adalah entry terakhir yang dibuat sebelum meninggalkan plf.tak ingat lak apa tajuk dia..kat situ dia komen semua staf plf..sangat kelakar…

    • July 19, 2010 at 3:36 PM

      hai chekgu myasara,
      terima kaseh kerna masih setia mengikuti perkembangan blog saya yg biasa2 ni.
      rasa terharu ala2 ikan cencaru la pasai ada support yg camni:

      by the way, entri last masa sy nk kuar PLF tu bertajuk semalat tinggal PLF:
      kalau nak mengimbau kembali kenangan silam, boleh la klik kat SINI.

      sedihnyaaaaaa….

  3. an9949
    July 19, 2010 at 5:22 PM

    selamat datang ke IACT

    • July 19, 2010 at 5:30 PM

      “selamat datang ke PLF, nama saya Adnan Haris”

      ayat pertama nandre masa aku masuk PLF tapi pasai apa dia tanak sebut nama penuh dia ek? hahahhaahahhaa

  4. myasara
    July 21, 2010 at 2:15 PM

    nama penuh dia..Adnan rizal..yey..aku dah bukak rahsianya..

    • July 21, 2010 at 2:30 PM

      chekgu: murid2, bila sy sebut nama angkat tangan ye? adnan rizal..
      adnan: (tutup muka tanak jawab)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s