Home > WoRD LiFe > Kisah cicak…

Kisah cicak…

Harini aku nak cerita pasai cicak memandangkan ada seorang wanita yang gua labelkan sebagai wanita gila durian tu geli sangat kat cicak. Ngan cicak pun nak geli, apa barang. Kasi pijak je sampai lumat. Kecik beso kecik beso je gua tengok. Ah, layan je la cerita ni:

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan satu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Pemuda itu berfikir, bagaimanakah cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya. Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta…cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

MORALE OF THE STORY: Kalo aku jadi pemuda tu, aku hempok je dua-dua ekor cicak tu kasi mampus. Dah la ko tu cicak, ada hati nak jiwang-jiwang pulak. Geli aku!!!

Categories: WoRD LiFe
  1. an9949
    July 28, 2010 at 2:58 PM

    cicak adalah makhluk Tuhan sekalian alam..
    Subhanallah… alhamdulillah, Allahuakhbar

  2. an9949
    July 28, 2010 at 3:01 PM

    dulu bapak aku suka lastik cicak kat rumah aku malam-malam.. heheheheeh, guna getah ikat surat kaler puteh la tu

    • July 28, 2010 at 6:08 PM

      bunuh cicak dapat pahala.. betui tak nandre?

  3. Joe
    July 28, 2010 at 9:23 PM

    ade mase gak dia nak peratikan cicak tu, soalan saya berbunyi, berapakah jangka hayat maksimum seekor cicak?

    • July 29, 2010 at 8:50 AM

      jangka hayat seekor cicak bergantung kpd kelajuan getah lastik cicak.
      jika getah lastik itu singgah di kepala cicak dgn kelajuan 200km/j, maka amat pendeklah jangka hayat beliau.

      terima kaseh.

      sumber: wakawakapedia. =)

  4. nuraida ibrahim
    July 29, 2010 at 10:29 AM

    ya betul tu

    • July 29, 2010 at 11:21 AM

      aik, cik aida komen kat blog i la…
      first time nih.. welcome welcome.. huhu

  5. July 30, 2010 at 9:17 AM

    bertambah geli aku……..uweekk

    • July 30, 2010 at 10:22 AM

      yaaaa.. ratu cicak sudah mengomen rupanya.. hahahha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s