Home > WoRD LiFe > Hanya fenomena…

Hanya fenomena…

Assalamualaikum.

MLM, biasa la. Kalo ikutkan pandangan peribadi aku MLM ni merupakan shortcut untuk mengecap kekayaan dengan mudah. Ianya merupakan lubuk bagi mereka-mereka yang mengimpikan untuk menjadi jutawan segera tanpa perlu bertungkus lumus berniaga, buat bisnes dan sebagainya. Ringkasnya mereka hanya perlu mengikut pelan pemasaran yang disediakan syarikat MLM + cari downline. Itulah asas untuk membuat duit segera.

Ada di kalangan syarikat MLM yang berdaftar menjalankan perniagaan yang bersih mengikut syariah dan ada juga yang sekadar hangat-hangat taik ayam. Nampak macam bisnes halal, tapi disebaliknya penuh dengan tipu muslihat, penindasan, tidak adil dan langsung tidak halal jika diikutkan dari sudut pandangan Islam. Kalau nak info lebih baca la kat website Ustaz Zaharuddin.

Awal minggu ini satu Malaysia digegarkan dengan kisah sindiket bisnes skim cepat kaya yang diserbu oleh Polis dan Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Sunway. Aku tak mahu sebutkan apa namanya. Aku tertarik untuk membicarakannya pasal ini kerana aku dah mengikuti perkembangannya agak lama. Bisnes ni mula-mula bunyinya macam MLM, tapi lama-lama aku tengok memang sebijik macam skim cepat kaya. Memang terang lagi bersuluh. Cari orang laburkan duit pastu bulan-bulan dapat income. Abis tu ko jual apa? Tarak! Lagi banyak downline pastu lagi banyak dapat income. Memang skim cepat kaya la beb!

Modal diaorang pulak memang power, tayang kete Merc, Fairlady, Skyline, Evo untuk tarik perhatian budak-budak muda join. Pastu hidung kembang kempis posing and tayang kat blog, facebook, youtube dan sebagainya. Pastu pujuk orang masuk guna kete-kete mewah sebagai modal lambang kejayaan bisnes mereka. Adoooiii… sempitnya pemikiran. Dan aku yakin, bila semacam itu punya pelan pasti akan ada sifat riak dan takbur yang terpancar dari mereka walaupun sekelumit.

Bukan nak mengutuk mahupun mengata benda-benda macam ni. Sumer orang ada pendapat masing-masing, tapi bagi aku benda yang nampak jelas sumbernya berpaksikan kepada haram kenapa nak libatkan diri? Dan lebih teruk hasilnya diberi makan kepada anak, bini dan keluarga. Bagi aku biar la hidup susah, kais pagi makan pagi yang penting ianya halal untuk dibuat mencekik.

Bak kat seorang sahabat aku, benda-benda MLM ni semua tak kekal. Ianya hanya fenomena semata-mata. Bila surut fenomena tu, tau la korang semua langit tu tinggi ke rendah. Jadi biarlah hidup sederhana, tak payah la ada kereta Ferrari, yang penting hidup tenteram tak terjerumus dengan perkara semacam ini.

P/S: Entry ini sekadar teguran dan ingatan buat teman-teman yang terlibat. Sharing is caring.

Categories: WoRD LiFe
  1. an9949
    July 30, 2010 at 3:27 PM

    meniaga la elok-elok wei… bukan senang ndak senang, bukan senang nak chari duet yeop oi..

  2. July 30, 2010 at 3:37 PM

    betui tu yeop wei…
    buat bisnes elok2 la, jgn smpai org lain pon terseksa… huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s