Home > WoRD LiFe > Imam muda

Imam muda

Assalamualaikum.

Tahniah di ucapkan kepada saudara Muhammad Asyraf yang telah berjaya menjadi juara dalam rancangan Imam Muda tebitan Astro. Pada aku kedua-dua finalist memang mempunyai kebolehan dan ilmu yang setara, cuma Asyraf menang kerana kebolehan pidato dan menjawab soalan beliau yang amat tinggi dan bijaksana sekali bagi pandangan aku.

Rancangan Imam Muda ni sebenarnya dah lama bersiaran kat Astro. Tak silap aku hampir dua bulan. Basic rancangan ni ialah untuk mencari Imam Muda Terunggul yang mana mempunyai ilmu-imu agama yang tinggi di kalangan pemuda di Malaysia ini untuk menjadi Imam yang serba boleh dan mampu menjadi pemimpin yang berwibawa. Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang Imam.

Peserta rancangan Imam Muda ini menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua peserta Imam Muda ini diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Memang terbaik! Rancangan ni memang lain dari yang lain.

Apa yang bagusnya rancangan ini bukan sahaja memaparkan ilmu agama yang wajib dipelajari sahaja, tetapi merangkumi pelbagai skop ilmu lain termasuklah ilmu fardu ain dan fardhu kifayah. Jadi kesempatan inilah yang patut diambil oleh semua umat Islam untuk melihat lebih dekat sisi dan sudut agama Islam secara lebih mendalam.

Aku ambil contoh di mana ada satu minggu tugasan Imam Muda ini untuk sembelih ayam. Amat menarik sekali. Aku pecaya ramai di kalangan kita yang mungkin tidak pernah melihat cara-cara menyembelih ayam mengikut hukum syarak terutamanya mereka yang hidup di bandar. Jadi rancangan ini membawakan kita lebih dekat kepada perincian Islam itu melalui tugasan yang dilaksanakan oleh para Imam Muda.

Jadi sebagai kesimpulan aku rasakan rancangan ini amatlah berguna dan berfaedah kepada masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Selain itu masyarakat bukan Islam juga dapat menilai sisi Islam melalui rancangan ini dan mana tahu ada yang tertarik untuk memeluk agama Islam selepas menonton rancangan ini. Layannnn…

Categories: WoRD LiFe
  1. an9949
    August 3, 2010 at 1:10 PM

    tahniah kepada beliau karna sudah bisa menjadi ikon kepada org muda…

    wah, kang halim mesti syok la nie, sebab org kampong dia la…

    • August 3, 2010 at 1:27 PM

      tu la pasai, aku rasa kang halim pon nk join rancangan ni dulu.
      tapi pasai dia sibok wat kataloging, tk sempat plak nk pi audition. hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s