Home > WoRD LiFe > Entri Jumaat

Entri Jumaat

Assalamualaikum.

Entry di pagi jumaat yang hening. Sedikit informasi mengenai makhluk yang sama-sama tinggal dengan kita di muka bumi tapi dalam versi yang invicible. Saje je tampal buat peringatan semua walaupun ada antara korang dah sedia maklum. Layan.

6 makhluk ciptaan Allah SWT

• MALAIKAT- Dari nur (cahaya) menerangi / mengawasi manusia.
• IBLIS- Daripada nar (api), sifatnya merosak, merupakan musuh manusia.
• JIN- Dari asap yg beracun, penggoda dan juga membantu manusia.
• TUMBUHAN- Hanya mempunyai naluri, berfaedah untuk keperluan manusia.
• HAIWAN- Syahwat dan marah, berfaedah untuk kepentingan manusia.
• MANUSIA- Sebagai pengatus alam, pengurus dunia (khalifah).

JIN & SYAITAN

1~ Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2~ Apabila Allah SWT memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah SWT melaknat dan perintah turun ke bumi.

3~ Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4~ Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Orang-orang yang suka hisap rokok itu kira adik-beradik jin lah tuu. =)

5~ Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6~ Apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca “Sala Mun, ‘ Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” . Masa bila pulak Jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! Datuk Jins Shamsudin ada la.. Haha

7~ Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib itu pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan Jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun Jin tidak mengetahuinya. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8~ Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9~ Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis supaya akan Jin lari.

10~ Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 hingga 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti.

Sumber: Syok.org

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s