Home > WoRD LiFe > Roda Roda

Roda Roda

Assalamualaikum.

Harini aku nak bercerita pasal hobi membaca. Aku sebenarnya suka membaca, tapi membaca aku ni pulak ada pulak jenis-jenis bahan bacaannya. Maksud aku dari sudut jenis material dan topik yang aku suka baca.

Dalam banyak-banyak topik yang ada kat dunia semesta ni, aku suka membaca mengenai dunia motosikal. Dan sudah pasti bila berbicara mengenainya akan muncul dalam fikiran aku mengenai majalah motosikal yang paling aku minati sejak dari sekolah rendah lagi. Majalah tersebut bernama Roda-Roda.

Majalah Roda-Roda ni merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang berkisarkan kepada skop berkenaan dengan motosikal dan ianya diterbitkan secara bulanan sejak tahun 1986 oleh Bayu Enterprise yang berpangkalan di Sungai Buloh, Selangor. Bila berbicara pasal tajuk ini, aku sebenarnya dah lama mengikuti dan boleh dikatakan sebagai die-hard-fans majalah ni pasai tiap-tiap bulan aku tak pernah miss untuk beli majalah ni.

Kisahnya bermula semasa aku sekolah rendah. Kalo diikutkan dulu memang aku tak berkemampuan nak membeli majalah ni, tapi disebabkan abang sulung aku berkongsi minat yang sama dengan aku, jadi dapat juga aku membaca majalah ini. Abang aku memang fanatic dengan majalah ni sejak dulu lagi, jadi beliaulah yang mula membeli majalah ini ketika zaman remajanya dan aku pulak secara automatic menjadi pembaca tegar majalah ni secara percuma. Hahaha.

Selain daripada berita-berita serta ulasan pandu uji model-model motosikal yang dipasarkan di Malaysia serta ulasan sukan lumba motosikal seperti Grand Prix Motosikal dan Malaysian Cub Prix, Roda-Roda juga turut menyiarkan review model baru motosikal serta berita-berita yang berkaitan dengan motosikal di luar Negara. Dua penulis tetap yang menyumbang berita itu ialah Encik Alan Cathcart (Eropah) dan Encik Clement Salvadori (Amerika Syarikat). Memang banyak info-info yang berguna mereka sumbangkan untuk Roda-roda ni untuk tatapan pembaca.

Apa yang lebih membanggakan, majalah Roda-Roda ni sebenarnya berdiri diatas kaki sendiri tanpa disokong oleh gergasi-gergasi syarikat penerbitan yang femes kat Malaysia ni. Atas hasil usaha Bos a.k.a Saudara Mohamad Y. Bakar (MYB), maka berdirilah Roda-Roda selama 24 tahun menyajikan berita dan informasi terkini motosikal buat tatapan warga Malaysia. Dan bagi aku naskah bulanan inilah sumber bacaan yang paling aku tunggu untuk dibaca kerana setiap review dan artikel yang disiarkan tampak sangat ikhlas dan penuh dengan tanggungjawab social memberikan kesedaran tentang keselamatan jalanraya kepada pembaca.

Jadi kepada mereka yang berminat dengan dunia permotoran, aku cadangkan kalian membaca majalah Roda-roda ini sebagai panduan buat kalian semua menjadi seorang yang berhemah dan sekaligus mengisi masa lapang anda dengan hobi membaca!

Sharing is caring.

Categories: WoRD LiFe
  1. August 16, 2010 at 8:26 AM

    gua layan motortrader, autoworld.. hehe, majalah basikal pun boleh la sket..
    sbb tak reti bawak motosikal..

    • August 16, 2010 at 8:36 AM

      motortrader ngan autoworld wajib la layan kan sbb tu la mama maria boleh explain ngan detail perbezaan antara honda city, toyota vios etc.. hua hua hua

  2. ManRider
    April 5, 2012 at 5:16 PM

    Al Fatihah untuk Mohd Yusof Bakar yang telah keRahmatullah semalam 4/4/2012

    • April 5, 2012 at 5:50 PM

      Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s