Home > WoRD LiFe > Hadis palsu fadhilat solat tarawih

Hadis palsu fadhilat solat tarawih

Assalamualaikum.

Entri kali ini adalah mengenai solat tarawih. Seperti mana yang kita ketahui idabah solat tarawih pada bulan Ramadhan merupakan ibadah sunat yang mempunyai pahala yang cukup besar bagi umat Islam. Tapi kali ini aku terpanggil untuk meletakkan entri ini sebagai panduan kepada mereka yang masih belum mengetahui.

Kita selalu tengok di mana-mana ada sahaja tersiar mengenai kelebihan malam-malam solat tarawih. Yang paling famous tentunya di media massa. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawih pada malam-malam bulan Ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali bagi menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya semasa bulan Ramadhan. Tetapi untuk pengetahuan semua pihak JAKIM telah mengesahkan bahawa ini merupakan hadis palsu yang tidak tahu di mana kebenarannya.

Berikut adalah antara beberapa fadhilat hadis palsu yang dinyatakan tersebut.

Malam pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan
daripada Allah.

Malam kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).

Malam ketiga: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam keempat: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.

Malam kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10: Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Dan fadhilat malam-malam seterusnya sehinggalah malam ke 30.

Jadi sebagai panduan kita bersama marilah kita mengambil ikhtibar daripada perkara ini. Sebarkan kepada yang tidak mengetahui agar kita tidak terpengaruh dengan isu-isu yang boleh mendatangkan kecelaruan kepada pegangan hidup umat Islam.

Wallahualam…

Sumber: KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Categories: WoRD LiFe
  1. August 17, 2010 at 8:02 AM | #1

    benda yang baik kita tak tahu, mungkin ini sebagai penggalak supaya org pi sembahyang Teraweh, kekadang org kita nie maleh nak pi semayang teraweh sebab perot dah berat, tu yang maleh tu, asyek bukak posa kat kedai, hotel la, apa macam la, pastu maleh la nak semayang teraweh.

    kalau world cup tu berjaga malam pon takpa… apa cherita beb?

    • August 17, 2010 at 8:26 AM | #2

      betui tu, aku sokong gak pendapat hang. tapi yg paling risau takut ada byk lagi hadis2 palsu lain yg digunapakai dlm hidup kita bukan takat solat tarawih je tapi kita tak tau..

  2. August 17, 2010 at 8:43 AM | #3

    maria setuju dgn nan.

    mgkin fadhilat ini “digubal” sbg galakan. ctnya, bila tau tentang sesuatu fadhilat tu manusia akan terpikir tentangnya.. cthnya terhapus dosa mlm 1st ramadhan..
    kita akan look fwd kepada terawih mlm tu dan harapan besar (sudah tentu menjadi niat kita) kepada Allah agar mengampunkan dosa kita.. sebagai permulaan Ramadhan dan sterusnya, bila dah diampunkan dosa, barula amalan2 kita lain akan diterima..

    tp yela kita hanya dpt berdoa.. Allah terima tidak itu bukan urusan kita..
    tp tak kisahla palsu ke benar, semua fadhilat tu ditulis berunsurkan kebaikan.. tidak merosakkan akidah kot.. sbb ianya hanya merujuk kepada Allah yg Satu, jd nak persoalkannye, taktau ler jakim ni.. kita take it positively way je la.
    kdg2 kita tgk pelbagai perspektif jugak.. nanti dan dan tau jakim banned fahilat ni, terus org takde semngat nak terawih.. so lg ramaila berpesta di buffet ramdhan hotel2 dari ke masjid..

    baik derang pk kan camner nak buat pencegahan maksiat / pergaulan bebas yg lebih berkesan, atau buat deraf proposal penutupan rumah urut, kelab malam, ke.. hehe

    • August 17, 2010 at 9:13 AM | #4

      4 tahun saya menulis blog, komen maria kali ini paling best skali…
      TARBAEEEEKKKK!!!!

  3. August 17, 2010 at 4:42 PM | #5

    oh sebelum ni tak baik ker?

    • August 17, 2010 at 10:05 PM | #6

      eh, baik-baik belaka… cuma kali ni agak panjang komennya. pasai tu la saya tu tarbaekk tuh.. hehe..

      amacam rambot? kasi cukur botak ka? kui kui kui

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers