Home > WoRD LiFe > Insurans raya

Insurans raya

KL OGOS 14 10: Kira-kira 6 juta umat Islam yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berpeluang mendapat perlindungan insurans. Skim yang disediakan oleh Insurans Pos Raya pada harga cuma RM6 dan RM20 itu memberi perlindungan bermula tiga hari sebelum hari raya sehingga 10 hari selepas itu.

Ketua Pegawai Operasi PosNiaga Pos Malaysia, Datuk Mearia Hamzah berkata, skim khas dengan kerjasama Malaysia Assurance Alliance Berhad (MAA Assurance) itu bertujuan melindungi orang ramai daripada pelbagai risiko kemalangan sepanjang musim perayaan.

Menurut beliau, bagi individu, mereka dikenakan bayaran sebanyak RM6 dengan perlindungan kematian dan hilang upaya kekal sehingga RM20,000 manakala premium RM20 bagi keluarga dengan perlindungan sehingga RM100,000 tanpa had bilangan ahli keluarga.

“Melalui insurans ini pembeli tidak perlu melalui pemeriksaan kesihatan dan pemegang polisi juga boleh mendapat ganti rugi RM100 sekiranya kad pengenalan, pasport dan lesen memandu hilang. Skim ini boleh dimiliki di lebih 700 cawangan Pos Malaysia seluruh negara bermula 16 Ogos hingga 21 September,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir ialah Presiden Ketua Bahagian MAA Assurance, Sin Chon Ming. Beliau berkata, skim insurans itu turut terbuka kepada semua kaum dan agama termasuk penduduk tetap dan pekerja asing yang berusia di antara 16 hingga 69 tahun.

(Sumber: Kosmo! Online)

Petikan artikel daripada Akhbar Kosmo tersebut menyentuh mengenai insurans khas yang diperkenalkan oleh MAA Assurance bersempena perayaan Aidilfitri tahun ini. Insurans raya seperti ini memberikan faedah kepada semua rakyat Malaysia kerana dengan adanya insurans ini akan dapat memberikan perlindungan sekiranya berlaku kemalangan di musim perayaan.

Jadi bagi aku langkah ini patut dipuji kerana setiap tahun I’m really sure pasti akan ada berlakunya kemalangan jalanraya lebih-lebih lagi time raya. At least dengan adanya insurans ini dapat gak membantu mereka yang terlibat dengan kemalangan dari sudut tuntutan insurans dan sebagainya lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai insurans peribadi. Jadi this is one of the khidmat masyarakat yang paling bagus aku dengar bagi musim perayaan ni.

Syabas kepada MAA Insurans kerana memperkenalkan insurans ini.

P/S: Aku tulis dulu la pasai Nandre lambat sangat post entry… huhu

Categories: WoRD LiFe
  1. August 19, 2010 at 11:03 AM

    makaseh amien raptor,

    aku tak dan nak buat posting pasai insurans pos raya walaupon aku dah beli polisi dia… memandangkan aku dah ada takaful, aku tetap ambek jugak coverage ni sebab ianya produk yang bagus di pasaran.. Tahniah kepada Pos Malaysia kerna memperkenalkan produk yang bagus nie…

    • August 19, 2010 at 11:08 AM

      tahniah nandre legend,

      aku pon nak pi beli sblm balik raya nanti. pastu pi bayaq zakat fitrah skali. huhu.
      bagus buat insurans camni, at least buleh la cover kalu ada insiden yg tk diinginkan nanti… bravo2!

  2. August 19, 2010 at 11:05 AM

    nanti aku kena hebahkan jugak berita benda baik nie kat kawan-kawan kita…

    aku kena posting yang lain dulu sebab ianya kena mengena dengan asal aku dari mana.
    hehehehehehee. tigers roarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

  3. August 19, 2010 at 11:08 AM

    Urusan untuk daptkan polisi tu tak lama dalam 10 minit ja.. dia akan print cover note polisi tu dari komputer dengan gunakan ID operator pejabat pos tu. pastu dia akan auto generate polisi kita tu… pastu simpan dalam keta ka, bawak ke mana-mana semasa hari raya nanti.

  4. August 19, 2010 at 11:22 AM

    ambooiiii… banyaknya hang komen.

    kalu macam ni baik hang tulih dlm blog hang ja. lg detail pastu nanti ramei geng2 yg buleh tau n beli insurans ni.. utk kepentingan bersama.

    sharing is caring! =)

  5. August 19, 2010 at 2:01 PM

    🙂 ingat ejen tadi..

    • August 19, 2010 at 2:20 PM

      Ini bukan ejen, ini ejenda blog… huhu

  6. August 20, 2010 at 8:24 AM

    ejen pon buleh sebab aku memang agent insurance pon. hahahaha

    • August 20, 2010 at 9:16 AM

      nandre nk buat bisnes pulak dlm blog aku.. abess laaa…

  7. August 20, 2010 at 12:00 PM

    ok la amien, membantu kawan sendiri dapat pendapatan sikit…demi negara dan bangsa

  8. myasara
    August 25, 2010 at 12:34 PM

    mekaseh amin.info yang bagus.tapi aku tak balik kampung tahun ni..dan mungkin juga tahun-tahun seterusnya..hehe..

  9. Joe
    August 26, 2010 at 2:38 PM

    byk kot company insurance yg kol aku sejak akhir2 ni
    aku siap daftar 2 insurans lagi
    pastu siap ade kol lagi untuk add on

    agak2 la kalau tambah komisyen pon
    aku tak kisah pon brape byk insurans aku byr tiap2 bulan
    cuma nak konfemkan, time claim t adakah ia smudah aku membayar tiap2 bulan?
    mcm mane nak konfemkan?

    • August 26, 2010 at 3:28 PM

      bab tu susah sket nk jawab bro. ketelusan pembayaran tu aku pon tk berapa pasti semudah mana. nak kena tanya mereka2 yg ada pengalaman buat claim insurans la..

      sapa2 buleh tolong jawab??

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s